Nilaikan sumbangan Ibn Battutah kesan daripada pelayarannya terhadap peningkatan pelbagai ilmu

Sumbangan dalam bidang Sejarah dan Pensejarahan

Ibn Batuttah meninggalkan catatan sejarah perjalanan dan pengembaraan dalam karyanya Tuhfah al Nizar fi Gharaib al-Ansar wa 'Ajaib al-Asfar (Rihlah Ibn Batuttah) yang dihasilkan atas permintaan Sultan Maghribi. Beliau memperkenalkan disiplin baharu ilmu pensejarahan melalui metodologi penulisan sejarah meggunakan kaedah pemerhatian, pengalaman, temuramah dan sebagainya.

Ibn Batuttah meninggalkan catatan sejarah perjalanan dan pengembaraan dalam karyanya Tuhfah al Nizar fi Gharaib al-Ansar wa 'Ajaib al-Asfar (Rihlah Ibn Batuttah) yang dihasilkan atas permintaan Sultan Maghribi. Beliau memperkenalkan disiplin baharu ilmu pensejarahan melalui metodologi penulisan sejarah meggunakan kaedah pemerhatian, pengalaman, temuramah dan sebagainya.

Buku ini merakamkan sejarah bagi aspek kehidupan bangsa-bangsa pada abad ke-14M seperti agama, sosial, budaya, politik dan lain-lain. Karya Ibn Batuttah, Al Rihlah ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Portugis, Perancis dan Jerman.

Ibn Battutah juga turut menulis tentang sejarah negara-negara Islam seperti India, Anatolia, Maldives, Afrika dan lain-lain.Catatan Ibn Battutah turut menjadi sumber rujukan sejarah tentang kedatangan Islam ke China dan Asia Tenggara

Sumbangan dalam bidang Geografi

Pengembaraan Ibn Batuttah memberi persepsi baharu terhadap bidang geografi. Beliau berkongsi maklumat terperinci melalui hasil catatan dari segi perbandingan tentang geografi sesuatu tempat berdasarkan pengamatannya.

Karya Ibn Battutah turut menjelaskan tentang laut dan keadaan fizikal sesuatu kawasan yang sememangnya memberi maklumat yang berguna dalam aktiviti penerokaan dan penjelajahan.

Ibn Battutah membuktikan bahawa iklim khatulistiwa tidak sepanas iklim di Afrika Utara. Beliau juga menyatakan bahawa zon torrid tidak sepanas seperti yang disangka.

Catatan Ibn Battutah berjaya membantu pedagang-pedagang Arab dalam memilih tempat untuk dijadikan pangkalan perdagangan.

Ibn Battutah turut mencatatkan bahawa Pasai merupakan kawasan yang subur yang dipenuhi dengan pokok kelapa, cengkih, gaharu dan lain-lain.

Ibn Battutah telah berjaya meningkatkan pengetahuan geografi kepada masyarakat dunia.

Sumbangan dalam bidang pelayaran

Pengembaraanya selama 28 tahun merentasi tiga benua (Afrika, Eropah dan Asia), merangkumi 44 negara dengan jarak perjalanan 117,000 km, hal ini meletakkan beliau setaraf dengan tokoh pengembara lain seperti Marco Polo.

Pengembaraan Ibn Battutah dapat dibahagikan kepada 4 peringkat, iaitu peringkat pertama, perjalanan Ibn Battutah dari Maghribi ke kota Makkah. Peringkat kedua, perjalanan pulang Ibn Battutah dari kota Makkah, lokasi awal yang ditujuinya ialah selatan Iraq seterusnya ke Parsi, Anatolia, kota Baghdad dan kembali semula ke kota Makkah. Manakala peringkat ketiga, dari kota Makkah ke Utara Afrika merentasi Yaman melalui Laut Merah, seterusnya sampai ke Oman dan Bahrain kemudian kembali semula ke kota Makkah. Peringkat keempat pula dari kota Makkah ke Turki, Asia Tengah, Asia Tenggara dan kembali ke Maghribi.

Kejayaan pengembaraan Ibn Batuttah menjadi dorongan dan ikutan pengembara Islam dan Barat, contohnya Ibn Hawqal, Sulayman al Mahri dan sebagainya.

Catatan beliau menjadi sumber panduan kepada pelayar Eropah yang berusaha mencari jalan ke Timur pada abad ke-15 dan 16 M seperti Vasco da Gamma.

sumbangan dalam bidang diplomasi

Sepanjang pengembaraannya, Ibn Batuttah telah berinteraksi dengan beberapa pemimpin negara.Keperibadian, kewibawaan dan mahir berdiplomasi dalam beberapa bahasa seperti Parsi dan Turki,menyebabkan beliau mudah dipercayai apabila memerlukan bantuan untuk meneruskan pengembaraannya.

Ibn Batuttah pernah dilantik sebagai kadi oleh Sultan Muhammad Tughluq di India dan menjadi utusan ke negara China pada tahun 1342M. Di Pasai, Sultan al-Malik al-Zahir memberi penghormatan kepada beliau sebagai ulama dengan menyediakan sebuah tongkang besar untuk pelayaran ke China.

Ibn Battutah juga diberi penghormatan mengikut rombongan menemui Kaiser Byzantine dan di sana beliau telah diberikan layanan yang baik.

Sesuatu yang menarik tentang Ibn Batuttah, beliau telah mengklasifikasikan pemerintah dengan sifat sifat tertentu, umpamanya Raja di Iraq dianggap berbudi bahasa, Raja Hindustani (peramah), Raja Yaman (berakhlak mulia), Raja Turki (gagah perkasa), Raja Rom (pemaaf), Raja Turkestan (bertoleransi) dan Raja Pasai (berilmu pengetahuan seumpama ulama).

Pentingnya catatan ini ialah, memudahkan pengembaraan seterusnya dijalankan khususnya berkaitan dengan persiapan apabila berlabuh di negara-negara berkenaan.

sumbangan dalam bidang agama

Ibn Batuttah arif dalam bidang agama terutama dalam bidang perundangan Islam dan mazhab Maliki. Antara matlamat pengembaraannya adalah untuk mendalami ilmu agama. Hal ini terbukti apabila. beliau tinggal di Makkah selama dua tahun.

Dalam pengembaraan awalnya, beliau telah menemui tokoh ulama seperti Syeikh Abu Abbas Ibn al Zahir, Nasir al Din, Mujd al Din, Jamal al Din Ibn Sadid dan lain-lain lagi.

Ibn Batuttah banyak menyumbangkan kepada penyebaran agama Islam sepanjang pengembaraannya. Antaranya, beliau menetap selama lapan tahun di India dan dalam tempoh masa tersebut, beliau memegang jawatan Kadi Besar semasa pemerintahan Sultan Muhammad Tughluq.

Beliau turut dilantik sebagai kadi di kepulauan Maldives selama 18 bulan. Begitu juga beliau turut memegang jawatan kadi di Maghribi di negara kelahirannya sehingga ke akhir hayatnya.