Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu - Coggle Diagram
Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu
Pendekatan induktif
bermula daripada spesifik kepada umum
melibatkan proses penaakulan yang tinggi
guru boleh membantu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperolehi.
Melibatkan pengumpulan dan pentafsiran maklumat-maklumat yang kemudiaannya setiap maklumat ini akan berubah kepada kesimpulan
Pirinsip pendekatan induktif
merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada suatu generalisasi atau kesimpulan umum
bahan bantu mengajar wajib disediakan
menekankan pengajaran secara urutan yang tepat
membimbing pelajar membuat kesimpulan dengan memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contoh
contoh khusus yang relevan dan sesuai harus dipelbagaikan untuk menerangkan sesuatu supaya generalisasi dapat dicapai dengan mudah
Langkah pengajaran menggunakan induktif
PERINGKAT 1
(Perancangan)
Menentukan objektif pelajaran
-menyediakan contoh-contoh
-menyediakan soalan
-menyediakan alat bantu mengajar
PERINGKAT 2
(Pendedahan)
Set induksi
-mengemukakan contoh-contoh
-memerhatikan contoh-contoh
PERINGKAT 3
(pembentukan konsep mentafsir ciri-ciri_
Mengenalpasti ciri-ciri
-menganalisis ciri-ciri
PERINGKAT 4
(Pembentukan kesimpulan)
merumuskan ciri-ciri
-membuat generalisasi
-menerangkan fungsi kesimpulan, hukum, prinsip, teori atau teorem
PERINGKAT 5
(Penutup)
Membuat kesimpulan kongnitif
membuat kesimpulan sosial
memberi aktiviti susulan
Kekuatan
menggalakkan penglibatan murid secara aktif
murid dapat bimbingan sepenuhnya daripada guru
penggunaan bahan bantu mengajar secara maksimum
murid berpeluang untuk memberikan idea dan berfikir secara kritis
Kelemahan
sukar mendapat kerjasama daripada murid-murid
masa yang digunakan terlalu lama untuk menyelesaikan masalah
guru terbeban kerana terlalu banyak persediaan yang perlu dibuat
tidak sesuai untu murid lemah
Pendekatan Deduktif
pengajaran daripada umum kepada spesifik
pembelajaran bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertantu
digunakan jika keutamaan pelajaran tertumpu kepada pemahaman konsep sahaja
guru akan mengemukan satu konsep, hukum atau kesimpulan dengan menerangkan definisi sebelum memberikan beberapa contoh untuk menjelaskan kefahaman
Prinsip deduktif
sesuatu masalah atau hipotesis diperkenalkan dan ditakrifkan
pendekatan deduktif harus mengikut langkah demi langkah.
konsep/ teori/ peraturan yang dikemkakan harus dinyatakan secara eksplisit
contoh digunakan untuk menerangkan konsep/teori/peraturan, pelajar tiru/hafal contoh untuk mengemukakan contoh lain
latihan menulis untuk mengesan kebolehan pelajar menguasai kemahiran turut diberikan
pemahaman konsep/teori/peraturan dinilai menggunakannya dalam situasi-situasi baru yang mempunyai masalah yang hampir serupa
Langkah2 Pengajaran
Peringkat pendedahan
guru memulakan pengajaran dengan menyediakan murid terlebih dahulu, kemudiaan memperkenalkan tajuk, tujuan pengajaran dan isi pengajaran
Peringkat mengemukakan generalisasi
-guru menerangkan peraturan, rumus tatabahasa, menerangkan pengertian dan hukum yang tertentu.
