KEANJALAN EKONOMI
3.1 KEANJALAN PERMINTAAN
3.2 KEANJALAN PENAWARAN
- Keanjalan permintaan ialah ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti yang diminta kesan dari perubahan faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan seperti harga barang itu sendiri, harga barang lain, dan pendapatan berubah.
- Keanjalan permintaan terbahagi kepada:
(a) Keanjalan permintaan harga (Elasticity of Demand, Ed)
(b Keanjalan permintaan silang (Cross Elasticity, Ec)
(c) Keanjalan permintaan pendapatan (Income Elasticity, Ey)
Mengukur darjah tindak balas perubahan Qdx apabila Px berubah.
Mengukur darjah tindak balas perubahan Qdx apabila Py berubah.
Mengukur darjah tindak balas perubahan Qdx apabila Y berubah.
A. Takrif Keanjalan Permintaan Harga
Keanjalan permintaan harga ialah ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti yang diminta apabila harga barang itu sendiri berubah, ceteris paribus.
B. Menghitung Keanjalan Permintaan Harga
- Pekali keanjalan permintaan harga ditentukan dengan mencari nisbah peratus perubahan kuantiti diminta kepada peratus perubahan harga barang itu sendiri.
2 Secara rumus:
Ed= Peratus perubahan kuantiti diminta/Peratus perubahan harga barang
=((perubahan Q) / (Q x 100%)) / ((perubahan Q/P) x 100%)
=((perubahan Q) / (perubahan P)) / (P / Q)
dimana Q = kuantiti diminta yang asal
P = harga asal
perubahan Q = kuantiti baharu - kuantiti asal
perubahan P = harga baharu - harga asal
Keanjalan permintaan harga dapat diukur dengan pendekatan:
(a) Keanjalan lengkuk
Keanjalan lengkuk ialah ukuran nilai keanjalan permintaan harga antara dua titik sepanjang keluk permintaan yang sama.
Keanjalan lengkuk dapat dihitung dengan
• kaedah biasa
• kaedah titik tengah (midpoints formula)
Menghitung keanjalan lengkuk dengan mengambil kira harga dan kuantiti purata.
(b) Keanjalan titik
Keanjalan titik ialah ukuran keanjalan permintaan harga pada titik tertentu pada keluk permintaan itu.
Kaedah ini digunakan untuk mengukur perubahan harga yang sangat kecil sehingga harga asal dan harga baharu dianggap sama
Ed= ((perubahan Q) / (perubahan P)) x ((P0) / (Q0))
di mana P0 = harga asal,
Q0 = kuantiti asal
P1 = harga baharu,Q1 = kuantiti baharu
Ed= ((perubahan Q) / (perubahan P)) x ((1/2)(P0+P1)) / ((1/2)(Q0+Q1))
C. Darjah Keanjalan Permintaan Harga
Berdasarkan nilai keanjalan, darjah keanjalan permintaan harga dan dikategorikan kepada:
- Anjal sempurna (Ed = ∞),2. Anjal (1<Ed<∞), 3. Anjal Satu (Ed = 1),4. Tidak anjal sempurna (Ed=0),5. Tidak anjal sempurna (Ed=0)
1.Anjal sempurna (Ed =∞)
- Apabila
Ed = ∞
- Kenaikan harga lebih tinggi drp P menyebbkan Qd = 0, sebaliknya penurunan harga brg drp P menyebabkn Qd tidak terhingga.
- Keluk DD selari dgn paksi kuantiti
- Anjal (1<Ed<∞)
- Apabila 1<Ed< ∞
- % ∆ Qd > % ∆ P
- Keluk DD bercerun landai
- Anjal Satu (Ed = 1)
- Apabila Ed=1
- % ∆ Qd = % ∆ P
- Keluk DD berbentuk hiperbola
- Tidak anjal (0 <Ed<1)
- Apabila 0<Ed<1
- % ∆ Qd < % ∆ P
- Keluk DD bercerun curam
5 Tidak anjal sempurna (Ed=0)
Apabila Ed=0
Sebarang perubahan harga tidak mempengaruhi perubahan Qd (P↑↓ , Qd tidak berubah=Q)
Keluk DD selari dengan paksi harga
D. Penentu Keanjalan Permintaan Harga
1 Kewujudan barang pengganti
(a) Semakin sukar untuk mendapat barang pengganti, semakin tak anjal permintaan harga. Kenaikan harga yang banyak tidak akan menyebabkan kuantiti barang yang diminta berkurang dengan peratusan yang besar kerana kesukaran untuk mendapat barang pengganti untuknya.
(b) Semakin banyak barang pengganti bagi suatu barang, semakin anjal permintaan harga barang tersebut. Kenaikan harga yang sedikit akan menyebabkan kuantiti barang yang diminta berkurang dengan peratusan yang besar kerana kemudahan untuk mendapat barang pengganti yang secara relatif lebih murah.
