Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kedatangan Islam telah membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat Arab…
Kedatangan Islam telah membawa perubahan kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah. Bincangkan
Agama dan kepercayaan
Zaman Jahiliyah
• Agama dan kepercayaan mereka dipenuhi dengan tahyul.
• Agama penyembahan berhala paling dominan kerana sebahagian besar masyarakat jahiliyah menganut agama ini.
• Terdapat agama langit iaitu Nasrani dan Yahudi tetapi telah diselewengkan oleh paderi mereka untuk kepentingan diri sendiri. Selain itu, terdapat agama Majusi iaitu pengaruh daripada Parsi.
• Antara kepercayaan yang diamalkan adalah tilik nasib, sangka baik dan sangka buruk, animisme dan sihir.
Zaman Islam
Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa
Rukun Islam : 5 perkara
Rukun Iman : 6 perkara
Akhlak
Zaman jahiliah
Moral dan akhlak orang Arab sangat buruk.Tiada batas kesopanan dan kemanusiaan.
Berzina, minum arak, bunuh anak perempuan merupakan perkara biasa kepada masyarakat Jahiliah.
Zaman Islam
Islam melarang umatnya melakukan perkara-perkara terkutuk.
Islam menganjurkan nilai-nilai yang baik seperti hormat menghormati, bekerjasama, bertolak ansur dan lain-lain.
Politik
Zaman jahiliyah
Tidak terdapat sebuah kerajaan yang bersatu, teratur dan bersistematik. Hal ini berpunca daripada faktor wilayah-wilayah Arab sering dijajah dan diganggu gugat oleh kuasa asing seperti Rom dan Parsi di wilayah di sebelah utara.
Wilayah di sebelah selatan dijajah oleh kerajaan Habsyah, Rom dan Parsi.
Mengamalkan sistem berkabilah dan setiap kabilah diketuai oleh syeikh kabilah. Setiap suku kaum taksub kepada suku masing-masing yang dipanggil assabiyah. Keadaan ini mencetuskan peperangan antara suku walaupun berpunca daripada masalah kecil.
Keadaan inilah yang menyebabkan suasana politik yang tidak stabil
Zaman Islam
Islam menekankan konsep ummah, masyarakat tanpa kelas. Ada sistem pemerintahan yang teratur.
Pemerintahan berlandaskan Al- Quran dan Hadith.
Kerajaan Islam Madinah wujud berasaskan Piagam Madinah.
Ekonomi
Zaman jahiliyah
Selepas keruntuhan empangan Maarib ekonomi masyarakat jahiliyah sangat meruncing. Kegiatan pertanian merosot kerana mereka tiada pengetahuan untuk membangunkan semula empangan tersebut.
Menjadikan aktiviti merompak sebagai sumber ekonomi mereka.
Menjalankan aktiviti perdagangan dengan menjual berhala, amalan riba, menipu dan sebagainya.
Zaman Islam
Menghapuskan riba, menggalakkan perdagangan tanpa penipuan dan penindasan.
Memperkenal dasar ekonomi Islam.
Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan umat Islam menceburi bidang pertanian dan perniagaan.
Hal ini menyebabkan ekonomi umat Islam meningkat maju sehingga dapat mengatasi kegiatan monopoli orang Yahudi dalam ekonomi.
Maruah wanita
Zaman jahiliyah
Kedudukan wanita sangat rendah dalam masyarakat.
Fungsi wanita hanyalah sebagai pemuas hawa nafsu lelaki dan kegemaran mereka hanyalah menghiasi diri agar dikehendaki oleh lelaki.
Dianggap sebagai barang dagangan.
Wanita yang kematian suami menjadi rebutan anak-anak lelakinya sendiri.
Oleh itu, Bani Tamim menganggap amalan membunuh bayi perempuan sebagai amalan yang mulia supaya bayi tersebut tidak menjadi sampah masyarakat dan memalukan nama baik keluarga apabila mereka dewasa.
Kaum wanita sering dibawa bersama-sama untuk berperang dan memberi perangsang kepada tentera lelaki.
Zaman Islam
Memuliakan kedudukan wanita.
Maruah dan kebajikan wanita perlu dipelihara