Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
LATAR BELAKANG MASYARAKAT ARAB - Coggle Diagram
LATAR BELAKANG MASYARAKAT ARAB
LOKASI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH
-Di Semenanjung Tanah Arab
-Terdiri daripada Wilayah Hijaz, Najd,Yaman dan Laut Merah di Barat
-Ibu Kota penting Makkah, Madinah dan Taif
MAKSUD MASYARAKAT ARAB JAHILIAH
-Masyarakat yang hidup selepas runtuhnya Empangan Maarib
-Kehidupan sosialnya yang lemah menyebabkan mereka tidak mewarisi ilmu dari zaman sebelumnya
-Masyarakat Arab mengalami zaman kegelapan yang dikenali Zaman Jahiliah
-Jahiliah berasal daripada perkataan Arab (Jahala) yang bermaksud Jahil
-Tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk
CIRI-CIRI KEHIDUPAN MASYARAKAT JAHILIAH
Dari aspek Sosial
SISTEM SOSIAL MASYARAKAT JAHILIAH (Agama dan Kepercayaan)
Wathani - Menyembah berhala
Majusi - Menyembah api
Yahudi - Agama Bani Israel
Nasrani - Agama Bani Israel
Animisme - Percaya kepada Roh dan Kuasa Ghaib
Hunafa - Penganut Ajaran Nabi Ibrahim AS
SISTEM SOSIAL MASYARAKAT JAHILIAH (Adat dan Kehidupan Seharian)
-Masyarakat yang mengamalkan menilik nasib untuk meramal masa depan mereka
-Mereka mempercayai ahli sihir dan kuasa azimat
-Mereka memandang rendah kepada kaum wanita
-Mereka hidup dalam kemaksiatan seperti berjudi, berzina, meminum arak dan bersikap anguh
-Hamba dipandang hina dan mempunyai status terendah
-Memuliakan tetamu dan menghormati tuan rumah
-Mereka menepati janji
-Mereka pandai menjaga kehormatan diri
-Mereka sanggup mengorbankan diri untuk tetamu, golongan miskin dan lemah
-Mereka tahu bersyair, bersajak dan berpidato
-Karya mereka dibaca dengan temasya-temasya tahunan di Pasar Ukaz dan digantung di Kaabah
Dari aspek Ekonomi
SISTEM EKONOMI MASYARAKAT JAHILIAH
-Semenanjung Tanah Arab tanah kurang subur untuk pertanian
-Di Yaman terdapat tanaman gandum dan kopi
-Manakala di Oman terdapat tanaman sekoi dan padi
-Kaum Badwi menternak binatang seperti unta, kambing dan biri-biri
-Kaum Badwi mengamalkan sistem tukar barang
-Kaum Hadhari berdagang secara kafilah
-Makkah sebagai pusat perdagangan bagi masyarakat Hijaz iaitu membeli barang dari Yaman dan Habsyah lalu menjualnya di Syam dan Mesir
-Terdapat laluan perdagangan merentasi benua dikenali sebagai Laluan Sutera
-Menghubungkan pedagang Arab dengan China, India dan Asia
-Masyarakat Arab mementingkan keuntungan, mengamalkan riba dan menipu timbangan
Dari aspek Politik
SISTEM POLITIK MASYARAKAT JAHILIAH
-Terdiri daripada kaum Hadhari dan Badwi
-Mengamalkan sistem kabilah diketuai oleh syeikh
-Penyatuan masyarakat melalui semangat assabiyah
-Di Makkah terdapat kaum Arab Quraisy yang mentadbir
-Pentadbirannya diuruskan oleh Badan/Jabatan Darun-Nadwah
-Bezanya, Kaum Hadhari tinggal di kota dan menjalankan kegiatan perniagaan dan memiliki binatang ternakan manakala Kaum Badwi pula berhidup secara nomad dengan memelihara binatang ternakan