(c) Contoh: permintaan minyak masak Cap Pisau secara relatif lebih anjal berbanding dengan minyak masak kerana pengguna boleh menggantikan minyak masak Cap Pisau dengan cap minyak masak yang lain sedangkan minyak masak tidak mempunyai pengganti yang hampir.
2 Peratus perbelanjaan daripada pendapatan
(a) Bagi barang yang merupakan bahagian kecil daripada jumlah pendapatan, permintaan terhadap barang itu bersifat tak anjal. Kenaikan harga yang banyak tidak akan menyebabkan kuantiti barang yang diminta berkurang dengan peratusan yang besar kerana perubahan harga barang itu tidak memberi kesan nyata terhadap belanjawan pengguna.
(b) Bagi barang yang menelan sebahagian besar pendapatan pengguna, permintaan barang itu cenderung bersifat anjal Kenaikan harga yang sedikit akan menyebabkan kuantiti barang yang diminta berkurang dengan peratusan yang kerana perubahan harga yang sedikit pun memberi kesan yang nyata terhadap belanjawan pengguna
(c) Contoh: permintaan untuk macis tak anjal kerana perbelanjaan atas macis merupakan sebahagian kecil daripada jumlah pendapatan. Sebaliknya permintaan terhadap perabot cenderung bersifat anjal kerana pembelian perabot melibatkan bahagian pendapatan yang lebih besar.
3 Kepentingan sesuatu barang
(a) Semakin penting suatu barang kepada pengguna semakin tak anjal barang tersebut. Misalnya barang keperluan seperti makanan dan ubat, kenaikan harga yang banyak tidak akan menyebabkan kuantiti barang yang diminta berkurang dengan peratusan yang besar kerana pengguna tidak boleh menangguhkan pembelian barang tersebut.
(b) Semakin tidak penting suatu barang kepada pengguna semakin anjal barang tersebut. Misalnya barang bukan keperluan seperti makanan ringan, kenaikan harga yang sedikit akan menyebabkan kuantiti barang yang diminta berkurang dengan peratusan yang besar kerana pengguna menangguhkan pembelian barang tersebut.
4 Kesetiaan kepada jenama
(a) Semakin setia pengguna kepada jenama sesuatu barang semakin tak anjal barang tersebut. Kenaikan harga yang banyak tidak akan menyebabkan kuantiti barang yang diminta berkurang dengan peratusan yang besar kerana kesetiaan terhadap jenama barang itu menyebabkan barang itu sukar digantikan dengan barang yang berjanam mempunya kesetiaan kepada jenama sesuatu barang, permintaan barang itu cenderung menjadi anjal. Kenaikan harga yang sedikit akan menyebabkan kuantiti barang yang diminta berkurang dengan peratusan yang besar kerana pengguna sanggup menggantikan barang itu dengan barang
jenama lain yang secara relatif lebih murah.
(b) Pengguna itu tetap membeli barang itu walaupun harga barang itu telah banyak berubah.
- Kepelbagaian kegunaan sesuatu barang
Semakin kurang kegunaan sesuatu barang semakin tak anjal permintaan harga barang tersebut. Peratusan kuantiti barang yang diminta tidak banyak berubah walaupun harga naik atau turun dengn peratusan besar kerana pasaran barang itu tidak mempunyai bilangan pembeli yang ramai apabila kegunaan barang itu adalah terhad
Semakin banyak kegunaan sesuatu barang, semakin anjal permintaan harga barang tersebut. Peratusan kuantiti barang yang diminta berubah dengan banyak walaupun harga naik atau turun dengn peratusan yang kecil kerana kepelbagaian kegunaan barang menyebabkan pasaran barang itu mempunyai ramai pembeli
3.1.2 Keanjalan Permintaan Silang
A. Takrifan Keanjalan Permintaan Silang
B. Penghitungan Nilai Keanjalan Permintaan Silang
Pekali keanjalan permintaan silang ditentukan dengan mencari nisbah peratus perubahan kuantiti diminta kepada peratus perubahan harga barang lain. Secara rumus:
Ec = (Peratus perubahan kuantiti diminta) / (Peratus perubahan harga barang lain)
Keanjalan permintaan silang ialah ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti yang diminta apabila harga barang lain berubah, ceteris paribus.
