Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JERMAN - Coggle Diagram
SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JERMAN
• Pada abad ke 16, Jerman mula mengorak langkah dalam bidang ekonomi.
• Ketika itu Jerman masih mengamalkan sistem ekonomi feudalisme
• Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan oleh Jerman dapat dilihat dalam 3 bidang utama iaitu pertanian, perindustrian dan perbankan /institusi kewangan.
Bidang Pertanian
Jerman masih mengamalkan sistem tiga bidang pertanian. Tanah-tanah yang diusahakan ditanam dengan tanaman bijirin seperti gandum, barli, oat dan kekacang
Peralatan yang digunakan hanyalah tenggala yang diperbuat daripada kayu, sabit untuk menebas rumput dan binatang ternakan untuk menggembur tanah.
Selepas tanaman dituai, binatang ternakan akan dibebaskan ke tanah-tanah ini dan tiada tanaman lain yang ditanam.
Petani-petani Jerman juga dibebankan dengan cukai tanah dan tidak bebas melakukan pekerjaan lain seperti memburu, menangkap ikan dan memotong kayu
Mereka hanya menurut perintah tuan-tuan tanah
Malahan, kemiskinan petani pada abad ke 16 dapat digambarkan apabila seorang petani meninggal dunia tuan tanah akan menyediakan keranda untuk petani.
Bidang Perindustrian
Pada abad ke-16, industri tekstil diusahakan secara besar-besaran di Jerman. Perusahaan sutera juga berkembang pesat. Masyarakat desa turut terlibat dalam perusahaan menghasilkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Muncul kilang-kilang tekstil pada abad ke -18 di Bohemia
Perdagangan tertumpu di bandar seperti Luberk, Hamburg dan Bremen. Venice muncul menjadi pelabuhan utama dan penting. Bandar-bandar baru turut muncul berikutan kepesatan perusahaan bijirin , pertukangan dan pemasaran lembu
Perkembangan industri mula rancak ekoran wujudnya kerjasama antara kerajaan dengan pihak swasta. Sebagai contoh, pembinaan kilang senjata di Spandau, Berlin
Industri kraftangan seperti perusahaan memintal benang turut berkembang di kawasan pedalaman Jerman
Kepesatan ekonomi di Jerman membawa kepada pengukuhan kedudukan Saudagar [borjois] Golongan saudagar ini kemudiannya menubunkan pelbagai organisasi perniagaan baru sehingga menenggelamkan organisasi perniagaan tradisional seperti kesatuan tukang dan kesatuan saudagar.]
Bidang Perbankan/ Institusi Kewangan
Institusi kewangan seperti bank juga mula ditubuhkan.
Bank-bank di Jerman banyak memberi bantuan atau modal kepada pedagang Jerman
Peruntukan modal ini membantuk merancakkan urusan pedagangan termasuklah dengan Sepanyol dan Portugis.
Barangan buatan kilang Jerman dipasarkan di Lisbon dan Sevile
Pada abad ke-18, bandar Frankfrut menjadi tumpuan penduduk ekoran kepesatan ekonomi perbankan dan perdagangan