TEORI PENGELUARAN DAN KOS

5.1 TEORI PENGELUARAN

B. Fungsi Pengeluaran Satu Input Berubah

A Maksud Loji, Firma, Industri dan Jangka Masa Pengeluaran

1 Pengeluaran ialah proses menukarkan input kepada output yang dapat memenuhi keperluan masyarakat.

2 Proses pengeluaran meliputi komponen unit pengeluaran seper loji dan firma, jenis input dan jangka masa pengeluaran.

Loji

  1. Loji dalam unit pengeluaran merangkumi segala peralatan fizikal yang digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

Firma

  1. Firma ialah unit ekonomi yang menggunakan pelbagai faktor pengeluaran yang dimiliki untuk mengeluarkan dan menjual barangan kepada para pengguna.

2 Contoh: Perodua ialah firma yang menggunakan faktor pengeluaran untuk menghasilkan kereta model MYVI

Industri

1 Industri ialah sekumpulan firma yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang sama atau hampir sama.

2 Contoh: Industri kereta meliputi semua firma yang terlibat dalam pengeluran kereta serta komponen-komponennya.

2 Contoh: Bangunan dan peralatan kilang, mesin, dan pejabat.

3 Matlamat firma ialah untuk memaksimumkan untung. Untuk mencapai matlamat itu, firma perlu membuat perancangan untuk menggunakan kaedah pengeluaran yang cekap.

Jangka Masa Pengeluaran

1 Jangka masa pengeluaran merujuk kepada masa yang diperlukan oleh firma untuk menukarkan input kepada output.

2 Jangka masa pengeluaran dapat dibezakan kepada jangka pendek dan jangka panjang bergantung kepada sejauh mana firma dapat menyelaraskan tingkat output mengikut kehendak pasaran:

Jangka Pendek

1 Jangka pendek ialah suatu jangka masa di mana firma tidak sempat menyelaraskan tingkat keluaran mengikut kehendak pasaran kerana terdapat sekurang-kurangnya satu input tetap.

2 Dalam jangka pendek wujud dua jenis input, iaitu input tetap dan input berubah. Firma hanya dapat mengubah tingkat pengeluaran dengan mengubah penggunaan input berubah seperti bahan mentah dan buruh.

3 Firma perlu menanggung kos tetap dan kos berubah dalam jangka masa pendek.

Jangka panjang

1 Jangka panjang ialah suatu jangka masa di mana firma sempat mengubah semua input pengeluaran yang diperlukan untuk menyelaraskan tingkat keluaran mengikut kehendak pasaran.

2 Semuainputadalahinputberubah dalamjankgapanjang. Firmadapat mengubah tingkat pengeluaran dengan mengubah penggunaan input berubah.

3 Semua kos adalah kos dalam jangka masa panjang.

Fungsi Pengeluaran Satu Input Berubah

1 Fungsi pengeluaran ialah persamaan yang menunjukkan jumlah output maksimum yang dapat dihasilkan oleh pelbagai kombinasi input pada satu tingkat teknologi tertentu.

2 Fungsi pengeluaran satu input berubah ialah persamaan yang menunjukkan jumlah output maksimum yang dapat dihasilkan oleh pengeluar dengan mengubah satu input berubah sahaja sedangkan input-input lain adalah tetap pada satu tingkat teknologi tertentu.

3 Fungsi pengeluaran itu dibentuk berdasarkan andaian: (a) Pengeluar menggunakan dua jenis input sahaja untuk menghasilkan barang X, misalnya tanah sebagai input tetap dan buruh sebagai input berubah.(b) Tingkat teknologi adalah tetap.

Input Telap dan Input Berubah

Input tetap

1 Input tetap ialah input yang tidak boleh ditambah atau dikurangkan mengikut tingkat keluaran dalam suatu jangka masa pengeluaran.

  1. Misalnya dalam jangka masa pendek, firma tidak dapat menambah bilangan buruh yang mahir kerana firma memerlukan masa untuk mencari dan melatih buruh yang mahir.

3 Contoh input tetap lain adalah seperti saiz tanah, bilangan mesin dan bangunan kilang.

Input berubah

1 Input berubah ialah input yang boleh ditambah atau dikurangkan selaras dengan tingkat keluaran dalam suatu jangka masa pengeluaran

2 Misalnya firma dapat menambahkan bilangan buruh yang tak mahir dalam jangka masa pendek kerana buruh tersebut tidak perlu kemahiran yang khusus.