= (%perubahan Qx) / (%perubahan Py)
Ec = ((perubahan Qx) / (perubahan Py)) x ((Py0) / (Qx0))
di mana perubahan Qx = perubahan kuantiti diminta barang X
perubahan Py = perubahan harga barang Y
Qxo = kuantiti asal barang X
Py0 = harga asal barang
C Mengenal Pasti Hubungan Antara Barang Berdasarkan Nilai Keanjalan Permintaan Silang
- Hubungan antara dua barang dapat dikenal pasti berdasarkan nilai permintaan silang yang dihitung, iaitu sama ada kedua dua barang itu ialah:
Barang pengganti
Barang pengganti ialah barang yang dapat menggantikan fungsi barang lain, misalnya Pepsi Cola dan Coca Cola. Nilai keanjalan permintaan silang yang positif menunjukkan suatu barang ialah barang pengganti kepada barang yang lain.
Py↑ → Qdx↑ → Ec bernilai positiff→ X barang pengganti kepada Y
Py menurun → Qdx menurun → Ec bernilai positiff→ X barang pengganti kepada Y
Barang penggenap
Barang penggenap ialah barang yang digunakan bersama-sama dengan barang yang lain, misalnya pen dan dakwat Nilai keanjalan permintaan negatif menunjukkan suatu barang ialah barang penggenap kepada barang yang lain.
Py↑ → Qdx menurun → Ec bernilai negatif→ X barang penggenap kepada Y
Py menurun → Qdx ↑ → Ec bernilai negatif→ X barang penggenap kepada Y
Barang yang tidak berkaitan atau neutral
Barang neutral ialah barang yang permintaan terhadapnya tidak dipengaruhi oleh perubahan harga barang lain, misalnya bola golf dan gula.
Nilai keanjalan permintaan silang adalah sifar menunjukkan suatu barang tidak mempunyai hubungan dengan barang yang lain.
perubahan Py -> Qdx tidak berubah. Ec bernilai sifar → X barang neutral kepada Y
3.1.3 Keanjalan Permintaan Pendapatan (Ey)
Ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti diminta sesuatu barang kesan drp perubahan pendapatan
Ey = Peratus perubahan kuantiti diminta (%∆Qd) / Peratus perubahan pendapatan (%∆Y)
Ey
1<Ey<⁰⁰
0<Ey≤1
Ey = 0
Ey < 0
Barang mewah
Barang normal
Barang mesti
Barang bawahan
Barang kemas
Baju
Garam
Beras hancur
Ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti ditawarkan
sesuatu barang kesan drp perubahan harga brg itu sendiri
Ed = Peratus perubahan kuantiti ditawarkan (%AQsx) / Peratus perubahan harga brg itu sendiri (% APx)
Darjah Keanjalan Penawaran
- Anjal sempurna (Es = ∞0)
- Anjal (1<Es<∞)
- Anjal Satu (Es = 1)
- Tidak anjal (0 <Es<1)
- Tidak anjal sempurna (Es=0)
Apabila Es = ∞
Kenaikan harga lebih tinggi drp P menyebbkan Qs = ∞, sebaliknya penurunan harga brg drp P menyebabkn Qs = 0
Keluk SS selari dgn paksi kuantiti
Apabila 1<Es <∞0
% perubahan Qs >% perubahan P
Keluk SS memotong paksi harga
Apabila Es = 1
% perubahan Qs = % perubahan P
Keluk SS bermula pada titik asalan
Apabila 0<Es <1
% perubahan Qs% perubahan P
Keluk SS memotong paksi kuantiti
Apabila Es = 0
Sebarang perubahan harga tidak mempengaruhi perubahan Qs (P↑@ munurun, Qs tidak berubah=Q)
Keluk SS selari dgn paksi harga
Penentu Keanjalan Penawaran
1 Faktor masa penyesuaian input
(a) Dalam jangka masa singkat, penawaran bersifat tak anjal sempurna kerana semua input adalah input tetap. Pengeluar tidak dapat mengubah tingkat output selaras dengan perubahan harga di pasaran.Pengeluar juga memerlukan masa untuk mengenal pasti sama ada perubahan harga bersifat sementara atau kekal sebelum mengubah tingkat keluaran. Keluk penawaran diwakili oleh S1S1.
(b) Dalam jangka pendek, penawaran bersifat tak anjal. Pengeluar hanya berupaya mengubah sesetengah input dan menggunakan input yang sedia ada secara intensif untuk menambah tingkat output. Keluk penawaran diwakili oleh keluk S1S1.
(c) Dalam jangka panjang penawaran adalah anjal. Pengeluar dapat mengubah tingkat output mengikut perubahan harga di pasaran kerana semua input adalah input berubah. Firma mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat perancangan bagi mengembangkan skala pengeluaran dan meningkatkan teknologi untuk menambahkan output. Keluk penawaran diwakili oleh S1S1.
2 Tempoh masa pengeluaran
(a) Penawaran sesuatu barang tak anjal sekiranya pengeluaran barang itu memerlukan tempoh masa pengeluaran yang panjang Misalnya penawaran hasil pertanian seperti kelapa sawit bersifat tak anjal kerana masa diperlukan untuk menunggu buahnya masak.
