Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Konsep Kemahiran Belajar, Semasa anda belajar, anda akan menyedari berlaku…
Konsep Kemahiran Belajar
-
Definisi
keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup
Definisi Belajar
Pembelajaran adalah pembinaan hipotesis; ia tidak boleh diperhatikan secara langsung. -Gross (2014)
Belajar merupakan suatu proses,suatu kegiatan dan bukan merupakan suatu hasil atau tujuan. Belajar bukan sekadar mengingat atau menghafal saja, namun meliputi juga aspek yang lebih luas iaitu mengalami proses belajar itu sendiri. -Ahmad Susanto (2016),
-
-
Semasa anda belajar, anda akan menyedari berlaku beberapa perubahan pada diri sendiri. Sebagai contoh, anda akan menyedari bahawa pengetahuan dan kecekapan anda telah meningkat berbanding sebelumnya.
Berlaku peningkatan dan perubahan dari segi kecekapan apabila wujudnya unsur
baharu di dalam mendapatkan maklumat dan kemahiran.
anda dapat merasakan adanya berlaku perubahan pada diri anda dari segi pengetahuan, tingkah laku, kemahiran, perasaan dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, anda telah tidak lagi melakukan kesilapan di dalam pengiraan (subjek Matematik) yang sering terjadi sebelum ini.
Sebagai contoh, di dalam sesuatu pembelajaran, akan dinyatakan matlamat yang perlu dicapai pada. akhir pembelajaran tersebut. Apabila terdapat perubahan tingkah laku hasil dari matlamat dan arah yang telah ditetapkan, maka berlakulah proses belajar yang lebih berkesan.
Proses belajar dikatakan telah berlaku di dalam diri apabila berlakunya perubahan secara holistik (keseluruhan). Perubahan ini membawa maksud bahawa anda telah mengalami proses belajar apabila penguasaan terhadap perkara yang dipelajari secara keseluruhannya berjaya dan dapat dilihat dari segi pemikiran, perasaan, kepercayaan dan tingkah laku.