Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEPERLUAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN MASA KINI - Coggle Diagram
KEPERLUAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN MASA KINI
Untuk meningkatkan kecekapan keberkesanan hasil pembelajaran
Guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal sebelum menjalankan proses PdP.
Penggunaan teknologi dapat menjimatkan masa guru untuk mencari maklumat berkenaan pengajaran dengan lebih baik dan seterusnya dapat menyampaikannya kepada pelajar secara lebih berkesan.
Guru menggunakan teknologi untuk menjadikan pengajaran lebih menarik
Untuk pelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran
Melalui penggunaan alat ICT, guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.
Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama dan seterusnya dapat digunakan dalam aktiviti pembelajaran.
Penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan.
Melalui cara ini, kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses ke dalam sistem.
Penggunaan teknologi menjadikan pengajaran lebih menarik
Untuk meningkatkan kemahiran guru dan pelajar agar sesuai dengan PPPM
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan melahirkan pelajar yang celik IT apabila pelajar didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya.
Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai pelbagai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran, guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta dapat menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.
Penggunaan ICT juga mampu mengembangkan kemahiran menulis dan membaca pelajar, contohnya dengan menggunakan aplikasi permainan elektronik khusus untuk menuturkan sebutan huruf dan perkataan dengan betul.
Penggunaan ICT dapat memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
Penggunaan ICT dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.
Penggunaan ICT membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar dalam bentuk yang mudah difahami.
Guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi semasa menjalankan proses pengajaran tersebut.
Guru dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Guru dan pelajar akan berusaha menambahkan lagi pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.
Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi murid sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan.
Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.
Pengunaan alat seperti powerpoint, grafik, audio, video dan sebagainya membantu murid untuk lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana diberi gambaran dalam bentuk visual yang lebih menarik dan bentuk persembahan yang lebih mudah untuk difahami dan diingati berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.
Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT.
Membantu golongan Murid Berkeperluan Khas menyempurnakan sesi pembelajaran mereka, seperti penggunaan beberapa aplikasi terkini yang membolehkan mereka mengakses pembelajaran walaupun mengalami kecacatan.
membolehkan murid melakukan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
dapat meningkatkan motivasi murid.
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar