Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Faktor-faktor yang meletakkan asas bagi pembentukan kerajaan persekutuan…
Faktor-faktor yang meletakkan asas bagi pembentukan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat.
1. Perbezaan sosial dan agama
Terdapat perbezaan yang amat ketara dalam cara hidup dan cara berfikir antara penduduk England dan Amerika Syarikat.
Contohnya, sebahagian besar penduduk di England mengamalkan fahaman Anglican manakala penduduk di koloni Amerika berfahaman Puritan.
Perbezaan ini mendorong penduduk di koloni tanah jajahan Amerika Syarikat berjuang untuk membebaskan negara daripada cengkaman England.
Selain itu,sebahagian besar penduduk di England terdiri daripada golongan konservatif manakala penduduk di Amerika terdedah kepada idea moden.
Justeru, perbezaan ini menjadi faktor asas yang mendorong penduduk di koloni berjuang untuk menubuhkan persekutuan Amerika Syarikat.
2. Perang tujuh tahun
. Perang ini tercetus pada tahun 1756-1763 antara Perancis dan Britain di Eropah dan berakhir pada 1763 dengan orang Perancis telah dikalahkan oleh Britain
Walaupun kemenangan berpihak kepada Britain, namun kesannya negara tersebut terpaksa menangung perbelanjaan yang besar.
Britain menuntut penduduk koloni di Amerika menanggung sebahagian perbelanjaan peperangan tersebut dan ia mencetuskan bantahan dan penentangan hebat sehingga mendorong rakyat melancarkan gerakan untuk membebaskan Amerika Syarikat daripada Britain.
3. Dasar campur tangan England
Raja George III mengamalkan dasar campur tangan dalam hal ehwal penduduk koloni-koloni di Amerika Syarikat.
Baginda tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan oleh penduduk koloni sebalikya, baginda bertindak tegas untuk mendapatkan wang daripada penduduk di koloni.
Hal ini menyebabkan penduduk koloni bangkit menamatkan pemerintahan England di Amerika.
5. Peristiwa pembuangan Teh Boston
Pada tahun 1773, Lord North meluluskan Akta Teh di Parlimen London. Akta ini membenarkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) menjual teh kepada penduduk di koloni tanpa membayar cukai.
Penduduk di koloni dipaksa membeli teh daripada Britain melalui SHTI.
Perkembangan ini menimbulkan kemarahan penduduk di koloni terhadap kerajaan British. Mereka bertindak membuang kotak-kotak berisi teh ke dalam laut.
Sebagai tindak balas, kerajaan Britain mengambil keputusan untuk menutup Pelabuhan Boston pada tahun 1774.
Situasi tersebut menyebabkan penduduk koloni memperjuangkan kemerdekaan daripada Britain.
4. Pengenalan akta-akta baru
Penduduk koloni membantah akta-akta baru seperti Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh yang diluluskan oleh Parlimen di London.
Akta-akta ini diperkenalkan untuk memungut cukai daripada penduduk di koloni-koloni Amerika Syarikat.
Selain itu, undang-undang memerlukan penduduk koloni membayar perbelanjaan tentera Britain yang berkhidmat di Amerika Syarikat diluluskan.
Penduduk koloni membantah akta-akta ini kerana mereka berpendapat Parlimen di London tidak berhak mengenakan cukai.