Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEMA 2 : Empayar dan Sistem Beraja - Coggle Diagram
TEMA 2 : Empayar dan Sistem Beraja
PENGENALAN
TAMADUN CHINA:Terletak di Lembah Huang Ho-meluas hingga ke bahagian selatan China
Perluasan kawasan bermula zaman Disnasti Chin
LATARBELAKANG
SHIH HUANG TI
Maharaja Shih Huang Ti adalah pengasas Dinasti Chin pada tahun 221 S.M . Namanya sendiri bermaksud First Emperor. Gelaran ini menunjukkan kuasa dan karisma seseorang raja yang dianggap sebagai The Great King dan The King of Kings.
Beliau telah mengasaskan empayar yang luas dan berjaya menyatukan seluruh empayar China ke bawah satu pemerintahan pusat. Kekuasaan jajahannya menjangkau sehingga ke Sungai Merah di Vietnam
Shih Huang Ti dilahirkan pada tahun 259 SM iaitu pada penghujung tahun dinasti Chou
(yang didirikan sekitar 1100 SM) dan meninggal dunia pada tahun 210 SM. .
peranan
Peranan Shih Huang Ti
a. Melaksanakan Dasar Perluasan Kuasa Wilayah
Pada awalnya, Kerajaan Chin ini bertempat di kawasan yang agak terpencil di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu. Pada masa ini, Kerajaan Chin merupakan kerajaan yang mundur sekali di antara kerajaan-kerajaan lain di China. Pada tahun 361 SM, raja Chin membuat keputusan untuk memperkuatkan negara dan memperluaskan wilayahnya.
Pada tahun 246 SM, Ying Zheng (kemudian memakai gelaran Shih Huang Ti) menaiki takhta. Pada masa itu, Chin telah mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang dan merupakan kerajaan yang paling kuat ekoran kejayaan dasar memperkuatkan negara oleh pemerintah sebelumnya
Mulai tahun 230 SM, Kerajaan Chin telah menawan Kerajaan Han, Kerajaan Ch'i (226SM), Kerajaan Wei (225SM), Kerajaan Chu (223SM), dan seterusnya menawan Kerajaan Yen dan Kerajaan Chao pada tahun 222 SM. Pada masa ini, Empayar Chin berjaya dibentuk. Negeri China yang telah berpecah belah selama 800 tahun telah disatukan dan baginda memakai gelaran Shih Huang Ti.
b. Mengukuhkan kedudukan Ekonomi
Shih Huang Ti lebih mementingkan aktiviti pertanian daripada aktiviti perdagangan. Antara tahun 219 SM - 211 SM, Shih Huang Ti telah memindahkan lebih daripada 100 ribu orang penduduk ke kawasan Utara China untuk mengusahakan tanah terbiar. .
Shih Huang Ti juga mengambil langkah untuk menghapuskan sistem kewangan yang digunakan oleh kerajaan lama dan digantikan dengan sistem yang berasaskan amalan orang Chin. Selain itu, sistem ukuran yang diubahsuai dan disatukan di seluruh Empayar. Kesemuanya ini telah membantu perkembangan ekonomi.
Jalan raya dibina di sekitar empayarnya bagi memudahkan pemerintahan dan kewujudannya merangsangkan lagi perkembangan ekonomi dalam negara.
c. Membentuk Angkatan Tentera yang Kuat
Empayar Chin mempunyai angkatan tentera yang kuat. Hal ini dapat dibuktikan apabila Chin hanya menggunakan masa yang singkat untuk menyatukan negeri China yang berpecah belah sejak 230 SM, iaitu lebih kurang 8 tahun. Selain itu, serangan orang nomad dan pemberontakan dapat dipatahkan. Empayar Chin juga dapat mengekalkan keamanan dalam empayarnya dan ini adalah hasil daripada memiliki angkatan tentera yang kuat.
d. Memperkukuh sistem pertahanan daripada serangan luar
Mempertahankan negara daripada serangan orang gasar khususnya orang Hsiung Nu dengan membina Tembok Besar Negeri China. Menyambung pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dilengkapi dengan menara kawalan untuk memerhati gerakan musuh.
e. Melaksanakan Undang-undang yang ketat dan teratur
Pemerintahan yang diamalkan oleh Empayar Chin adalah bercorak autokratik, iaitu rakyat mesti diperintah dengan tegas dan mutlak. Undang-undang yang ketat telah diperkenalkan oleh Han Fei Tsu, seorang pendukung falsafah legalisme. Beliau berpendapat bahawa pemerintah yang berteraskan undang-undang lebih baik daripada pemerintahan melalui teladan. Oleh itu, buku-buku ajaran Confucius telah dibakar kerana bertentangan dengan dasar yang diamalkannya.Sarjana-sarjana yang ingkar dihukum bunuh.Untuk mengelakkan pemberontakan, rakyat yang memiliki lembing, tombak, anak panah, dan kereta kuda dipaksa menyerahkan senjata-senjata tersebut kepada kerajaan.
Penduduk di China diatur dalam kumpulan-kumpulan keluarga yang mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyediakan guna tenaga dalam kerja-kerja pembinaan dan ketenteraan.Sistem ini dikuatkuasakan melalui kanun keseksaan yang kejam.Kaedah pemerintahan seperti ini dikuatkuasakan oleh Shih Huang Ti di seluruh negara China untuk menyatukan Negara China dan mengukuhkan pemerintahannya.
f. Melaksanakan Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran yang Kemas/Sistematik
Menjalankan sistem pemerintahan berpusat: Menubuhkan ibu kota di Hsein Yang sebagai pusat pemerintahan.Semua kuasa kerajaan adalah di bawah kuasa maharaja yang memerintah terus dari ibu kota.Menjalankan pemerintahan bersifat autokratik. Shih Huang Ti menjalankan pemerintahan berpusat iaitu meletakkan semua kusa negeri di bawah kerajaan pusat.
