Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Konsep negara/Peranan yang dimainkan oleh Mazzini dalam perjuangan…
Konsep negara/Peranan yang dimainkan oleh Mazzini dalam perjuangan menyatukan Itali
Pengenalan
Mazzini merupakan tokoh nasionalis yang memperjuangkan penyatuan Itali.
Beliau berasal dari Genoa (1805-1872) dan dilahirkan dalam keluarga yang amat mementingkan pendidikan.
Lulusan Universiti Genoa dalam jurusan undang-undang tetapi lebih bersemangat memperjuangkan idea-idea kebangsaan dan kebebasan negara Itali
Mazzini yakin bahawa keadaan politik di Itali hanya boleh diubah melalui revolusi, bertentangan dengan pendekatan yang digunakan oleh kerajaan Piedmont.
1. Menyebarkan kesedaran nasionalisme
Hasil penulisannya telah banyak memberikan kesedaran serta galakan kepada rakyat Itali tentang penyatuan Itali.
Beliau juga bergiat secara aktif menerusi kegiatan politik untuk menyatukan Itali.
Beliau mempopularkan idea-idea seperti menyatukan Itali ke arah pembentukan sebuah negara republik, menggulingkan pemerintahan asing dari bumi Itali, menubuhkan pertubuhan-pertubuhan untuk mencapai matlamat mereka, dan menegaskan bahawa usaha penyatuan harus dilakukan oleh rakyat Itali sendiri.
2. Mempopularkan idea penyatuan Itali
Mazzini berpendapat usaha penyatuan Itali harus dilakukan oleh rakyat Itali sendiri.
Beliau menegaskan bahawa setiap bangsa mempunyai tugas istimewa yang akan memberi sumbangan ke arah penyempurnaan tugas untuk kemanusiaan.
Beliau juga tidak mahu campur tangan dan bantuan kuasa-kuasa asing dalam usaha penyatuan Itali.
Malah, beliau berasa tidak puas hati dengan pendekatan diplomatik yang digunakan oleh Count Cavour untuk menyatukan Itali.
4. Menandatangani Dokumen Pact of Young Europe
Mazzini juga menandatangani dokumen Pact Of Young Europe pada tahun 1834.
Dokumen tersebut menegaskan setiap bangsa mempunyai tugas istimewa yang memberi sumbangan ke arah kemanusiaan semasa dalam buangan di Switzerland.
. Beliau juga menyokong perjuangan pemuda di Eropah seperti di Hungary dan Poland.
3. Menubuhkan Young Italy
Kegagalan revolusi yang dilancarkan pada tahun 1820-1821 dan 1830 menyedarkan Mazzini tentang keperluan menubuhkan pertubuhan bersifat nasional yang mendapat sokongan meluas daripada rakyat.
Mazzini juga meyakinkan rakyat tentang keperluan untuk menyelaraskan perjuangan menentang Austria.
Pada tahun 1831, Mazzini menubuhkan pertubuhan Young Italy. Pertubuhan ini merupakan pertubuhan nasional dengan mempengaruhi pelbagai golongan seperti golongan pertengahan, pekerja, pensyarah universiti dan pegawai tentera dari seluruh Itali.
Keahlian pertubuhan ini dianggarkan seramai 60,000 orang pada tahun 1833.
Pada tahun 1834, beliau mengasaskan pertubuhan Young Europe di England. Pertubuhan-pertubuhan ini memainkan peranan dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat Itali.
5. Melancarkan pemberontakan
. Pada tahun 1833, beliau merancang serangan terhadap wilayah Savoy dari Switzerland dan terlibat dalam pemberontakan di Cosenza pada tahun 1843.
Pada tahun 1857, Mazzini merancang pemberontakan di Genoa dan Leghorn dari England.
Selain itu, Mazzini juga memimpin satu gerakan menentang Raja Charles Albert di Piedmont bertujuan untuk menubuhkan kerajaan berpelembagaan yang memulakan pemberontakan mengusir penjajah Austria.
Walau bagaimanapun, gerakan tersebut gagal. Mazzini telah dibuang negeri ke Switzerland dan beliau sampai ke England.
Ketika di England, beliau telah menguruskan sebuah sekolah anak-anak orang Itali yang dibuang negeri.