Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Proses penyatuan negara bangsa di Jerman sehingga tahun 1870. - Coggle…
Proses penyatuan negara bangsa di Jerman sehingga tahun 1870.
1. Kongres Vienna
Sebelum abad ke-19M, Jerman mempunyai 360 negeri kecil di bawah pemerintahan masing-masing.
Pada awal abad ke-19M, Jerman telah dikuasai oleh Perancis di mana Perancis telah melucutkan takhta raja serta mengubah sempadan Eropah.
Selepas Perancis kalah pada tahun 1815, Kongres Vienna telah dibentuk dan menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan daripada penalukan Perancis.
Perancis telah membentuk semula struktur pemerintahan Jerman dan mencantum negeri-negeri kecil di Jerman.
Selepas Perancis kalah pada tahun 1815, Kongres Vienna telah dibentuk dan menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan daripada penalukan Perancis.
Pemimpin dari negeri Austria telah dilan- tik sebagai ketua Pergabungan Negara Jerman. Justeru keadaan ini menyebabkan negeri-negeri di Jerman mengadakan kerjasama ekonomi yang turut menyemai penyatuan dalam bidang politik.
2. Zollverein
Prusia memiliki sistem pemerintahan yang cekap dan mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh.
Kuasa politik dipegang oleh tuan-tuan tanah atau junkers. Junkers menggalakkan perdagangan di negeri-negeri di Jerman dengan menubuhkan kesatuan ekonomi yang dipanggil Zollverein.
Zollverein memparkenalkan sistem mata wang, sistem ukuran dan sistem timbangan yang standard.
Penubuhan ini menyebabkan kegiatan perdagangan berkembang pesat di seluruh Jerman di bawah pimpinan Prusia.
Menjelang tahun 1854, semua negeri di Jerman menyertai kesatuan ekonomi ini kecuali Austria. Kesannya, kegiatan perdagangan pesat membangun dan negeri-negeri Jerman memandang Prusia sebagai pemimpin politik Jerman.
3. Pemerintahan William 1
Pada tahun 1861, William I ditabalkan sebagai Raja Prusia menggantikan abangnya, Raja Frederick William IV.
Raja William I percaya Prusia boleh memimpin menyatukan Jerman. Beliau bercadang memperbesarkan angkatan tentera Prusia dan memperkenalkan beberapa cukai baru.
Menteri Pertahanan Prusia ketika itu mencadangkan supaya menambah pegawai tentera, mengambil jumlah rekrut yang ramai dan memanjangkan perkhidmatan tentera sukarelawan kepada tiga tahun.
Bagaimanapun, golongan nasionalis liberal bimbang angkatan tentera Prusia akan dikuasai oleh golongan junkers.
Oleh itu mereka mengundi untuk tidak membenarkan kerajaan mengenakan cukai ke atas rakyat di Dewan Perwakilan.
4. Dasar Bismarck
Raja William I bertindak melantik Perdana Menteri baharu, iaitu Otto Eduard von Bismarck (1862).
Bismarck adalah seorang junkers, anggota Dewan Parlimen di Prusia serta duta Prusia ke Rusia dan Perancis.
Tugas utama Bismarck ialah memujuk ahli-ahli Parlimen supaya patuh kepada kehendak kerajaan dan raja.
Apabila Parlimen menolak usul perbelanjaan tentera, Bismarck membelakangkan keputusan parlimen dan melaksanakan dasar kutipan cukai.
Matlamat Bismarck adalah mengukuhkan dominasi Prusia dalam hal ehwal Jerman, menentang liberalisme serta demokrasi dan mengekang kebebasan akhbar.
Bismarck mengamalkan realpolitik iaitu amalan politik yang dipelopori oleh Niccolo Machiavelli yang menggunakan pelbagai cara untuk menumpaskan musuh-musuhnya. Tindakan seperti menipu, berkompromi, berkawan semula, mengugut, menekan, serta berperang digunakan untuk mencapai matlamat politiknya, iaitu menyatukan Jerman.
5. Melancarkan peperangan
Sebagai Perdana Menteri, Bismark merancang untuk mengukuhkan pasukan tentera dan memperkasakan ekonomi Prusia agar dapat mengurangkan pengaruh Austria dalam kalangan negeri-negeri Jerman.
Untuk melaksanakan dasar ini, Bismark melibatkan Prusia dalam tiga peperangan. Bismarck melancarkan peperangan terhadap Denmark pada tahun 1864 bagi menguasai wilayah Holstein dan Schleswig
Peperangan terhadap Denmark dilancarkan bagi mengurangkan kuasa dan pengaruh negara tersebut.
Selepas mengalahkan Denmark Bismarck melancarkan peperangan terhadap Austria pada tahun 1866. Austria berjaya dikalahkan dan ini mendorong Bismarck melancarkan pula serangan ke atas Perancis pada 1870.
Kejayaan Bismarck menewaskan Denmark, Austria dan Perancis menyebabkan negeri-negeri dapat disatukan.