Membuat perubahan dalam pentadbiran wilayah/provinsi: Membahagikan empayar kepada 36 wilayah (kemudiannya 42 wilayah) yang dikenali sebagai "Jiunn". Semua wilayah dan daerah ini ditadbir secara langsung oleh kerajaan pusat dan kerajaan pusat sahaja yang berkuasa melantik atau melucutkan pegawai yang memerintah kawasan ini. Di dalam kerajaan pusat pula, baginda melantik 3 orang pegawai tertinggi dan selepasnya ialah 9 orang pegawai utama.
Mewujudkan tiga pentadbiran utama: Maharaja bertanggungjawab kepada tiga pentadbiran utama iaitu Canselor, Setiausaha Imperial dan Grand Commandant.Bertanggungjawab menasihati raja dan menguruskan istana.Masing-masing mempunyai tugas khas. Tanggungjawab ketiga-tiga jawatan tersebut diagihkan sesama mereka hinggakan tiada seorang pun berada dalam kedudukan yang mampu menggulingkan kuasa maharaja. Dengan demikian dapat mengukuhkan kuasa maharaja.
g. Menghapuskan sistem feudal. Menghapuskan sistem feudal dengan menyekat kuasa dan pengaruh golongan aristokrat/bangsawan serta pegawai-pegawai feudal di peringkat wilayah dan daerah.Merampas tanah golongan aristokrat/bangsawan dan mengarahkan mereka tinggal di sekitar kawasan istananya.Lebih 120 000 orang aristokrat telah diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsien Yang, pusat kerajaan Dinasti Chin. Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir wilayah yang terdiri daripada ahli keluarganya atau pegawai tentera yang banyak berjasa kepadanya.Pemerintahan wilayah dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja.Ia bertujuan untuk mengelakkan wilayah membentuk kerajaan dan mencabar kerajaan pusat sebagaimana dalam sistem feudal.
h. Memperkenalkan ‘scholar system’ Melatih sekumpulan kakitangan awam yang mempunyai pendidikan untuk menjadi gabenor dan pegawai-pegawai yang berkhidmat dengannya.Dilatih selama 15 tahun untuk menjadi kakitangan awam yang akan berkhidmat kepada maharaja.Melalui sistem ini tiada lagi golongan bangsawan dilantik secara warisan melalui sistem feudal tetapi mesti berdasarkan kelulusan dalam peperiksaan awam yang dijalankan dengan ketat. Ini dapat mengukuhkan kuasa maharaja.
i. Melantik pemerhati/perisik wilayahUntuk mengawal pentadbiran wilayah, seorang pemerhati dilantik bagi mengawasi tindak-tanduk gabenor-gabenor di wilayah.Pegawai-pegawai pemerhati ini akan melaporkan kepada maharaja di kerajaan pusat dan dengan cara ini maharaja boleh mengawal semua wilayah dalam empayarnya.
j. Wujudnya Hubungan antara Jajahan: Bagi menyenangkan pemerintahan berpusat, Shih Huang Ti mengarahkan pembinaan jalan raja dalam empayar dan ini telah mewujudkan hubungan antara jajahan takluk dengan jajahan takluk dan antara jajahan takluk dengan kerajaan pusat. Jalan raya ini dibina bermula dari Sien Yang berhala ke Timur sehingga ke kawasan Hopeh, Liao Ning dan Shantung; ke Selatan pula sehingga ke Chekiang dan Kiangsi. Hubungan yang wujud adalah bersifat ketenteraan, perdagangan dan kebudayaan.
k. Penyatuan bahasa dan budaya
Setelah berjaya menguasai keseluruhan wilayah China Shih Huang Tin akhirnya telah memberi satu negara, satu bahasa dan satu bangsa kepada wilayah-wilayah yang ditakluknya. China di panggil China kerana bangsa baginda merupakan bangsa Chin.
Baginda mewajibkan bahasa rasmi China adalah mandarin. Mereka boleh bertutur dalam dialek masing-masing tetapi mandarin menyatukan mereka dan memberi mereka bangsa China yang asalnya dari berbagai-bagai wilayah.
Kesimpulan:
Shih Huang Ti berjaya mengukuhkan pemerintahannya.
Sikap beliau yang autokratik dan zalim menyebabkan rakyat cuba memberontak tetapi gagal.
Sistem beraja Dinasti Chin mengalami keruntuhan selepas kematian Shih Huang Ti pada tahun 210 S.M kerana penggantinya lemah dan tidak dapat mengawal seluruh empayar yang luas.
DINASTI CHIN
Kerajaan Chin ini pada asalnya merupakan sebuah wilayah Dinasti Chou yang terletak di kawasan tengah Shensi dan kawasan Timur Kansu. Ia dipercayai diasaskan sebelum tahun 770 SM. Pada permulaannya, kawasan ini merupakan sebuah kawasan pedalaman yang agak mundur tetapi selepas pembaharuan yang dilakukan oleh Shangyang, Kerajaan Chin ini mula berkembang dan menawan ibu kota Kerajaan Chou pada 256 SM. Pada tahun 230 SM - 221 SM, raja Chin menyerang dan menawan kerajaan-kerajaan kecil yang lain dan membentuk Empayar Chin. Empayar Chin ini akhirnya mengalami keruntuhan pada tahun 206 SM disebabkan pemerintah Maharaja Chin yang zalim