3 Contoh input berubah lain adalah seperti bahan-bahan mentah dalam proses pengeluaran.

Jumlah Keluaran

Merujuk kepada jumlah output yang dapat dihasilkan oleh sejumlah input yang dimiliki oleh firma

Rumus jumlah keluaran: Keluaran Puratax Kuantiti Input Berubah

Hubungan antara jumlah keluaran dengan kuantiti buruh (input berubah) yang digunakan adalah seperti berikut:

Apabila tiada buruh digabungkan dengan mesin ,tiada output yang dapat dihasilkan

Apabila tu dikombinasikan dengan melin, jumlah keluaran akan bertambah

Jumlah keluaran akan semakin bertambah apabila bilangan buruh bertambah sehingga keluaran mencapai nilai maksimum

• Pertambahan input berubah yang seterusnya akan menyebabkan jumlah keluaran meningkat

• Kesimpulannya, jumlah keluaran meningkat, mencapai nilai maksimumnya, dan kemudian menurun

KELUARAN SUT

Merujuk kepada perubahan dalam jumlah keluaran kesan daripada perubahan dalam penggunaan satu unit input berubah.

Rumus keluaran marginal ialah:

Perubahan jumlah keluaran / perubahan input berubah

Hubungan antara keluaran marginal dengan kuantiti buruh yang digunakan adalah seperti berikut:

. Apabila bilangan input berubah bertambah, keluaran marginal akan bertambah sehingga mencapai nilai maksimum

• Kemudian keluaran marginal akan menurun sehingga mencapai nilai sifar

Hubungan - Hubungan

Hubungan Antara Jumlah Keluaran, Keluaran Purata Dan Keluaran Sut

Hubungan Antara Jumlah Keluaran & Keluaran Sut

Akhirnya keluaran marginal bernilai negatif apabila jumlah keluaran mulai menurun.

. Apabila Keluaran sut bernilai positif maka jumlah keluaran semakin meningkat

. Apabila Keluaran sut bernilai sifar maka jumlah keluaran adalah maksimum Keluaran sut negatif maka jumlah keluaran semakin menurun

Hubungan Antara Keluaran Purata & Keluaran Sut

• Keluaran Sut sama nilai dengan Keluaran Purata apabila Keluaran Purata mempunyai nilai maksimum

• Keluaran Sut mencapai nilai maksimum lebih awal daripada keluaran purata

Hubungan Antara Jumlah Keluaran, Keluaran Purata & Keluaran Sut

. Apabila Jumlah Keluaran meningkat maka Keluaran Purata dan Keluaran Sut akan meningkat hingga ke nilai maksimum

Apabila Jumlah Keluaran menurun maka Keluaran Purata dan Keluaran Sut akan menurun.

5.2 KOS PENGELUARAN

5.2.1 Konsep Kos Pengeluaran

1 Kos pengeluaran ialah perbelanjaan yang perlu tanggung oleh pengeluar untuk memperoleh faktor pengeluaran seperti tanah, buruh, modal, dan usahawan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.

2 Bayaran kepada faktor pengeluaran itu merupakan kos lepas kerana faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan suatu barang tidak dapat lagi dipindahkan untuk kegunaan kedua terbaik.

3 Kos pengeluaran dapat dibahagikan kepada kos eksplisit dan kos implisit.

Kos Eksplisit (Kos Nyata)

1 Kos eksplisit ialah perbelanjaan firma yang melibatkan pembayaran dalam bentuk wang untuk memperoleh faktor pengeluaran bukan milik firma dalam proses pengeluaran.

  1. Contoh: Upah pekerja dan kos bahan mentah.

3 Untung perakaunan diperoleh apabila jumlah kos eksplisit ditolak dengan jumlah hasil, iaitu: Untung perakaunan = Jumlah hasil - Jumlah kos eksplisit (Kos Perakaunan)

Kos Implisit (Kos Tersembunyi)

1 Kos implisit ialah kos lepas yang ditanggung oleh firma apabila firma menggunakan input pengeluaran milik sendiri dalam proses pengeluaran tanpa membuat sebarang pembayaran dalam bentuk wang

2 Contoh: Gaji yang perlu dilepaskan oleh pengurus jika dia memilih untuk menjalankan urus niaga sendiri, dan bunga yang dilepaskan jika modal milik pengusaha digunakan oleh pengusaha itu sendiri.