(b) Penawaran sesuatu barang bersifat anjal sekiranya pengeluaran barang itu memerlukan tempoh masa pengeluaran yang pendek.Misalnya penawaran barang seperti kek dan roti bersifat anjal kerana pengeluaran barang tersebut tidak memerlukan tempoh masa yang panjang untuk dikeluarkan.
(c) Sebaliknya, sesuatu barang bersifat anjal penawaran sekiranya pengeluaran barang itu hanya memerlukan tempoh masa pengeluaran yang pendek.
(d) Misalnya, penawaran barang perkilangan cenderung bersifat anjal penawaran kerana pengeluar dapat menambah kuantiti barang perkilangan dalam masa yang lebih cepat dengan penggunaan teknologi dan mesin.
3 Penambahan kos pengeluaran
(a) Penawaran sesuatu barang tak anjal sekiranya pertambahan dalam penawaran melibatkan tambahan kos pengeluaran yang tinggi seperti pembinaan loji yang baru dan pemasangan kelengkapan yang baru. Pengeluar akan kurang kesanggupan untuk menambahkan keluaran.
(b) Penawaran akan bersifat anjal jika firma dapat menambahkan output tanpa melibatkan tambahan kos yang tinggi seperti kos untuk memasang kelengkapan baru.
(c) Penawaran cenderung bersifat tak anjal sekiranya pertambahan dalam penawaran melibatkan tambahan kos pengeluaran yang tinggi seperti pembinaan loji yang baharu dan pemasangan kelengkapan yang baharu. Pengeluar akan kurang kesanggupan untuk menambahkan keluaran.
4 Mobiliti faktor pengeluaran
(a) Penawaran sesuatu barang tak anjal sekiranya faktor pengeluaran barang itu sukar dipindahkan dari satu lokasi ke loaksi lain atau sukar ditukarkan penggunaan.Misalnya faktor pengeluaran yang digunakan untuk mencari dan menggali minyak sukar dipindahkan dari satu tempat ke tempat lain dan aktiviti cari gali minyak hanya dapat dijalankan di tempat tertentu sahaja.
5 Bilangan firma dalam pasaran
(a) Penawaran sesuatu barang tak anjal sekiranya pasaran mempunyai bilangan pengeluar yang sedikit. Bilangan firma yang sedikit menyebabkan penawaran barang itu tidak dapat ditambahkan dengan banyak walaupun harga barang tersebut telah meningkat dengan peratusan yang banyak.
(b) Penawaran sesuatu barang anjal sekiranya pasaran mempunyai bilangan pengeluar yang ramai. Bilangan firma yang ramai meningkatkan keupayaan pengeluaran dan menyebabkan penawaran barang itu dapat ditambahkan dengan banyak walaupun harga barang tersebut meningkat dengan peratusan yang kecil.
6 Kemudahan mendapat faktor pengeluaran
untuk menambahkan output sukar digantikan atau didapati. (b) Penawaran tidak mudah ditambah kerana pengeluar memerlukan masa yang lebih panjang untuk mencari faktor pengeluaran tersebut. Misalnya, jika firma menghadapi masalah kekurangan pekerja yang mahir, operasi firma akan terjejas. (c) Penawaran bersifat anjal jika input itu mudah diperoleh atau
mudah digantikan. (d) Misalnya, pengeluaran barang itu hanya memerlukan tenaga buruh tidak mahir yang mudah didapati, penawaran barang tersebut lebih mudah ditambahkan.
(b) Penawaran sesuatu barang bersifat anjal sekiranya faktorpengeluaran barang itu mudah dipindahkan dari satu lokasi ke loaksi lain atau mudah ditukarkan penggunaan. Misalnya penawaran biskut adalah anjal kerana pekerja dan loji pengeluam mudah dipindahkan dari satu lokasi ke lokasi lain.
(c) Misalnya penawaran kereta adalah lebih anjal berbanding dengan penawaran pesawat penumpang kerana bilangan pengeluar dalam industri kereta lebih ramai berbanding dengan pengeluar pesawat penumpang.
(a) Penawaran bersifat tak anjal apabila input yang diperlukan untuk menambahkan output sukar digantikan atau didapati.
(b) Penawaran tidak mudah ditambah kerana pengeluar memerlukan masa yang lebih panjang untuk mencari faktor pengeluaran tersebut. Misalnya, jika firma menghadapi masalah kekurangan pekerja yang mahir, operasi firma akan terjejas.
(c) Penawaran bersifat anjal jika input itu mudah diperoleh atau mudah digantikan.
(d) Misalnya, pengeluaran barang itu hanya memerlukan tenaga buruh tidak mahir yang mudah didapati, penawaran barang tersebut lebih mudah ditambahkan.