Bab 5: Teori Pengeluaran
Pengeluaran ialah satu proses menukar faktor-faktor pengeluaran (input) kepada keluaran barang dan perkhidmatan (output)
Komponen dalam proses pengeluaran
-Input
-unit pengeluaran
-Output/Keluaran tersebut
Konsep Loji
-Alat-alat fizikal yang digunakan dalam pengeluaran barang / perkhidmatan
Contoh:-Bangunan,pejabat dan kilang
-Mesin dan peralatan kilang
-Alat-alat pengangkutan
Konsep Firma
-unit ekonomi yang menggunakan faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang/perkhidmatan.
-Firma bertujuan memaksimumkan keuntungan
Konsep Industri
-Sekumpulan firma yang mengeluarkan barang/perkhidmatan yang sama atau hampir sama
Jangka Masa Pengeluaran
a)Jangka Pendek (Short Run )
-Firma tidak dapat menyesuaikan tingkat keluaran mengikut kehendak pasaran
-Faktorbtetap +faktor berubah
-Wujud kos tetap dan kos berubah
b)Jangka Panjang (Long Run )
-Dapat menyelaras tingkat keluaran mengikut kehendak pasaran
-Faktor berubah
-Menanggung kos berubah saja
Fungsi Pengeluaran Satu Input Berubah
-Satu fungsi yang menunjukkan jumlah output maksimum yang dapat dihasilkan oleh pelbagai kombinasi satu input berubah dengan input tetap pada satu tingkat teknologi tertentu
a)Input Tetap
-Input yang tidak dapat diubah dari segi kuantiti atau saiz dalam jangka pendek
-Contoh : Tanah
b)Input Berubah
-Input yang dapat diubah dari segi kuantiti atau saiz selaras dengan tingkat keluaran.
-Contoh :Buruh tak mahir
Bentuk Hukum Pulangan Sut
a)Pulangan Sut Bertambah
Berlaku apabila tambahan jumlah keluaran semakin meningkat berikutan tambahan satu unit input berubah
b)Pulangan Sut Berkurangan
Berlaku apabila tambahan jumlah keluaran semakin berkurangan berikutan tambahan satu unit input berubah
c)Pulangan Sut Negatif
Berlaku apabila tambahan input berubah menyebabkan jumlah keluaran semakin menurun.
Tahap Pengeluaran yang Optimum
a)Tahap 1 Tidak Rasional
Input berubah yang digunakan secara relatif kecil berbanding dengan input tetap. Berlaku pembaziran input tetap
b)Tahap 2 Rasional
Walaupun MP menurun AP masih positif. Kombinasi input tetap dengan input berubah paling cekap. Tambahan satu unit input masih menyebabkan TP meningkat.
c)Tahap 3 Tidak Rasional
Pengurangan input berubah dapat meningkatkan pengeluaran
Teori Kos Pengeluaran
Definisi
-Jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh firma untuk memperoleh input-input pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran barang da perkhidmatan .
Konsep Kos
a)Kos Lepas
-Pilihan kedua terbaik yang dilepaskan bagi memperoleh pilihan terbaik.
b)Kos Implisit (Kos Tersembunyi)
-Kos yang ditanggung oleh firma apabila firma
menggunakan input pengeluaran milik sendiri dalam proses pengeluaran.
c)Kos Eksplisit (Kos Nyata)
-Perbelanjaan tunai sebenar yang dibayar oleh firma untuk membeli input-input pengeluaran
-Pembayaran wang untuk penggunaan input dalam proses pengeluaran
d)Kos Sosial
-Kos yang ditanggung oleh seluruh masyarakat akibat eksternalitif negatif yang wujud daripada aktiviti ekonomi firma.
Struktur Kos Jangaka Pendek
a)Kos Tetap (FC)
-Perbelanjaan atas input tetap
-Tidak bergantung kepada tingkat keluaran
-Tetap ditanggung walaupun output kosong
-Contoh sewa
b)Kos Berubah (VC)
-Perbelanjaan atas input berubah
-Berkadar langsung dengan tingkat keluaran
-Tidak perlu ditanggung jika output kosong
-Contoh kos buruh
Kos Pengeluaran Jangka Panjang
-Firma mempunyai masa yang mencukupi untuk mengubahkan kuantiti semua faktor pengeluaran yang digunakan selaras dengan perubahan pasaran
-Semua input adalah input berubah
-Firma hanya menanggung kos berubah tiada kos tetap
-Dalam jangka panjang firma dapat merancang dan menentukan saiz loji yang dapat meminimumkan kos
-Kos jangka panjang ialah kos pengeluaran paling minimum pada sesuatu tingkat output
-Oleh sebab semua input dapat diubah jangka panjang juga dikenali sebagai jangka masa panjang.
Keluk Kos Purata Jangka Panjang
-Perubahan skill pengeluaran firma menyebabkan wujudnya satu siri keluk kos purata jangka pendek
-Setiap satu keluk kos purata jangka pendek (SAC) melambangkan satu skill pengeluaran.
