Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Langkah-langkah yang diambil oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan sistem…
Langkah-langkah yang diambil oleh Raja Louis XIV untuk mengukuhkan sistem pemerintahan beraja mutlak di Perancis.
1. Pentadbiran
- Langkah pertama yang diambil oleh Raja Louis XIV bagi mengukuhkan pemerintahan monarki mutlak adalah mengukuhkan sistem pentadbiran dengan menyusun semula pentadbiran pusat negara kepada empat majlis utama.
- Majlis Negara akan mengurus hal ehwal luar negara dan Majlis Despatches akan mengurus hal ehwal tempatan kecuali kewangan.
- Majlis Privy telah ditubuhkan untuk menguruskan pentadbiran keadilan manakala Majlis Kewangan pula dibentuk untuk mengurus masalah percukaian, tarif, perbelanjaan dan pendapatan.
- Raja Louis XIV juga melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk membantunya dalam kerja-kerja mentadbir negara dan antara menteri-menteri yang berpengalaman adalah seperti Colbert yang menguruskan Kementeriaan Kewangan dan Le Tellier pula menguruskan Kementeriaan Hal Ehwal Luar.
- Raja Louis XIV juga melantik menteri-menteri yang berkebolehan untuk membantunya dalam kerja-kerja mentadbir negara. Antara menteri-menteri yang berpengalaman adalah seperti Colbert yang menguruskan Kementeriaan Kewangan dan Le Tellier pula menguruskan Kementeriaan Hal Ehwal Luar.
- Selain itu, Raja Louis XIV juga melantik intendent bagi melaksanakan dasar diraja di peringkat provinsi. Mereka ditugaskan untuk menyelia pentadbiran, keadilan, pengutipan cukai dan pentadbiran ketenteraan di peringkat daerah.
- Raja Louis XIV juga telah mendapatkan khidmat daripada pegawai-pegawai yang berkebolehan bagi melaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai provinsi.
-
3. Ketenteraan
- Beliau melakukan reformasi dalam bidang ketenteraan dalam bantuan menteri peperangan iaitu Louvois.
- Selepas reformasi, Raja Louis XIV mempunyai kawalan penuh terhadap angkatan tentera. Selain itu, baginda turut bertindak menghapuskan dominasi golongan bangsawan dalam bidang ketenteraan.
- Tambahan pula, perlantikan pegawai-pegawai tentera dilakukan berasaskan merit iaitu mengikut kebolehan dan bukannya keturunan Kerajaan bertanggungjawab dalam merekrut tentera, menyediakan perumahan dan bekalan makanan kepada tentera.
5. Dasar luar negara
- . Raja Louis XIV menggunakan kekuatan pasukan tentera untuk melancarkan peperangan bagi meluaskan wilayah.
- Contohnya, semasa pemerintahan Louis XIV, wilayah kekuasaan Perancis menganjur hingga ke perbatasan di Sungai Rhine.
- Antara kawasan-kawasan yang dikuasai oleh tentera Perancis semasa pemerintahan Raja Louis XIV adalah seperti menguasai wilayah-wilayah yang diperintah oleh putera-putera Jerman.
- Raja Louis XIV juga telah bertindak untuk menguasai wilayah Spanish Netherlands (Belgium) dan wilayah United Province.
4. Dasar agama
- . Dalam hal ini, Raja Louis XIV bertindak memaksa golongan bukan katolik iaitu Huguenot untuk menerima agama katolik.
- Beliau bertindak membatalkan Edict of Nantes pada tahun 1685 dan dasar ini yang memberi kebebasan kepada Huguenot untuk menganut agama pilihan mereka.
- Tindakan Raja Louis XIV ini telah menyebabkan seramai 200 000 Huguenot meninggalkan Perancis tetapi tindakan beliau mendapat sokongan penduduk tempatan