Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAEDAH PENGAJARAN IMAM-IMAM MAZHAB, Nama : Nur Husnina Binti Khalid PDPP…
KAEDAH PENGAJARAN IMAM-IMAM MAZHAB
Imam Abu Hanifah
Dalam waktu yang sama, murid beliau juga akan membangkang pendapat beliau dan terkadang mereka juga setuju dengan pendapatnya.
Beliau menjadikan majlis ilmu tersebut sebagai medan berdiskusi dengan mengajak para pelajarnya sama-sama memberikan pendapat serta alasan dalam sesuatu isu yang dibangkitkan bagi mengukuh dan memantapkan ilmu mereka
Mengetengahkan satu method disiplin Pendidikan tersendiri, suatu cara Pendidikan yang tidak bercorakkan one-way (sehala) dengan menyampaikan ilmu semata-mata kepada para pelajarnya.
Beliau tidak menggalakkan bersikap mengikut semata-mata (bertaklid buta) tetpai perlu berfikiran terbuka dan mencari jawapan bagi setiap persoalan.
Sebagai usaha membentuk generasi ilmu berpengetahuan tinggi, melalui soalan-soalan atau permasalahan yang diajukan beliau tidak bersendirian dalam menjawabnya tetapi akan memanggil beberapa orang anak murid beliau untuk bermuzakarah Bersama bagi mendapatkan jawapan
Imam Syafiee
Secara Kuliah
Menumpukan perhatian dalam kuliah nya bersama-sama muridnya mencari jalan pengeluaran hukum yang ganjil dan membandingkan antara sumber perundangan pelbagai.
Menghabiskan masanya di Makkah bersama-sama para ilmuwan yang lain membahas, mengajar, mengkaji di samping melahirkan satu intisari dari bebearapa aliran
Secara Usuli
Berlandaskan sumber asal rujukan pengajarannya.
Terbukti sebagaimana kata-kata al Karabisi "Kami sebelum ini tidak mengenal istilah al kitab, al sunnah dan ijmak sehinggalah datangnya as Syafie. Beliaulah yang menerangkan maksud al kitab, al sunnah dan ijmak
Secara bertukar-tukar fikiran
Sering bertukar-tukar fikiran tentang masalah agama terutama dengan ahli fikah dari Mazhab Hanafi
Masalah-masalah yang ditimbulkan oleh pembesar-pembesar Harun Al Rasyid (Khalifah) dapat dijawab oleh beliau dengan penjelasan yang memuaskan
Secara Membaca
Membaca kitab karangannya dikhalayak ramai
Mengarang beberapa kitab sebahagiannya pula beliau merencanakannya sahaja
Secara Imlak
Cara ini diamalkan sewaktu beliau menyusun kitab Al Umm. Beliau mengimlakkan kepada murid-murid dan sebahagian lagi ditulis oleh beliau.
Apabila murid-murid mengubah apa yang ditulis oleh beliau, kemudian akan dibaca semula kepada beliau selesai mengubahnya untuk memastikan perubahan yang dilakukan berlandaskan ilmu yang dipelajari.
Cara perbincangan
Mengadakan perbincangan kerana dalam sesuatu permasalahan yang timbul
Secara Halaqah
Mengajar di sebuah masjid di sebelah barat Kota Baghdad. Terdapat 20 halaqah dimasjid itu.
Halaqah digabungkan menjadi tiga sahaja. Dan pengajaran yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat
Imam Malik
Kaedah Penceritaan
Kebanyakkan cerita yang disampaikan oleh beliau bertujuan untuk mendidik manusia
Menjadikan Khalifah Umar Al Khattab sebgai contoh teladan yang baik
Kaedah Perbincangan
Perbincangan merupakan kaedah yang digunakan oleh Imam Malik
Kesempatan ini digunakan oleh beliau untuk membincangkan tentang masalah yang dikemukakan oleh murid lain. Beliau juga sering mengadakan perbincangan dengan khalifah Abbasiyyah antaranya Al Mansur mengenai talak yang dipaksa
Kaedah Syarahan
Kaedah ini yang paling banyak digunakan Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran
Majlis kuliah beliau diadakan di masjid Madinah dan rumah beliau sendiri pada ketika itu.
