Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Sistem ekonomi feudalisme di Jerman - Coggle Diagram
Sistem ekonomi feudalisme di Jerman
Pendahuluan
Pada abad ke-16, Jerman mula mengorak langkah dalam bidang ekonomi.
Ketika itu, Jerman masih mengamalkan sistem ekonomi feudalisme.
Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan oleh Jerman dapat dilihat dalam 3 bidang utama iaitu pertanian, perindustrian dan perbankan/Institusi kewangan
Bidang pertanian
Jerman masih mengamalkan sistem tiga bidang pertanian. Tanah-tanah yang diusahakan ditanam dengan tanaman bijirin seperti gandum, barli, oat dan kekacang.
Peralatan yang digunakan hanyalah tenggala yang diperbuat daripada kayu, sabit untuk menebas rumput dan binatang ternakan untuk menggembur tanah.
Selepas tanaman dituai, binatang ternakan akan dibebaskan ke tanah-tanah ini dan tiada tanaman lain yang ditanam.
Petani-petani Jerman juga dibebankan dengan cukai tanah dan tidak bebas melakukan pekerjaan lain seperti memburu, menangkap ikan dan memotong kayu.
Mereka hanya menurut perintah tuan-tuan tanah.
Malahan, kemiskinan petani pada abad ke-16 dapat digambarkan apabila seseorang petani meninggal dunia, tuan tanah akan menyediakan keranda untuk petani.
Bidang perindustrian
Pada abad ke-16, industri tekstil diusahakan secara besar-besaran di Jerman. Perusahaan sutera juga berkembang pesat. Masyarakat desa turut terlibat dalam perusahaan menghasilkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Muncul kilang-kilang tekstil pada abad ke-18 di Bohemia.
Perdagangan tertumpu di bandar seperti Luberk, Hamburg dan Bremen. Venice muncul menjadi pelabuhan utama dan penting. Bandar-bandar baru turut muncul berikutan kepesatan perusahaan bijiran, pertukangan dan pemasaran lembu.
Perkembangan industri semakin rancak ekoran wujudnya kerjasama antara kerajaan dengan [ihak swasta. Sebagai contoh, pembinaan kilang senjata di Spandau, Berlin.
Industri kraftangan seperti perusahaan memintal benang turut berkembang di kawasan pedalaman Jerman.
Kepesatan ekonomi di Jerman membawa kepada pengukuhan kedudukan saudagar (borgois). Golongan saudagar ini kemudiannya menubuhkan pelbagai organisasi perniagaan baru sehingga menenggelamkan organisasi perniagaan tradisional seperti kesatuan tukang dan kesatuan saudagar.
Kesimpulan
Keppesatan perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman banyak didorong oleh peranan yang dimainkan oleh golongan petani.
Hasil keluaran pertanian yang banyak akhirnya membawa kepada berkembangnya industri dan perdagangan yang didominasi oleh golongan saudagar.
Ekonomi feudalisme Jerman semakin berkembang dengan tertubuhnya institusi kewangan seperti Bank.
Bidang perbankan/Institusi kewangan
Institusi kewangan seperti bank juga mula ditubuhkan.
Bank-bank di Jerman banyak memberi bantuan kewangan atau modal kepada pedangan Jerman.
Peruntukan modal ini membantu merancakkan urusan perdagangan termasuklah dengan Sepanyol dan Potuga
Barangan buatan kilang Jerman dipasarkan di Lisbon dan Sevile.
Pada abad ke-18, bandar Frankfurt menjadi tumpuan penduduk ekoran kepesatan ekonomi perbankan dan perdagangan.