Coggle requires JavaScript to display documents.
Pendidikan membantu pertumbuhan sahsiah dan menyemai serta mengekalkan jati diri seseorang individu.
Pendidikan merupakan teras kepada pembangunan sesebuah masyarakat dan negara
Pendidikan mampu memelihara dan memancarkan nilai-nilai asas sesebuah masyarakat.
Maksud pendidikan dalam Bahasa Melayu ialah bermaksud jaga,pelihara , ajar, ajaran, Latihan, tarbiah , pelajaran, bimbingan,asuhan dan tunjuk ajar.
Maksud Pendidikan dalam Bahasa Inggeris ialah bermaksud education yang berasal daripada cantuman dua perkataan dalam bahasa Latin iaitu e’ex dan ducereduc yang bermaksud ‘memimpin’.
Maksud Pendidikan dalam Bahasa Arab pula mempunyai banyak perkataan. i. Tarbiyyah- berasal dari ‘rabba’ bermaksud mengasuh , memelihara atau memimpim. ii. Ta’alim - berasal dari ‘alima’ bermaksud mengetahui, memberitahu,melihat mencerap dan menganggap.Ia melalui proses penyampaian atau menerima ilmu pengetahuan yang biasanya melalui Latihan,arahan dan lain-lain iii. Ta’adib – berasal dari ‘aduba’ bermaksud memperhalusi,berdisiplin dan berbudaya.Ia adalah proses pembinaan watak dan pengajaran asas-asas penting untuk hidup bermasyarakat.
Antara tiga perkataan tersebut, kalimah ta’dib lebih tepat kerana mempunyai maksud yang lebih mendalam untuk gambarkan proses pendidikan manusia berbanding perkataan tarbiyyah yang mempunyai maksud lebih luas dari aspek lain sehingga meliputi haiwan.
Dalam konteks islam ,Pendidikan ialah pelajaran atau Pendidikan kognitif,fizikal dan roh untuk lahirkan insan yang berkeperikemanusiaan.
Menurut Thoha (1996)- Pendidikan islam merupakan Pendidikan yang falsafah dan tujuan serta teorinya dibangunkan untuk melaksanakan praktik Pendidikan yang berdasarkan nilai islam daln Al-Qura.
Al-attas- Pendidikan islam merupakan usaha yang dilakukan oleh Pendidikan terhadap anak-anak untuk pengenalan dan.
Ibn Khaldun(2000)- darjat yang tinggi Allah akan berikan kepada manusia daripada ciptaan-Nya yang lain mengikut kemampuan berfikir supaya dapat mengatur segala Tindakan dengan baik
Kita hendaklah mempelajari pelbagai ilmu kerana tuntutan dan kewajipan sebagai umat Islam serta dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai stigma dan stereotaip yang luas pengetahuan.
Mencari ilmu merupakan tugas setiap individu yang beragama Islam kerana dengan adanya ilmu kita dapat mengubah hidup kita kea rah yang lebih baik.
Pendidikan diberikan sejak kita dari kecil lagi dan bermulalah peranan ibu bapa yang memberi Pendidikan awal kepada anak-anak mereka kerana anak-anak harus dididik dari sejak kecil lagi supaya dewasa kelak nanti menjadi insan yang berakhlak mulia.
Ilmu dapat memajukan sesuatu bangsa kerana kedudukan tahap pengetahuan yang tinggi menyebabkan sesuatu bangsa itu lebih maju seperti amalan membaca haruslah dibudayakan dan sepatutnya menjadi tradisi dalam kalangan rakyat di negara ini untuk melahirkan bangsa yang berpengetahuan luas.
Orang yang mempunyai pengetahuan luas dan berilmu darjatnya akan diangkat di sisi Allah.
Kita mestilah jadikan Rasulullah SAW sebagaikan contoh dan tauladan melalui Tindakan sebaik sahaja beliau diangkat menjadi Rasul.
Pendidikan juga bukanlah hanya berfokus pada akidah malah menyentuh hal kekeluargaan,masyarakat dan peraturan dalam kehidupan malah cara untuk menjadi insan yang baik di sisi agama dalam seluruh aspek kehidupan.
Al-asma ialah nama-nama atau Sesutu benda yang mana dengan mengenali, mengetahui nama sesuatu perkara atau asas kepada pembentukan ilmu kepada seseorang manusia. (Mahyuddin 2001)
Manusia telah diberi Amanah oleh Allah SWT untuk memakmurkan alam kerana manusia telah dikurniakan akal fikiran untuk berfikir (Ashraf 1985)
Islam merupakan agama yang menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu. Al- Quran juga merupakan rujukan yang penting untuk membina tamadun Islam.
Perkataan iqra’ (bacalah) disebut berulang kali oleh Malaikat Jibril as kepada Rasulullah SAW. Perkataan tersebut menegaskan supaya umat Islam belajar, mengkaji dan mencari ilmu.
Para ulama membuat kesimpulan bahawa belajar dan mencari ilmu itu wajib lebih-lebih lagi ilmu tentang agama islam (Mohd. Yusuf 2002)
Pendidikan awal sangat penting untuk mencorak perjalanan hidup seseorang kerana bayi yang baru lahir sangat suci umpama kain putih.
Allah mengangkat kedudukan yang tinggi kepada orang yang berilmu, berakal dan berfikir. Perkataan ulul al-bab bermaksud orang yang berakal atau bijaksana yang terdiri daripada ara ulama, cendekiawan dan sesiapa sahaja yang menggunakan hati dan akalnya untuk memerhati dan memikirkannya. (Mahyuddin 2001)
Allah mengurniakan darjat yang tinggi kepada manusia dan membezakan manusia daripda makhluk yang lain melalui kemampuan manusia untuk berfikir. (Ibnu Khaldun 2000)