Imam Malik menggunakan kaedah syarahan dalam pengajarannya.
Beliau menyampaikan syarahan dan kuliah sejak berusia 17 tahun. Beliau tidak mengajar setelah mendapat pengakuan daripada 70 orang gurunya.
Kaedah menyelesaikan masalah
Kaedah penyelesaian masalah juga digunakan oleh imam malik khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan hukum. Setiap masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh murid akan dirujuk kepada imam malik.
Dalam menyelesaikan masalah, imam malik tidak suka kepada masalah khayalan dan andaian yakni yang direka-reka dan yang tak pernah berlaku. Beliau hanya akan menyelesaikan masalah yang benar-benar berlaku dalam masyarakat atau masalah waqi’ sahaja. Beliau berhati-hati dalam menyampaikan jawaban serta memikirkan dan mengkaji terlebih dahulu dengan lebih mendalam.
Kaedah penulisan
Terdapat 2 jenis penulisan yang digunakan iaitu penulisan kitab dan surat
Kitab Al Muwatta dinisbahkan kepada oleh beliau. Al Muwatta beerti yang disepakati atau tunjang atau panduan tentang ilmu dan hukum-hukum agama.
Kitab pertama yang menghimpunkan hadith nabi dan fikah. ia disusun dalam bab-bab berdasarkan tajuk dan masalah yang dibincangkan
Kaedah ulangan
Menggunakan pengajaran secara ulangan untuk mengukuhkan kefahaman murid
Meminta penulis yang bernama Habib yang menulis segala kandungan pelajaran yang disampaikan oleh beliau kemudian membacakan semula pengajaran-pengajaran tersebut kepada orang ramai.
Kaedah Pergaulan
Menggunakan cara ini khususnya untuk mendekati pemimpin bagi menyampaikan pengajaran
Beliau sering bergaul dengan murid-muridnya serta menjemput anak-anak muridnya kerumah.
Kaedah Nasihat
Banyak memberikan nasihat kepada orang ramai.
Tidak mengira golongan dalam memberikan nasihat
Nasihat yang masyhur tentang urusan ibadah, tablid, memilih guru
Imam Al Ghazali
Kaedah Pertandingan
Digunakan dalam pengajaran, perbincangan dan untuk membuktikan kebenaran fikiran dan kepercayaan mereka terhadap karya-karyanya
Dalam Kitab Ihya Ulummuddin, beliau ada menerangkan perbezaan pendapat dalam kalangan cerdik pandai tentang kebaikan dan keburukan akhlak
Kaedah Halaqah
Pelajar mengelilingi gurunya separa bulat untuk mendengar syarahan.
Beliau telah mendirikan sebuah sekolah berhampiran dengan rumahnya untuk penuntut-penuntut ilmu dan sebagai tempat persinggahan bagi golongan sufi
Kaedah petunjuk dan bimbingan
Pendapat-pendapat beliau diperah daripada kemurnian hidup dan dihayatinya, dimensi-dimensi ilmu pengetahuan yang dicapainya melalui percubaan-percubaan yang telah dilakukan
Seorang yang peneliti dan selalu mengadakan percubaansebelum memberikan pendapatnya
Misalnya dalam menanamkan dasar-dasar agama kepada anak-anak. Beliau memulakan dengan meniru iaitu menunjuk cara. diikuti dengan menyakini dan menguatkan dalil-dalil, membaca al Quran dan menerangkan kandungan serta maksudnya.
Kaedah dialog dan perbincangan
Kaedah berdasarkan dialog, perbincangan melalui soal jawab untuk sampai kepada fakta yang tidak diragukan, dikritik dan dibantah.
Mendalamkan lagi kefahaman seseorang terhadap ilmu pengetahuan
Imam Hanbali
Bercerita
Bersyarah
Hafalan dan latih tubi
Perbincangan
Pengajaran
Pengajaran Berkumpulan
Nama : Nur Husnina Binti Khalid
PDPP P1 1621