Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI PERANCIS - Coggle Diagram
SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI PERANCIS
Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis tidak banyak bezanya dengan senario yang berlaku di Jerman.
• Masyarakat perancis juga masih terikat dengan sistem feudal yang menyaksikan penguasaan golongan bangsawan dan tuan tanah ke atas golongan petani.
• Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis boleh dilihat dalam 3 bidang iaitu pertanian, perdangan dan institusi kewangan.
Bidang Pertanian
Petani masih lagi terikat dengan tuan tuan tanah dan golongan bangsawan. Petani masi lagi mengerjakan tanah tanah pertanian dalam sistem manor.
Dalam sistem ini. petani mempunyai kewajipan kepada tuan tanah . antaranya ialah
• tinggal di tanah kepunyaan tuan tanah
• mengusahakan tanah terutamanya pada musim menuai
• membekalkan kayu api ke rumah manor
• membayar hasil cukai pertanian yang diusahakan
• membaiki jalan jika diminta oleh manor
Petani mengusahakan tanah pertanian menggunakan kaedah sistem tanah lapang atau open field. Tanah tanah pertanian dibahagikan kepada 3 bahagian untuk pusingan dalam proses penanaman. Bahagian pertama akan ditanam dengan oat dan barli pada musim bunga
Petani juga tidak lagi menjadi hamba atau serf tetapi kini menjadi penyewa tanah yang bebas atau mengambil upah sebagai buruh. Masyarakat petani kini digelar metayers. Metayers mula mempelbagaikan pekerjaan.
Penanaman pokok mulberi dan penternakan ulat sutera diusahakan oleh Raja Henry VI telah meninggalkan ekonomi rakyat dan membawa perkembangan bandar Paris, Iyons dan Marseilles.
Perkembangan dalam bidang pertanian dibantu dengan pembinaan jalan raya pada tahun 1747 yang membolehkan perhubungan lebih luas di Perancis dan membawa hasil pertanian ke bandar besar
Bidang Perdagangan
Kepesatan perdagangan di Perancis dapat dilihat pada masa pemerintahan Raja Henry VI dimana beliau telah menubuhkan sebuah angkatan tentera laut bagi melindungi perdagangan Perancis.
Seterusnya Perancis mula menerajui perdagangan di seberang laut dan bersaing dengan Belanda dan British.
Perancis mula membuka pusat perdagangan di India dan Amerika Utara
Kekayaaan yang dimiliki Portugal dan Sepanyol telah membangkitkan semangat Perancis untuk meluaskan tanah jajahan.
oleh itu, pedagang Perancis mula melebarkan pencarian dengan membuka petempatan di Amerika Utara.
Pembukaan petempatan ini membolehkan pedagang Perancis memonopoli perdagangan bulu dan memberi hak pembukaan petempatan imigran Perancis di Amerika.
Pada tahun 1642, Perancis berjaya membuka bandar montreal
Institusi Kewangan
Perkembangan perdagangan turut dipengaruhi oleh faktor perkembangan sistem kewangan
Pada tahun 1500 , wang tidak perlu dibawa dengan banyak untuk melakukan urusan perdangan .
Keadaan tersebut telah memudahkan pedagang dan pengeluar mengawal dan memasarkan barangan dengan bebas.
Selain itu, urusan pengutipan cukai juga mula dilaksanakan .
Sistem perbankan di Perancis hanya berkembang pesat pada abad ke -18
Misalnya, pembukaan Paris Bourse pada tahun 1724 , Caisse D’escompte pada tahun 1776 dan Lorence Royale pada tahun 1783.
Syarikat Joint Stock berkembang pada pertengahan abad ke 18 pada tahun 1788 , Syarikat Perancis memperkenalkan insurans kebakaran