-Untuk setiap tingkat keluaran, firma akan mengeluarkan dengan kos purata (SAC) yang paling rendah
Ekonomi Bidangan Dan tak Ekonomi Bidangan
Ekonomi bidangan dalaman dan tak Ekonomi Bidangan Dalaman
a)Ekonomi Bidangan Dalaman
-Pelbagai faedah yang dinikmati firma itu apabila firma itu mengembangkan skala pengeluaran sehingga membawa kepada kejatuahan kos purata firma
b)Tak Ekonomi Bidangan Dalaman
-Kemerosotan kecekapan firma yang menyebabkan kenaikan kos purata kesan daripada pengembangan skala pengeluaran firma itu sendiri
Faktor yang menyebabkan ekonomi Bidangan Dalaman
a)Ekonomi Pengkhususan
-Pembahagian kerja dan pengkhususan meningkatkan kecekapan pekerja dan daya pengeluaran , maka AC semakin rendah apabila output bertambah
b)Ekonomi Pengurusan
Perkembangan firma meningkat kecekapan pengurus, melicinkan pentadbiran serta pengeluaran . Bilangan pengurus sama untuk menjalankan kerja pentadbiran yang bertambah. Kos perunit perngurus berkurang.
c)Ekonomi Kewangan
-Memperoleh pinjaman bank dengan kadar bunga rendah dan tempoh yang lebih panjang. Memudahkan firma menambahkan modal bagi meningkatkan keluaran.
d)Ekonomi Pemasaran
-Membeli bahan mentah secara pukal pada harga murah , Kos pengiklanan dapat dibiayai kerana AC semakin kurang.
e)Ekonomi Teknikal
-Penggunaan mesin dan perlatan secara optimum dan tidak berlaku pembaziran. Firma mampu membeli mesin lebih canggih , jimat kos dan meningkatkan daya pengeluaran.
Faktor Yang Menyebabkan tak Ekonomi Bidangan Dalaman
a)Ekonomi Pengkhususan
-Pekerjaan berulang akan menjemukan pekerja, kepuasaan kerja menurun dan sumbangan mereka diabaikan seterusnya prestasi kerja merosot.
b)Ekonomi Pasaran
-Ketidakcekapan dalam penyelarasan antara jabatan dalam organisasi menyebabkan pemasaran terjejas.
c)Ekonomi Pengurusan
Pengurus tidak berupaya mengawal kakitangan yang terlalu ramai, beban kerja pentadbiran bertambah, kawalan semakin tidak cekap dan kualiti keluaran juga terjejas seterusnya kos pengeluaran naik.
d)Ekonomi Teknikal
-Masalah kerosakan atau kehausan apabila mesin terus digunakan untuk mengeluarkan keluaran yang banyak. Perbelanjaan pembaikan atau pembelian mesin baru akan meningkatkan kos pengeluaran firma.
Ekonomi Bidangan Luaran Dan Tak Ekonomi Bidangan Luar
a)Ekonomi Bidangan Luaran
-Pelbagai faedah yang dinikmati firma itu apabila industri itu berkembang secara keseluruhan sehingga membawa kepada kejatuhan kos purata firma.
b)Tak Ekonomi Bidangan Luaran
-Kemerosotan kecekapan firma yang menyebabkan kenaikan kos purata kesan daripada perkembangan industri itu secara keseluruhan .
Faktor yang menyebabkan ekonomi Bidangan Luaran
a)Pembangunan Tenaga Buruh
-Pengembangan industri menyebabkan pembangunan tenaga buruh yang mahir di kawasan perindustrian.
b)Perubahan Teknologi
-Perubahan teknologi dalam industri menyebabkan perkembangan firma-firma dalam industri.
c)Kemajuan infrastruktur
-Pemusatan firma-firma di satu kawasan perindustrian memudahkan kerajaan membina infrastuktur yang memungkinkan firma-firma menikmati ekonomi bidangan luaran.
d)Bekalan Input Dan Modal
-Pembangunan sesuatu industri membolehkan firma memperoleh bahan mentah dan barang modal pada kos yang murah
e)Maklumat dan Pameran Perdagangan
-Pengembangan industri memudahkan firma mendapat maklumat akibat dari sebaran am dan kemajuan dalam infrastuktur. Pameran perdagangan dapat diadakan pada AC yang rendah.
Faktor yang Menyebabkan Tak Ekonomi Bidangan Luaran
a)Kekurangan Faktor Pengeluaran
-Kekurangan bahan mentah, kesukaran pekerja mendapat tempat tinggal. Ini akan meningkatkan kos pegeluaran di kawasan industri tersebut.
b)Kos sosial
-Masalah kesesakan, pencemaran alam sekitar dan masalah-masalah sosial akan menyebabkan kos pengeluaran meningkat.