Dalam bahasa Arab pula terdapat beberapa kalimah yang merujuk kepada pendidikan. Antara kalimah yang selalu digunakan ialah (Rosnani Hashim 2006; al-Attas 1979):
i. Tarbiyyah. Kalimah tarbiyyah berasal daripada kata dasar ‘rabba’ (mengasuh, memelihara atau memimpin).
ii. Ta’lim. Kalimah ta’lim berasal daripada konotasi ‘alima (mengetahui, memberitahu, melihat, mencerap, menganggap).
iii. Ta’dib berasal daripada kalimah aduba (memperhalusi, berdisiplin dan
berbudaya).