Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BEZAKAN ANTARA CUKAI DAN ZAKAT SERTA KEPENTINGANNYA DALAM PEMBANGUNAN…
BEZAKAN ANTARA CUKAI DAN ZAKAT SERTA KEPENTINGANNYA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA.
Jenis-jenis cukai
• Cukai jizyah ialah cukai perlindungan yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang berada di bawah naungan negara Islam untuk menjamin perlindungan dan keselamatan nyawa, harta benda dan amalan agama mereka.
• Sebagai balasan, mereka juga perlu menunaikan hak kepada pemerintah Islam dengan tunduk dan patuh pada peraturan yang terdapat dalam negara Islam bagi menjamin keharmonian dan kemakmuran bersama. Justeru, cukai jizyah boleh dimaksudkan sebagai penyeimbang kepada kewajipan zakat yang dikenakan terhadap umat Islam.
• Kharaj pula ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik di wilayah taklukan kerajaan Islam dengan kadar 10 peratus
• Sementara ‘usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam dikenakan usyur sebanyak10 peratus dan bagi kafir Zimmi yang bernaung di bawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan sebanyak 5 peratus. Wang daripada ‘usyur dapat meningkatkan ekonomi negara terutama dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan.
Jenis-jenis Zakat
• Zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam setiap tahun. Tempoh mengeluarkan zakat fitrah ialah pada 1 Ramadhan sehingga hari pertama bulan Syawal sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri. Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan asasi penduduk.
• Zakat harta ialah zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta tertentu dengan kadar yang ditetapkan oleh syarak.
• Harta-harta yang berwajib dikeluarkan zakat adalah harta-harta yang penting dalam ekonomi seperti hasil tanaman dan buah-buahan dan binatang ternakan, emas dan perak, wang simpanan dan barang perniagaan.
• Bagi hasil tanaman dan buah-buahan, jika menggunakan siraman air hujan- zakatnya 1/10. Manakala jika diusahakan sendiri 1/20.
• Binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu. Syarat zakat binatang ternakan ialah cukup hisab, tidak digunakan sebagai barangan modal dan membiak sendiri.
• Emas dan perak (bukan perhiasan). Kadar zakat yang dikenakan 2.5%
• Wang simpanan (bentuk akaun simpanan, simpanan tetap atau simpanan semasa) kadar 2.5%.
• Barang-barang perniagaan dikenakan kadar 2.5%
kepentingan bagi aspek politik
• Pengurusan zakat berlandaskan syariat Islam yang sebenar turut memberi kesan dan impak yang positif pada aspek politik. Melalui pengurusan zakat tersebut, aktiviti penyalahgunaan kewangan rakyat di kalangan pemimpin kerajaan juga dapat dicegah. Ini kerana zakat dan pengagihannya diuruskan oleh amil yang amanah dan sanggup memikul tanggungjawab negara, amanah masyarakat Islam dan perintah Allah SWT. Tambahan pula, hasil zakat hanya diagihkan kepada mereka yang tergolong dalam lapan asnaf seperti ditetapkan syara’ sahaja. Dengan pengurusan zakat yang menepati hukum syara’, maka rakyat di bawah pemerintahan negara Islam akan berpeluang menikmati kehidupan yang sejahtera.
• Tegasnya, zakat dan cukai melancarkan pentadbiran negara dan melancarkan program pembangunan negara.
kepentingan dari segi aspek sosial
• Zakat dan cukai memberikan sumbangan yang besar dalam memperkembangkan sumber-sumber Baitulmal kaum Muslimin dan negara Islam sebagaimana yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab. Hal ini akan mendorong kerjasama perdagangan negara-negara Islam dengan negara lain.
• Zakat dan cukai memberikan sumbangan yang besar dalam memperkembangkan sumber-sumber Baitulmal kaum Muslimin dan negara Islam sebagaimana yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar al-Khattab. Hal ini akan mendorong kerjasama perdagangan negara-negara Islam dengan negara lain.
• Zakat dan cukai mengurangkan jurang pendapatan yang tidak seimbang antara golongan kaya dengan golongan miskin, di samping memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya.
• Zakat dan cukai juga merupakan satu cara yang terbaik untuk memajukan ekonomi negara dan menjadikan negara dan umat Islam muncul sebagai golongan kaya dan makmur.
• Pengurusan zakat dan cukai yang efektif mampu menggalakkan pelaburan dan seterusnya mencegah pembekuan harta. Secara tidak langsung, ini dapat menggalakkan peredaran harta, wang atau kekayaan di kalangan anggota masyarakat sekaligus mengelakkan berlaku terkumpulnya harta, wang atau kekayaan di tangan pihak-pihak tertentu sahaja.
kepentingan dari aspek sosial
• Zakat boleh mengurangkan dendam dan rasa dengki yang ada dalam dada fakir miskin. Hal ini kerana masyarakat bawahan biasanya berasa benci apabila melihat mereka yang berkedudukan tinggi melaburkan harta untuk sesuatu yang tidak bermanfaat. Jika harta tersebut melimpah itu dimanfaatkan untuk mengurangkan kemiskinan, tentu akan terjalin keharmonian dan kasih saying antara si kaya dan si miskin.
• Dengan zakat juga, dakwah Islam dapat diperluas cakupannya, termasuk untuk menjinakkan hati para mualaf.
• Cukai juga berperanan untuk membangunkan negara dari sudut pembinaan infrastruktur dan kemudahan awam yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat.
• Hal ini dapat dilihat terutama dalam pembinaan infrastruktur seperti pembinaan tali air, jalan raya, jambatan, bangunan awam, atau bandar baharu yang boleh dimanfaatkan semua pihak sama ada orang Islam atau bukan Islam.