Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
12.2 SISTEM SARAF - Coggle Diagram
12.2
SISTEM SARAF
Sistem saraf manusia terdiri daripada rangkaian sel saraf atau
neuron
.
Sistem ini kepada dua subsistem utama iaitu
sistem saraf pusat
dan
sistem saraf periferi
.
SISTEM SARAF PUSAT
Otak
Otak merupakan
pusat koordinasi
dan
kawalan
bagi manusia. Bahagian-bahagian utama otak manusia ialah
serebrum
,
hipotalamus
,
serebelum
,
medula oblongata
dan
kelenjar pituitari
.
SEREBRUM
Merupakan struktur yang paling besar dan kompleks pada bahagian hadapan otak.
Permukaannya berlipat-lipat bagi menambahkan luas permukaan untuk memuatkan lebih banyak saraf.
Merupakan pusat mengawal emosi, pendengaran, penglihatan, personaliti dan tindakan terkawal.
Serebrum menerima maklumat dan rangsangan daripada reseptor.
Maklumat ini dianalisis, diintegrasi dan dihubung kait untuk menghasilkan persepsi deria.
Gerak balas ditentukan dan arahan diberikan kepada efektor.
Serebrum juga bertanggungjawab terhadap keupayaan mental yang tinggi seperti pembelajaran, kebolehan mengingat, kemahiran berbahasa dan kemahiran matematik.
SEREBELUM
Memelihara keseimbangan badan serta koordinasi pengecutan otot untuk pergerakan badan.
HIPOTALAMUS
Mengkoordinasi homeostasis.
Merupakan pusat kawalan untuk mengawal atur suhu badan, keseimbangan air, tekanan darah serta mengesan kelaparan, dahaga dan keletihan.
Menghubungkan sistem saraf kepada sistem endokrin melalui kelenjar pituitari.
Mengawal rembesan beberapa jenis hormon kelenjar pituitari.
MEDULA OBLONGATA
Terletak pada anterior serebelum.
Mengawal tindakan luar kawal seperti denyutan jantung, pernafasan, pencernaan makanan, pemvasocerutan, tekanan darah, peristalsis, muntah, batuk, bersin dan menelan.
KELENJAR PITUITARI
Terletak pada dasar hipotalamus.
Kelenjar utama dalam sistem endokrin.
Kelenjar ini merembes hormon yang mengawal rembesan hormon oleh kelenjar endokrin yang lain
Saraf tunjang
Fungsi saraf tunjang
memproses beberapa jenis maklumat deria dan menghantar gerak balas melalui neuron motor
mengawal tindakan refleks
menghubungkan otak dengan sistem saraf periferi
jirim putih
terdiri daripada akson yang disalut dengan salut mielin dan memanjang ke atas dan ke bawah saraf tunjang
jirim kelabu
terdiri terutamanya daripada sel badan dan dikelilingi oleh jirim putih.
Saraf spina muncul dari saraf tunjang melalui dua cabang pendek atau akar iaitu akar dorsal dan akar ventral
Fungsi struktur terperinci saraf tunjang
Ganglion akar dorsal
Badan sel neuron deria terkumpul dalam ganglion akar dorsal
Akar dorsal
Mengandungi akson neuron deria yang menghantar impuls saraf dari reseptor deria ke saraf tunjang
Saraf spina
Mengandungi neuron deria dan neuron motor
Akar ventrial
Mengandungi neuron motor yang menghantar impuls saraf dari saraf tunjang ke efektor
Neuron motor
Membawa impuls saraf keluar dari saraf tunjang menerusi akar ventral ke efektor
Neuron deria
Membawa impuls saraf dari reseptor atau organ deria ke saraf tunjang menerusi akar dorsal
Neuron geganti
Membawa impuls saraf dari neuron deria ke neuron motor
SISTEM SARAF PERIFERI
Berfungsi
menghubungkan reseptor deria dan efektor kepada sistem saraf pusat
.
Sistem saraf soma
Mengawal semua
tindakan terkawal
.
12 pasang saraf kranium
Menghantar impuls
dari
dan
ke otak.
31 pasang saraf spina
Menghantar impuls
dari
dan
ke saraf tunjang
.
Sistem saraf autonomi
Mengawal
tindakan luar kawal
seperti denyutan jantung dan pengecutan salur darah.