peringkat menganalisis konsep
pengajaran guru tertumpu kepada usaha mejelaskan generalisasi kepada pelajar
guru mewujudkan pelbagai aktiviti
Peringkat mencubakan generalisai
dijalankan dalam bentuk berkumpulan
melihat kembali kebolehan pelajar menguasai kemahiran tertentu
Peringkat penutup
guru membuat kesimpulan berdasarkan perkara-perkara yang telah dipelajari
guru memberikan aktiviti tambahan untuk meningkatkan kefahaman
kekuatan
cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran
guru memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran
-menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu membuat banyak persediaan BBM
Kelemahan
potensi murid yang berbeza dalam kelas menyukarkan guru semasa dalam proses pembelajaran
sangat berpusatkan guru
kurang menarik minat murid
Pendekatan Eklektik
gabungan dua atau beberapa pendekatan
sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan
Prinsip
menggunakan pelbagai kaedah
menggalakkan daya usaha dan kreativiti guru
banyak menggunakan latihan dalam pengajaran
menekankan penglibatan murid secara aktif
menekankan kemahiran kognitif
langkah pengajaran
umum -spesifik umum
spesifik - umum - spesifik
kekuatan
memudahkan guru mentadbir pengajaran, memberi banyak contoh dan penerangan sekaligus meningkatkan pemahaman murid
murid dapat belajar dan mengikuti pengajaran mereka dengan lebih mudah dan menyakinkan
sesuai digunakan untuk kelas yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan
pengajaran disampaikan dengan menggabungkan semua/ sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baharu
kelemahan
menimbulka kekeliruan
kesukaran mengawal kelas
guru perlu menyediakan pelbagai set latihan
murid yang introvert akan tercicir
Pendekatan komunikatif
-fokus pada pelajar
prinsip asas pendekatan komunikatif ini murid mengetahui tujuan kativiti yang dilakukan
-proses pengajaran bahasa dilaksanakan dalam konteks wacana sebenar
Ciri-ciri
makna sangat dipentingkan
dialog digunakan dan porses komunikatif bukan hafalan
konteks dan situasi komunikatif sangat diberi keutamaan
pembelajaran bahasa berfokus untuk komunikasi
latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan
pengucapan bahasa perlu sekadar untuk difahami sahaja
BBM perlu sesuai mengikut tahap umur/kemahiran murid dan berfungsi sebagai dorongan kepada murid untuk belajar
murid digalakkan menyampaikan idea secara lisan/bertutur
terjemahan boleh digunakan jika murid memperoleh manfaat daripadanya
kebolehan berkomunikasi merupakan matlamat khusus pembelajaran
kelancaran bahasa diadili dalam konteksnya
Prinsip
PdP bahasa dibuat dalam konteks wacana
pengajaran bahasa mengikut proses komunikatif sebenar
mempelbagaikan aktiviti komunikasi
murid harus memahami tujuan aktiviti dijalankan
Pendekatan natural
bermula pada tahap mudah dengan bertanya murid tentang apa yang ada di sekitar mereka/ daripada gambar mudah
pelajar didedahkan dengan aktiviti bahasa secara bebas seperti berbual dengan rakan sebaya, menunjukkan gambar dan sebagainya
Matlamat
diasaskan kepada tugas yang dapat memenuhi keperluan murid
guru menentukan situasi supaya murid dapat menggunakan bahasa sasaran dengan berkesan
pendekatan binaan dan cerakinan
PENDEKATAN BINAAN
dikenali sebagai pendekatan sintesis
pengajaran bacaan bagi pendekatan ini dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang lebih besar
murid diperkenalkan dengan huruf diikuti dengan suku kata, perkataan, rangkai kata, ayat dan cerita
Contoh , ajar perkataan buku jadi murid diperkenalkan dengan huru 'b' 'u' 'k' 'u' kemudian gabungkan jadi bunyi suku kata kemudian gabungkan jadi 'buku'
PENDEKATAN CERAKINAN
dikenali pendekatan analisis
dahulukan unsur besar kemudian unsur iti dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil yang membentuk struktur yang besar
murid dapat mengeja dan membaca huruf, suku kata, perkataan dan ayat dengan baik
perkenalkan ayat kepada murid kemudian ayat itu dicerakinkan kepada perkataan-perkataan daripada perkataan dipecahkan kepada suku kata dan seterusnya huruf-huruf
contoh,
Ayat buku saya tebal
perkataan- 'buku' 'saya' 'tebal'
suku kata - 'bu+ku' 'sa+ya' 'te +bal"
huruf, b,u,k,u, s,a,y,a, t,e,b,a,l
4 peringkat latihan
latihan menyebut perkataan
latihan memisahkan perkataan kepada sukukata
latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama
latihan membina dan membaca ayat sempurna
Pengalaman bahasa
pendekatan yang menekankan pengalaman/ pengetahuan sedia ada murid semasa membaca
murid mudah memahami isi kandungan yang dibaca jika mempunyai pengalaman membaca
murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan penguasaan setiap peringkat
keberkesanan
memberi sebanyak mungkin pengalaman kepada murid untuk membantu mereka memahami bahan bacaan
bahan yang dipilih seperti gambar, grafik, bahan maujud perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada murid
mempelbagaikan bentuk laras bacaan dalam PdP
melakukan perbincangan mengenai bidang dalam bahan bacaan sebelum pembacaan dimulakan
kekuatan
bahan yang digunakan sesuai dengan tingkat penguasaan bahasa kanak-kanak
mengintegrasikan semua aktiviti kebahasaan (mendengar,bertutur,membaca dan menulis)
tidak memerlukan kos
kelemahan
hanya digunakan pada tahap pengajaran penguasaan kemahiran berbahasa awal sahaja
menggunakan masa yang lebih lama berbanding pendekatan lain
guru harus sentiasa mengambil tahu kosa kata dan kemahiran dalam bahan semasa pendekatan dilaksanakan