Pada tahun 1840-an, Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto of Stuttgard (1851), Deutsche Bank (1870) dan Dresdender Bank (1872). Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-18, menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas dan kain bulu, serta sisitem pengangkutan darat dan laut.