3 Kos ekonomi ialah jumlah kos pengeluaran yang meliputi kedua dua kos eksplisit dan kos implisit. Kos ekonomi - Kos eksplisit + Kos implisit

4 Untung ekonomi ialah nilai perbezaan antara jumlah hasil dengan jumlah kos eksplisit dan kos implisit, iaitu: Untung ekonomi = Jumlah hasil - (Kos eksplisit + Kos implisit)

5.2.2 Kos pengeluaran jangka pendek

Dalam jangka pendek wujud input tetap (kos tetap) dan input berubah (kos berubah)

  1. Kos tetap (FC) - Jumlah perbelanjaan/ kos yang dibayar oleh firma ke atas input tetap - Cth: sewa kilang - FC = TC - VC
  1. Kos berubah (VC) - Jumlah perbelanjaan/ kos yang dibayar oleh firma ke atas input berubah - Cth: upah buruh - VC=TC - FC
  1. Jumlah kos (TC) - Jumlah perbelanjaan/ kos yang dibayar oleh firma ke atas input berubah dan input tetap - TC = FC + VC
  1. Kos tetap purata (AFC) - Kos tetap seunit bagi sesuatu keluaran - AFC = FC/Q
  1. Kos purata (AC) - Kos seunit bagi sesuatu keluaran - AC = TC / Q
  1. Kos berubah purata (AVC) - Kos berubah seunit bagi sesuatu keluaran - AVC= VC/Q
  1. Kos sut (MC) - perubahan jumlah kos kesan daripada perubahan satu unit keluaran - MC = ATC / AQ

Rajah TC, FC dan VC

Rajah AC, MC dan AVC

dropped image link

dropped image link

Hubungan antara AC dan MC

  1. AC sedang menurun, dimana AC > MC
  1. AC mencapai minimum, dimana AC = MC
  1. AC sedang meningkat, dimana AC < MC

Hubungan antara AVC dan MC

  1. AVC sedang menurun, dimana AVC > MC
  1. AVC mencapai minimum, dimana AVC = MC
  1. AVC sedang meningkat, dimana AVC < MC

5.2.3 Kos pengeluaran jangka panjang

Dalam jangka panjang semua input adalah input berubah (kos berubah). Oleh itu, Firma boleh mengubahkan skil pengeluarannya, menyebabkan wujudnya satu siri keluk kos purata jangka pendek yang mana tiap-tiap satu keluk kos purata jangka pendek (SAC) melambangkan satu skil pengeluaran.
Satu prinsip yang penting bagi firma ialah, cuba mengeluarkan dengan kos purata (SAC) yang paling rendah bagi setiap tingkat keluaran

Kos purata jangka pendek (SAC) dan kos purata jangka panjang (LAC)

dropped image link

Diandaikan firma memiliki tiga loji iaitu SAC, SAC1 dan SAC2

Pada output Q, firma akan mengunakan loji SAC pada kos purata iaitu aQ pada titik a.

Pada output Q1, firma boleh memilih loji sama ada SAC atau SAC1. Walau bagaimanapun, firma akan menggunakan SAC kerana kos purata lebih rendah iaitu cQ1 pada titik c berbanding SAC1 iaitu bQ1.

Pada output Q2, firma akan mengunakan loji SAC1 pada kos purata iaitu dQ2 pada titik d.

Pada output Q3, firma boleh memilih loji sama ada SAC1 atau SAC2 kerana kos purata adalah sama iaitu eQ3 pada titik e. Walau bagaimanapun, firma akan menggunakan SAC2, sekiranya firma ingin menambahkan keluaran, kos purata akan menurun berbanding menggunakan SAC1 yg menyebabkan kos purata akan meningkat.

Pada output Q4, firma akan mengunakan loji SAC2 pada kos purata iaitu fQ4 pada titik f.

Penerbitan keluk kos purata jangka panjang (LAC)

dropped image link

Oleh itu apabila titik a, d dan f disambung maka terbitlah keluk LAC yang berbentuk ‘U’.

5.3 Ekonomi Bidangan

Ekonomi Bidangan - Peningkatan kecekapan firma yang membawa kepada penurunan kos purata (LAC) apabila firma dan industri berkembang

Tak Ekonomi Bidangan - Kemerosotan kecekapan firma yang membawa kepada peningkatan kos purata (LAC) apabila firma dan industri berkembang

Faktor

  1. Ekonomi pengkhususan

2.Ekonomi pengurusan

3.Ekonomi kewangan

4.Ekonomi pemasaran

5.Ekonomi teknikal

Faktor

1.Tak Ekonomi pengkhususan

2.Tak Ekonomi pengurusan

3.Tak Ekonomi kewangan

4.Tak Ekonomi pemasaran

5.Tak Ekonomi teknikal

dropped image link

1.Ekonomi bidangan luaran

2.Tak Ekonomi bidangan luaran

Ekonomi bidangan luaran ditunjukkan oleh peralihan keluk LAC ke bawah dari LAC1 kepada LAC

Disebabkan firma menikmati Ekonomi teknologi maklumat menyebabkan kos purata turun dari BQ kpd AQ.

Tak Ekonomi bidangan luaran ditunjukkan oleh peralihan keluk LAC ke atas dari LAC kepada LAC1

Disebabkan firma menghadapi kenaikkan upah buruh menyebabkan kos purata meningkat dari AQ kpd BQ.