Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Faktor-faktor yang mendorong kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim pada…
Faktor-faktor yang mendorong kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim pada abad ke-16 dan 17M.
Kedudukan Geografi
terdiri daripada beberapa pulau yang dikelilingi laut
pulau yang jadi tumpuan masyarakat maritim di Jepun ialah Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan Honshu
kerana bentuk muka bumi pulau-pulau ini yang bergunung-ganang,maka petempatan didirikan di kawasan pesisir pantai.
Lokasi petempatan yang berhampiran laut menyebabkan penduduk terdedah dengan kegiatan berasaskan laut.
Perdagangan
Pedagang Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara di rantau Asia Tenggara
Menjelang zaman Tokugawa,hubungan perdagangan terjalin denngan China, Korea dan Vietnam
Pada Zaman Ashigaka, perdagangan berkembang pesat di Jepun.
Pedagang-pedagang asing seperti pedagang dari Portugal juga datang ke Jepun
Di zaman Nobunaga, lebih ramai pedagang dari Portugal datang ke Jepun.
Kemunculan Pelabuhan
Kepesatan perdagangan menyebabkan kemunculan pelabuhan entrepot
Antara pelabuhan entrepot terpenting abad ke-16 ialah Kyushu, Nagasaki, dan Shimoda yang juga menjadi tumpuan pedagang Jepun dan pedagang luar negara.
Menjelang pertengahan abad ke-16,kapal pedagang Portugal berlabuh di pelabuhan Kyushu. Kehadiran mereka mendapat galakan daripada golongan bangsawan Jepun.
Kemajuan Dalam Bidang Teknologi Pelayaran
Kemajuan yang dicapai dalam teknologi pelayaran dan pembinaan kapal menjadikan negara Jepun berjaya muncul sebagai masyarakat maritim.
Jepun melahirkan ramai pelayar yang mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran serta pengetahuan dalam ilmu nautika, kartografi dan perkapalan.
Menjelang abad ke-16, muncul pusat pembinaan dan baik pulih kapal-kapal di Jepun
Masyarakatnya juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal-kapal besar yang sesuai untuk pelayaran jaraj jauh
Kapal Shuinsen merupakan kapal yang diguna pedagang Jepun belayar ke Asia Tenggara.