Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
JIZYAH MERUPAKAN SISTEM PERCUKAIAN YANG DILAKSANAKAN SEMASA ZAMAN …
JIZYAH MERUPAKAN SISTEM PERCUKAIAN YANG DILAKSANAKAN SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN KHALIFAH AL-RASYIDIN. BINCANGKAN
Jizyah ialah cukai perlindungan yang dikenakan terhadap golongan bukan Islam (zimmi) sebagai balasan kepada jaminan perlindungan daripada negara Islam terhadap nyawa, harta dan amalan agama mereka.
• Jizyah ialah gantian kepada khidmat perlindungan kerajaan Islam kepada golongan zimmi dan bukanlah sebagai sewa atau denda kerana tidak beriman kepada Allah SWT atau sebagai balasan kepada kekufuran mereka.
• Sekiranya seseorang itu menerima Islam ataupun kerajaan Islam gagal memberikan jaminan keselamatan, keperluan membayar jizyah itu akan gugur dengan sendirinya.
• Kadar jizyah yang dikenakan berbeza-beza mengikut perjanjian yang dipersetujui dan bergantung kepada kemampuan.
• Jizyah terbahagi kepada dua iaitu Sulh al-Jizyah (cukai perlindungan) dan Jizyah al-Ru’us (cukai diri).
• Mengikut amalan kutipan jizyah pada zaman Khalifah al-Rasyidin, kadar tahunan kutipan jizyah yang dikenakan ialah 48 dirham (golongan kaya), 24 dirham (golongan pertengahan) dan 12 dirham (golongan miskin yang mampu menyara kehidupan mereka).
• Mengikut amalan kutipan jizyah pada zaman Khalifah al-Rasyidin, kadar tahunan kutipan jizyah yang dikenakan ialah 48 dirham (golongan kaya), 24 dirham (golongan pertengahan) dan 12 dirham (golongan miskin yang mampu menyara kehidupan mereka).
• Cukai jizyah dibayar dalam bentuk mata wang atau harta benda yang bernilai seperti hasil pertanian dan penternakan.
• Terdapat golongan yang dikecualikan daripada membayar jizyah seperti orang perempuan, kanak-kanak, orang tua
, fakir miskin, golongan cacat dan lemah, hamba dan golongan yang sakit berpanjangan.
• Pada zaman Khalifah Abu Bakar, jizyah dilaksanakan sebagaimana pada zaman Nabi Muhammad saw.
Contohnya pemimpin kawasan Hirah telah bersetuju membayar 19000 dirham setahun manakala penduduk kawasan Anbar serta Ain al-Tamar bersetuju membayar satu dinar per individu sewaktu ekspedisi ke Daumat al-Jandal.
• Perlaksanaan jizyah pada zaman Khalifah Umar al-Khattab dilaksanakan oleh gabenor-gabenor wilayah. Antara kawasan pungutan jizyah yang penting ialah Baitul maqdis ekoran kekalahan Byzantine, Babylon, Mesir dan Syria.
• Pemimpin Baitulmaqdis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Khalifah Umar dan bersetuju membayar jizyah selagi kerajaan Islam mampu memberikan jaminan keselamatan terhadap harta dan nyawa mereka.
• Selain itu, penduduk Qibti yang menjemput Amru bin al-Asbagi menghalau orang Rom bersetuju membayar jizyah dua dinar setahun. Manakala di Syria, kadar jizyah yang dikenakan ialah satu hingga empat dinar bergantung kepada status individu.
• Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman, jizyah turut dikenakan terhadap wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah dan Qairawan setelah termeterainya perjanjian damai.
• Usyur ialah cukai perniagaan yang dikenakan kepada semua peniaga Islam dan bukan Islam apabila mereka menjalankan perniagaan dalam negara Islam.
• Usyur diperkenalkan untuk menegakkan keadilan dalam perdagangan kerana sebelum itu pedagang Islam yang berdagang di wilayah lain dikenakan cukai tetapi sebaliknya bagi pedagang bukan Islam yang berdagang di negara Islam.
• Usyur ialah cukai baharu yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar al-Khattab bagi menjana ekonomi negara Islam Madinah.
