Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Alahan Makanan bagi Kanak-kanak - Coggle Diagram
Alahan Makanan bagi Kanak-kanak
DEFINISI : Alahan makanan adalah tindak balas abnormal terhadap makanan, yang dicetuskan oleh sistem imun badan. Tindak balas alergi terhadap makanan kadang kala boleh mencetuskan kesakitan yang teruk dan membawa maut.
FAKTOR ALAHAN MAKANAN: 1)
Faktor Genetik
2)
Faktor Makanan
Faktor Makanan : Jenis makanan yang menyebabkan alahan
Legum (kacang soya & kacang tanah)
Kekacang (badam, gajus, pecan, pistachio, walnut)
Telur
Sesetengah jenis Ikan
Susu lembu
Makanan laut & kerang-kerangan (udang, ketam, sotong, kepah, kerang, tiram, siput)
Bijiran (gandum, oat, barli, jagung)
Makanan lain (epal, ubi kentang, lobak merah, celeri, kiwi, pisang, avocado, betik dan sebagainya)
GEJALA/TANDA
1. Sistem Pencernaan
~ Cirit birit
~ Muntah
~ Rasa loya
~ Perut memulas
2. Kulit
~ Gatal-gatal dan kerengsaan kulit
~ Angiodema (bengkak kelopak mata dan bahagian badan yang lain)
~ Ekzema (kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih)
3. Sistem Pernafasan
~ Lelah atau mengah dan sukar bernafas
~ Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berhubung kait dengan kesukaran bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, penurunan tekanan darah membawa kepada kejutan yang membawa maut.
PENCEGAHAN & RAWATAN
Elakkan makanan yang menyebabkan alahan.
Dapatkan nasihat Pegawai Dietitik jika perlu untuk mengelakkan kekurangan zat makanan.
Dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera.
Penyusuan susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan pertama dapat melindungi bayi.