Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MASYARAKAT MELAYU DI TANAH MELAYU - Coggle Diagram
MASYARAKAT MELAYU DI TANAH MELAYU
PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU
i)bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa : gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.
ii)Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris.
iii)Istilah “Melayu” timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645 Masehi
iv)Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menyebut bahawa, “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”.
Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
a. Bahasa Melayu Kuno,
b. Bahasa Melayu Klasik
c. Bahasa Melayu Moden.
ADAT ISTIADAT MELAYU
TRADISI BERKAPUR SIRIH
-tradisi mengunyah sirih lengkap dengan kapur dan pinangnya
biasa dilakukan dalam upacara pernikahan ataupun upacara pengobatan.
TRADISI PERKAHWINAN
pernikahan pada adat melayu memang terkesan sangat rumit dan terlalu sakral.
dalam pandangan masyarakat melayu ketika sesorang akan menikah maka dia harus mendapat restu dari kedua orang tua dari dua belah pihak.
aturan–aturan adat yang harus dijalani sebelum akad nikah berlangsung diantaranya pengantin perempuan dilarang bepergian dan keluar dari rumah satu minggu sebelum akad nikah dilakukan.
Masyarakat melayu meyakini jika seorang calon pengantin keluar rumah ataupun bepergian ketika mendekati hari pelaksanaan akad nikah berlangsung maka akan terjadi hal yang tidak diharapkan yang akan membuat acara akad nikah
MEMILIKI NAMA PANGGILAN KHUSUS
anak paling besar akan dipanggil dengan sebutan ulong yang dalam bahasa indonesia berarti sulung.
Panggilan ini juga merupakan pembiasaan kepada semua anak dalam keluarga agar bersikap menghormati pada yang lebih tua dan menyayangi pada yang lebih muda
BERPANTUN
Pantun sebagai salah satu cara berkomunikasi menyampaikan maksud dan tujuan dengan lebih sopan dan halus.
Masyarakat melayu akan sangat mudah merangkai kata untuk disusun menjadi sebuah tantun yang indah dan sangat berkesan.
TRADISI PAKAIAN
hal berpakaian hendaknya mengacu kepada asas “sesuai” yakni sesuai pakaiannya, sesuai yang memakainya, sesuai cara memakainya, sesuai tempat memakainya, sesuai pula menurut ketentuan adat yang diberlakukan dalam hal ini ihwal berpakaian.
masyarakat melayu dikenal sebuah ungkapan mengatakan: “adat memakai pada yang sesuai, adat duduk pada yang elok, adat berdiri tahukan diri”.
TRADISI KEMATIAN
pihak keluarga akan menyampaikan peristiwa kematian ini kepada tokoh masyarakat dan aparatur pemerintah, serta tetangga sekitar
alat komunikasi tradisional yang bernama Bedug di langgar dan di masjid juga dibunyikan dengan nada yang khas di telinga.
EKONOMI
PERIKANAN
aktiviti utama penduduk yang menetap di tepi laut,sungai dan tasik dengan menggunakan peralatan tradisional seperti bubu,lukah,serkap,jala dan kelong.
Di Pantai Timur kegiatan perikanan antara bulan Mac dan Oktober. Musim Tengkujuh pula tangkapan tertumpu di sawah padi dan tasik.
Jika ada lebihan tangkapan dihasilkan pula makanan seperti belacan, cencaluk, budu,
keropok dan ikan kering.
PERTANIAN
dua jenis padi utama. Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau t anah rendah dan rata. Ia memerlukan air yang banyak. Padi huma atau padi bukit ditan am dikawasan tanah tinggi atau lereng bukit dan tidak memerlukan air yang banyak.
Kawasan penanaman padi yang utama ialah di Kedah Perlis,Seberang Prai, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan.
Sistem pengairan dapat memajukan sistem penanaman padi pada awal abad ke-19.
3 jenis pengairan yang digunakan iaitu kincir air, terusan dan empangan.
Pada tahun 1885, terusan Wan Mat Saman sepanjang 32km telah dibina di Kedah untuk mengairi sawah padi. Padi dari negeri Kedah dan Perlis mendapat pasaran yang baik di Pulau Pinang.
,terdapat juga tanaman lain seperti kopi, tembakau, sagu, pisang, jagung,tebu, ubi kayu, lada hitam dan gambir. Pokok buah-buahan juga ditanam untuk kegunaan sendiri seperti kelapa, durian, manggis, langsat danlain-lain. .
Pokok buah-buahan juga ditanam untuk kegunaan sendiri seperti kelapa, durian, manggis, langsat danlain-lain. Terdapat juga pokok pinang, kabung, nibung dan nipah yang mempunyai nilai-nilai perniagaan
Kedah turut menjalankansistem pajak (ampun kurnia) yang dianugerahkan oleh raja kepada tauke-tauke dari Pulau Pinang untuk mengusahakan kegiatan ekonomi
AGAMA ISLAM SEBAGAI PEGANGAN MASYARAKAT MELAYU:
i)Islam wujud buat pertama kali di Malaysia pada abad ke-10 di Terengganu yang merupakan negeri Melayu pertama menerima Islam
ii)Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama : dan pendakwah.
iii)Parameswara merupakan Sultan Melaka yang pertama memeluk agama Islam.
iv)Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk menganut agama Islam.
v)Islam mendominasi dalam kebudayaan Melayu. Sebilangan besar perkataan Bahasa Malaysia mempunyai asal-usul daripada Bahasa Arab, bahasa utama agama Islam.
vi)Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha merupakan perayaan yang penting bagi orang Islam di Malaysia.