• Kadar usyur yang dikenakan berbeza antara satu sama lain tetapi kadarnya tidak membebankan golongan yang terlibat.
• Kadar yang dikenakan terhadap pedagang Islam ialah sebanyak 2.5% manakala bagi pedagang kafir zimmi dikenakan kadar sebanyak 5%. Bagi pedagang yang terdiri daripada golongan kafir yang tidak berada di bawah naungan kerajaan Islam, kadar usyur yang dikenakan ialah sebanyak 10%.
• Antara fungsi cukai usyur adalah untuk memastikan para pedagang dapat menjalankan aktiviti tanpa sebarang gangguan, menyediakan ruang berniaga yang selesa serta kemudahan di pelabuhan.
• Cukai ini telah diteruskan perlaksanaannya pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, zaman Khalifah Ali bin Abu Talib serta zaman pemerintahan kerajaan Umaiyah dan Abbasiah.
• Kharaj ialah cukai yang dikenakan terhadap pemilik tanah yang ditakluki oleh tentera Islam sama ada secara rundingan ataupun peperangan.
• Pada zaman Khalifah Abu Bakar, walaupun sebahagian besar tanah Iraq telah dikuasai tentera Islam, kharaj belum dilaksanakan lagi. Tanah tersebut dianggap sebagai tanah ghanimah dan diagihkan kepada tentera Islam yang terlibat.
• Jenis tanah yang dikenakan cukai kharaj ialah tanah perolehan perang dan jenis-jenis tanah yang ditentukan penggunaannya oleh pemerintah.
• Antara syarat tanah yang dikenakan kharaj ialah pemilik tanah terdiri daripada golongan zimmi, tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian, tanah kharaj yang disewa atau dipajak (kharaj dikenakan terhadap pemilik tanah bukannya penyewa) dan pengecualian kharaj sekiranya hasil pertanian musnah akibat bencana alam.
-
• Bagi tanah yang tidak bertuan, Khalifah Umar telah menetapkan tanah tersebut dijadikan milik bersama dan tetap dikenakan kharaj. Tanah tersebut akan diusahakan oleh petani tempatan dan dipantau oleh Pemegang Amanah atau golongan Ahl al- Ayyam (mereka yang terlibat dengan penaklukan Iraq).
• Ahl al-Ayyam bertanggungjawab memungut cukai tanah berkenaan dan 1/5 daripada hasilnya akan dihantar kepada kerajaan pusat dan 4/5 untuk Ahl al-Ayyam.
• Kuasa golongan Ahl al-Ayyam terhadap tanah tersebut terhenti selepas Khalifah Uthman bin Affan menjadi khalifah menggantikan Khalifah Umar dan kuasa menguruskan cukai di Iraq diletakkan di bawah pentadbiran gabenor.
• Kadar kharaj yang dikenakan berdasarkan kemampuan dan tidak bersifat membebankan. Kadar yang paling maksimum ialah separuh daripada keseluruhan hasil dan boleh dibayar dalam bentuk wang atau hasil yang diusahakan.
• Antara faktor yang menentukan kadar kharaj pada zaman Khalifah al-Rasyidin ialah lokasi kawasan, kualiti tanah, penggunaan alat siraman dan kualiti benih tanaman.
• Kharaj pada zaman Khalifah Umar dibahagikan kepada dua jenis iaitu kharaj wazifah masahah dan kharaj muqasamah.
• Kharaj wazifah masahah ialah cukai yang dikenakan mengikut keluasan tanah dan jenis tanaman yang ditanam. Contohnya, tanah di Iraq telah ditetapkan setiap jerib anggur akan dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham.
-
-
• Sekiranya kharaj tidak dapat dibayar disebabkan oleh masalah kewangan, mereka dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga mereka mampu.
• Sebaliknya jika mereka enggan membayar cukai walaupun berkemampuan, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pembayar cukai tersebut oleh kerajaan.
• Pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, kharaj al-iltizam atau iqta’ yang diuruskan oleh pemilik tanah berkenaan diperkenalkan.
• Hasil yang diperoleh daripada sumber kharaj disimpan di dalam Baitulmal dan dimanfaatkan, contohnya untuk pembangunan infrastruktur, memajukan kegiatan pertanian, rancangan pengairan dan lain-lain lagi.