Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Alahan Makanan bagi Kanak-Kanak - Coggle Diagram
Alahan Makanan bagi Kanak-Kanak
DEFINISI
Alahan makanan bermaksud kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap beberapa jenis makanan yang dianggap berbahaya kepada badan.
JENIS MAKANAN YANG MENYEBABKAN ALAHAN
Susu lembu
Telur
Kacang Soya.
Kacang tanah, tree nuts (walnut, kacang hazel).
Gandum
Makanan laut, kerang-kerangan (contoh : udang, ketam, kepah).
Beberapa bahan pewarna dan bahan perasa.
STRATEGI PENCEGAHAN ALAHAN MAKANAN
Penyusuan susu ibu akan mengurangkan risiko alahan makanan dan perlu diteruskan sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan, terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah positif alahan makanan dalam keluarga.
Elakkan makanan yang menyebabkan alahan.
Dapatkan nasihat Pegawai Dietitik jika perlu untuk mengelakkan kekurangan zat makanan.
Dapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera.
TANDA DAN GEJALA ALAHAN MAKANAN
• Rasa loya, muntah dan cirit-birit.
• Ruam kulit yang gatal termasuklah tompok-tompok merah (urticaria).
• ‘Angioedema’ (kebengkakan muka, bibir, lidah, di sekitar mata).
• Anafilaksis.
• Perut yang sakit dan memulas.
• ‘Colic’ (sakit perut) dikalangan bayi.
BAGAIMANA ALAHAN MAKANAN DIKENAL PASTI?
Berjumpa doktor untuk mengenal pasti alahan makanan.
Jangan sesekali membuat ujian sendiri untuk mengetahui sama ada sesuatu makanan boleh mencetuskan alahan.
Sesetengah ujian darah untuk mengesan tahap antibodi (IgE) atau ‘ujian suntikan kulit’ (skin prick test) boleh dilakukan oleh doktor untuk membantu mengenal pasti alahan tertentu.
Berapa kerap ia berlaku?
Dianggarkan, 2% kanak-kanak mengalami alahan makanan (lebih tinggi dikalangan kanak-kanak yang lebih muda iaitu sebanyak 5-8%).
Kebanyakan kanak-kanak akan hilang alahan makanan apabila mereka meningkat dewasa. sesetengah alahan seperti alahan kepada kacang tanah dan kerang-
kerangan mungkin akan berlanjutan sepanjang hayat.
Kejadian alahan makanan berkurangan kepada 1% daripada populasi keseluruhan dalam kalangan orang dewasa.