Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Jelaskan ciri-ciri masyarakat industri di England pada abad ke-18 dan 19M.…
Jelaskan ciri-ciri masyarakat industri di England pada abad ke-18 dan 19M.
Kemajuan Dalam Sistem Pertanian
Sistem pertanian yang berkonsepkan pemagaran tanah untuk mengasingkan kawasan tanah yang dimiliki di antara individu. Kesannya antara tahun 1761 hingga 1793, hampir 5 juta ekar tanah telah dipagar melalui Akta Pemagaran Tanah.
Sistem Tanaman Bergilir Norfolk telah diperkenalkan pada akhir abad ke-18. Dalam sistem ini tanah pertanian akan digunakan sepanjang tahun melalui penanaman secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan seperti lobak, gandum, barli dan rumput. Kaedah ini dapat megekalkan kandungan nitrogen dalam tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa
Petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak biri-biri serta menanam rumput dalam kawasan yang sama.
Pengenalan teknik penanaman baru dan jentera seperti alat penggali dan penabur benih yang dicipta oleh Jethro Tull
Masyarakat Yang Berasaskan Kepada Perindustrian
Perkembangan industri tekstil membawa kepada penciptaan mesin pemintal dan mesin tenun yang menggunakan kuasa air.
Perindustrian besi telah membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang bagi menghasilkan besi tempa
Pada akhir abad ke-18, kuasa wap tealah digunakan untuk mengendalikan jentera
Penghijrahan Dan Pertambahan Penduduk
Masyarakat industri menyumbang kepada pertambahan penduduk. Penduduk England telah meningkat dengan mendadak antara tahun 1800 hingga 1850 dan lebih separuh populasi tinggal di bandar-bandar terutamanya London
Selain itu kemajuan infrastruktur telah menyumbang kepada penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Antara kawasan yang mengalami pertambahan penduduk yang pesat ialah Lancashire, Yorkshire dan Nottinghamshire
Penghijrahan penduduk dari Ireland juga memajukan industri tekstil di England
Kehidupan penduduk yang semakin berkualiti juga menyebabkan peningkatan jumlah penduduk yang ketara di negara berkenaan
Kemajuan Dalam Sistem Pengangkutan
Masyarakat industri juga menikmati kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, jalan keretapi dan terusan/sungai.
Pembinaan kapal menggunakan rangka besi pada 1787 dan penggunakan enjin berkuasa wap pada 1802 menjadikan industri pembuatan kapal semakin berkembang
Pembinaan lokomotif pada 1801 dan penggunaan minyak tar untuk menurap jalan menjadikan sistem pengangkutan lebih lancar.
Landasan kereta api yang moden dibina pada 1825 yang menghubungkan lombong arang batu Durham di Stockton dengan Darlington merancakkan perindustrian di England.