Tamadun Islam dan Latar Belakangnya

Lokasi Masyarakat Arab Jahiliah

  • Di semenanjung tanah arab
  • Terdiri daripada Wilayah Hijaz, Najd, Yaman dan Laut Merah di barat
  • Ibu kota penting Makkah, Madinah dan Taif

Maksud Masyarakat Jahiliah

  • Masyarakat yang hidup selepas runtuhnya Empangan Maarib
  • Kehidupan sosialnya lemah menyebabkan mereka tidak mewarisi ilmu dari zaman sebelumnya
  • Masyarakat Arab mengalami zaman kegelapan yang dikenali sebagai Zaman Jahiliah
  • Jahiliah berasal daripada perkataan Arab (Jahala) yang bermaksud jahil
  • Tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk

Sistem Politik Masyarakat Jahiliah

  • Terdiri daripada kaum Hadhari dan Badwi
  • Mengamalkan sistem kabilah diketuai oleh syeikh
  • Penyatuan masyarakatnya melalui semangat assamiyah
  • Di Makkah, terdapat kaum Arab Quraisy yang mentadbir
  • Pentadbirannya diuruskan oleh Badan/Jabatan Darun-Nadwah

Sistem Ekonomi Masyarakat Jahiliah

  • Semenanjung Tanah Arab tanah kurang subur untuk pertanian
  • Di Yaman terdapat tanaman gandum dan kopi
  • Manakala di Oman terdapat tanaman sekoi dan padi
  • Kaum Badwi menternak binatang seperti unta, kambing dan biri-biri
  • Kaum Badwi mengamalkan sistem tukar barang
  • Kaum Hadhari berdagang secara kafilah