• Semua hasil zakat dibahagi dan diagihkan kepada umat Islam yang layak menerimanya berdasarkan syariat Islam
• Lapan golongan umat Islam yang layak menerima zakat (golongan asnaf) ialah fakir, miskin, amil, muallaf, riqab (hamba yang dijanjikan tuannya untuk dimerdekakan), gharimin (orang muslim yang berhutang dan tidak mampu menjelaskannya), fisabilillah (orang yang berjihad pada jalan Allah) dan ibnu sabil (musafir yang kehabisan wang dan bekalan dalam perjalanan bertujuan baik).