Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
T1 Sajak:Kita Umpama Sehelai Daun, Tema
Amalan yang baik dalam kehidupan.…
-
-
-
-
-
rankgap satu
Penyajak mengumpamakan manusia sebagai daun yang
bertunas segar di hujung ranting dan membesar sehingga
menjadi tempat untuk unggas(poultry) menikmati kehidupan dengan
gembira.
Penyajak menegaskan bahawa kita sebagai insan(human) tidak ubah seperti daun yang bergantung kepada banyak pihak lain demi kelangsungan hidup. Daun hanya boleh tumbuh dengan menumpang ranting, lalu menjadi besar dan berkembang.
Dalam masa yang sama nikmat yang sedang dikecapi hendaklah dikongsi dengan pelbagai pihak yang berkeperluan. Daun menjadi tempat unggas bergurau senda dan bergembira dalam sebuah persekitaran yang selamat dan selesa. Pendek kata, saling bergantung dan saling memudahkan.
rangkap dua
Penyajak menyatakan bahawa sekiranya manusia tamak(greedy) dan tidak mahu memberikan jasa dan bakti, tentunya unggas yang kecil dan tiada kudrat itu tidak mempunyai tempat berlindung daripada bahang matahari.
Jika daun bersifat kedekut untuk menyumbang pertolongan, pihak yang memerlukan akan hilang tempat berlindung daripada cabaran hidup yang keras. Tusukan bahang memijar bererti suhu panas yang memeritkan (pijar). Unggas kecil melambangkan insan yang memerlukan pertolongan. Tidak berkudrat bermaksud tidak berdaya melindungi diri secara bersendirian.
Insan hendaklah menjauhi sikap berkira atau kedekut untuk menyumbang atau menghulurkan pertolongan. Dengan kelebihan tertentu yang dimiliki, seseorang itu dapat menolong insan lain yang tidak berdaya mengharungi cabaran hidup yang sukar.
rangkap tiga
Penyajak mengingatkan bahawa manusia umpama sehelai daun yang akan kering apabila sampai waktunya. Oleh itu, penyajak menyeru(called out) agar manusia tidak sombong akan keupayaan diri yang hanya bersifat sementara sehingga tiada sifat ihsan terhadap mahkluk duafa(two creatures) yang ingin menumpang hidup.
Apabila tiba masanya, daun akan kering dan gugur begitu sahaja. Lantaran itu, penyajak mengingatkan supaya tidak berlagak sombong dengan sebarang kelebihan yang dimiliki. Insan tidak wajar meminggirkan insan yang lemah atau serba kekurangan (duafa = daif) yang memerlukan pertolongan untuk meneruskan kehidupan.
rangkap empat
Penyajak menyeru agar manusia menjadikan diri mereka umpama sehelai daun yang bertunas hijau serta menyegarkan mata. Apabila kering, daun itu akan menjadi baja.
Penyajak menyeru pembaca (sekalian insan) supaya mencontohi kejadian daun yang sentiasa bermanfaat sama ada ketika segar mahupun apabila sudah layu (kering). Ketika segar, daun yang menghijau sedap dipandang, manakala apabila kering dan gugur masih berguna sebagai baja yang menyubur bumi.
Insan ketika hidup hendaklah sentiasa berguna serta memudahkan urusan orang lain. Kebaikan yang dilakukan menjadi contoh dan sebutan sesudah insan itu lanjut usia dan akhirnya meninggal du