Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Struktur organisasi pentadbiran Kerajaan Republik Ketiga (1875-1945) di…
Struktur organisasi pentadbiran Kerajaan Republik Ketiga (1875-1945) di Perancis.
1. Parlimen
Dalam pemerintahan republik di Perancis, Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi.
Parlimen Perancis terdiri daripada dua badan utama iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
Kuasa Parlimen termasuklah menggubal dan menguat kuasakan undang-undang. Bagi anggota Dewan Senat dan Dewan Perwakilan pula terlibat secara langsung dalam pemilihan Presiden.
2. Dewan Senat
Sistem pemerintahan republik memperlihatkan peranan Dewan Senat sebagai badan terpenting dalam Parlimen Perancis.
Keanggotaan ahli Dewan Senat berjumlah 300 orang, di mana 75 orang daripada anggota dewan ini dilantik oleh Perhimpunan Kebangsaan.
Tempoh yang ditetapkan untuk anggota Dewan Senat memegang jawatan ialah selama sembilan tahun, manakala seramai 100 orang anggotanya akan ditukar setiap tiga tahun sekali.
3. Dewan perwakilan
Sepertimana Dewan Senat, Dewan Perwakilan juga berperanan penting dalam Parlimen, malah anggotanya paling ramai.
Keanggotaannya terdiri daripada 584 orang perwakilan.
Setelah dipilih, anggota Dewan Perwakilan akan berkhidmat untuk tempoh empat tahun.
Pemilihan anggota Dewan Perwakilan hanya dilakukan oleh orang dewasa sahaja.
5. Kabinet
Kabinet Perancis diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang dilantik oleh Presiden.
Perdana Menteri dipilih daripada kalangan anggota Dewan Perwakilan.
Antara fungsi Kabinet ialah merangka dasar pentadbiran negara dan membuat keputusan dalam isu-isu penting
Kabinet turut mempunyai kuasa memeterai dan menolak sebarang perjanjian dengan negara lain.
Di samping itu, Kabinet juga bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai kerajaan dan menguatkuasakan undang-undang negara.
Walaupun Presiden merupakan ketua ketenteraan, tetapi kuasa mengawal dan mengawasi pasukan tentera laut, tentera udara serta tentera darat berada di bawah tanggungjawab Kabinet.
4. Presiden
Jawatan Presiden bagi kerajaan republik Perancis dipilih setiap tujuh tahun sekali.
Tanggungjawab memilih Presiden akan diputuskan melalui undi anggota Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
Presiden bertanggung jawab menguat kuasakan undang-undang dan menandatangani perjanjian dengan negara-negara lain.
Presiden juga mempunyai kuasa membubarkan Parlimen dan mengarahkan pilihanraya diadakan semula.
Selain itu, Presiden bertanggungjawab sepenuhnya dalam soal keselamatan negara dengan menerajui pasukan tentera laut, tentera udara serta tentera darat Perancis.