Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PRINSIP PENGAJARAN BAHASA MELAYU - Coggle Diagram
PRINSIP PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Teori Pemerolehan Bahasa
Kognitif ( Jean Piaget )
tiga peringkat pemprosesan
maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM). Maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini
dinamakan proses pembelajaran.
teori ini menerangkan bahawa skema berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru
Ausubel (1978) mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.
pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar.
Mentalis( Noam Chomsky)
kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal.
penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa.
guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa murid-murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan diajar nanti.
tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran
semua kanak-kanak dilahirkan dengan kebolehan semula jadi sebagai LAD ( Language Acquisition Device ) / alat pemerolehan bahasa
penyampaian pelajaran secara deduktif
pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan
tatabahasa kepada pelajar-pelajar biasanya dilakukan secara formal
Behavioris ( B.F Skinner )
Teori ini menyangkal keupayaan mental
Penekanan kepada bentuk-bentuk linguistik – fonologi, struktur, intonasi dll
pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku manusia, iaitu pemerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi
Berasaskan kepada perolehan bahasa pertama – peniruan yang berulang
Pengulangan mempercepatkan proses pembelajaran/pengukuhan ingatan
Pengajaran tatabahasa berdasarkan penekanan induktif ,kaedah terus, dengar tutur dan latih tubi
Persekitaran sebagai ransangan, tindakan balas sebagai gerak balas
Interaksionalis ( Halliday ) :
penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa
pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik.
sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka ke tahap yang paling maksima
PdP bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktivitiaktiviti yang bermakna
manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman.
interaksionalis mementingkan kedua-dua unsur iaitu makna dan struktur bahasa.
Teori Huraian Bahasa
Struktural (Bloomfield )
Tumpuan aliran ini adalah semata-mata kepada struktur permukaan ( surface structure ) iaitu penganalisisan yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituen-konstituennya, iaitu sintaksis dihurai berdasarkan konstituen terdekat
kajian bahasa secara objektif yang padanya penggolongan kata dan peraturan-peraturan kajiannya berasaskan analisis struktur yang terdapat pada fonologi, morfologi dan sintaksis.
mengkaji bahasa secara deskriptif dan menganggap bahasa sebagai satu sistem bunyi pertuturan yang arbitari
Nahu Tradisional ( Panini )
Menegaskan kepentingan unsur kekecualian daripada
undang-undang
Kajian bahasa secara deduktif iaitu kajian yang menerangkan undang-undang bahasa dahulu sebelum memberikan contoh
Aktiviti penulisan termasuklah latihan terjemahan daripada bahasa sasaran kepada bahasa ibunda atau sebaliknya.
Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran
lisan
Kajian menetapkan golongan kata kepada kata
nama, kata sifat dan kata kerja.
Bahasa yang diutamakan adalah bentuk tulisan
Transformasi Generatif ( Chomsky )
Manusia – dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk
berbahasa
Semasa mengajar guru perlu mengambil kira
kebolehan semulajadi murid
Guru menggalakkan murid membuat pertuturan
baru
Pembelajaran harus bertumpu kepada
membentuk kecekapan bahasa murid
Kesilapan murid semasa berbahasa dianggap
sebagai percubaan hipotesis.
Teori Fungsionalis ( Halliday )
Terdapat variasi dalam penggunaannya.
Unsur struktur bahasa dikaji melalui hubungan
semantik bukan sintaksis
melihat juga fungsi bahasa sebagai alat komunikasi (idea,
interpersonal, tekstual)
Murid perlu diajar tentang hukum bahasa dan
konteks penggunaannya.
mengkaji bahasa dari segi struktur dan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi dan mengkaji bentuk dan perubahan bahasa semasa berkomunikasi.
Bahasa yang digunakan mestilah standard dan diterima masyarakat dan penutur jati.
Bahan-bahan pengajaran dipilih, disusun ,
dikawal dan dipertingkatkan.
Penguasaan kemahiran bahasa mengikut susunan; kemahiran mendengar, bertutur,membaca dan menulis.