Pendekatan dan Kaedah Pengajaran Rasulullah SAW

Kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah

Nabi Muhamad : SAW merupakan sumber rujukan yang utama pada zaman sahabat sehingga di angkat sebagai pemimpin yang teragung.

Apabila berlaku konflik di kalangan masayrakat arab pada ketika itu, mereka akan berjumpa rasulullah untuk meminta pandangan baginda untuk menyelesaiakn masalah

Nabi s.a.w tidak menyiasat latar belakang yang orang yang melakukan kesalahan.

Baginda tidak menyalahkan sesiapa apabila berlaku situasi yang tidak di ingini.

Contoh- Baginda mengawal emosi para sahabat selepas kekalahan dalam perang uhud dengan memberikan khabar gembira dan memberikan semangat kepada sahabatnya.

Baginda juga hanya memberi fokus kepada penyelesaian masalah tanpa mencari punca

Dialog dan soal jawab

Bertujuan untuk menarik tumpuan seseorang untuk menjawab sesuatu persoalan dan menggalakkan seseorang itu untuk berfikir, mengkaji dan mencari maklumat tentang sesuatu perkara.

Rasulullah SAW menggunakan kaedah berdialog untuk menarik perhatian pendengar.

Contohnya Nabi memulakan perbincangan dengan memberikan anologi dan bertanyakan pandangan para sahabatnya tentang anologi itu.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَفِي حَدِيثِ بَكْرٍ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهْرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ مِنْهُ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسَ مَرَّاتٍ هَلْ يَبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَيْءٌ قَالُوا لَا يَبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَيْءٌ قَالَ فَذَلِكَ مَثَلُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ يَمْحُو اللَّهُ بِهِنَّ الْخَطَايَا

Dari Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, sedangkan dalam hadis Bakr, ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Bagaimana pendapat kalian, sekiranya ada sungai berada dekat pintu salah seorang diantara kalian yang ia gunakan untuk mandi lima kali sehari, mungkinkah kotorannya masih ada?” Para sahabat menjawab; “Kotorannya tidak akan tinggal.” Baginda bersabda; “Itulah perumpamaan solat lima waktu, yang dengannya Allah akan menghapus kesalahan-kesalahan.” (HR Muslim No: 1071) Status: Hadis Sahih

Menjadikan diri sebagai model pendidikan

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”.

DIDIKAN MENGIKUT UMUR

Pembentukan Jiwa

Dialog atau Perbincangan

Isyarat dan Menggambar

Kiasan dan perumpamaan

Rasulullah SAW menggunakan kaedah ini sewaktu menerangkan sesuatu perkara kepada para sahabat

Berkesan untuk memberi pemahaman kepada maksud yang tersurat dan tersirat

مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً


Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]

Mengajar secara beransur-ansur

Mengajar kepada perkara asas kepada yang lebih mendalam secara beransur-ansur

Kaedah ni bertujuan untuk memudahkan untuk difahami dalam sesuatu perkara

Rasulullah lebih mengutamakan mengajar kepada perkara yang lebih penting daripada perkara yang penting

Dari Ibnu 'Abbas bahwasannya Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam mengutus Mu'adz ke Yaman, lantas beliau bersabda kepadanya: " Sungguh kamu akan mendatangi kaum dari ahlul kitab, maka serulah mereka kepada syahadat Laa ilaaha illallaah dan Saya adalah Rasulullah. Jika mereka menta'atimu, ajarkanlah kepada mereka bahwa Allah mewajibkan atas mereka shalat lima waktu sehari semalam, jika mereka menta'atimu, beritahukan kepada mereka sesungguhnya Allah mewajibkan atas mereka mengeluarkan zakat harta yang diambil dari orang-orang kaya untuk dibagikan kepada fakir miskin diantara mereka, jika mereka menta'atimu maka janganlah kamu menagambil zakat dari harta mereka yang paling bagus dan berhati-hatilah atas do'a orang yang terdlalimi karena tidak ada penghalang antara do'anya dengan Allah (do'anya mustajab)."

meraikan perbezaan pelajar

Baginda akan memberi pandangan yang berlainan daripada seorang kepada seorang yang lain.

bergantung mengikut keadaan orang yang bertanya dan yang meminta nasihat atau wasiat.

Menggunakan pelbagai bahan bantuan mengajar

memberi peneguhan positif