3.1.3 Keanjalan Permintaan Pendapatan

Takrifan Keanjalan Permintaan Pendapatan

Keanjalan permintaan pendapatan ialah ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti yang diminta apabila tingkat pendapatan pengguna berubah

Penghitungan Nilai Keanjalan Permintaan Pendapatan

image

Mengelaskan Barang Berdasarakan Nilai Ey

Barang mesti

Barang mesti ialah barang yang perlu digunakan oleh pengguna dan permintaan barang itu tidak berubah walaupun pendapatan telah berubah. Nilai keanjalan permintaan pendapatan adalah sifar

Peratus perubahan Qa = 0 walaupun Y berubah

Barang normal

Barang normal ialah barang yang permintaannya berhubungan positif dengan tingkat pendapat. Apabila pendapatan pengguna meningkat, permintaan terhadap barang normal turut bertambah tetapi peratus perubahan kuantiti diminta lebih kecil daripada peratus perubahan pendapatan. Nilai keanjalan permintaan pendapatan pendapatan adalah antara sifar dengan satu

Peratus perubahan Qa ≤ Perubahan Y

Barang mewah

Barang mewah ialah barang yang dapat melambangkan status kekayaan seseorang yang lazimnya digunakan oleh mereka yang berpendapatan tinggi. Kuantiti diminta barang mewah meningkat dengan peratusan yang lebih tinggi apabila pendapatan pengguna bertambah. Nilai keanjalan permintaan pendapatan positif dan lebih daripada satu

Barang bawahan/barang inferior

Barang bawahan ialah barang yang permintaannya berhubungan negatif dengan tingkat pendapatan. Apabila pendapatan pengguna meningkat, permintaan terhadap barang bawahan menurun kerana pengguna mengalihkan permintaan mereka kepada barang lebih berkualiti dan yang berjenama. Nilai keanjalan permintaan permintaan pendapatan adalah kurang daripada sifar negatif

Peratus perubahan Qa > Peratus perubahan Y

Perubahan Y(+) Perubahan Q(-) dan PerubahanY(-) Perubahan Q(+)

0<Ey<1

Ey=0

Ey>1

Ey negatif