Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peranan pembesar di China dan di Rusia yang diamalkan sejak abad ke 16. -…
Peranan pembesar di China dan di Rusia yang diamalkan sejak abad ke 16.
1. Menjadi penasihat kepada Raja
Kedua-dua buah negara China dan Rusia menggunakan khidmat pembesar sebagai agen yang membantu kepada pemerintah dalam mentadbir negara
Pembesar di China hanya dilantik setelah melalui Sistem Peperiksaan Awam. Pembesar-pembesar China dilantik secara rasmi oleh maharaja atas nasihat pegawai dari Kementeriaan Adat dan hanya dilantik jika mempunyai latar belakang peperiksaan awam kerajaan.
Hal ini berbeza dengan Rusia, iaitu kebanyakan golongan bangsawan akan dilantik menjadi pembesar dan biasanya telah lama berkhidmat dengan cemerlang dalam ketenteraan.
Pembesar Rusia adalah terdiri daripada golongan aristokrat dan tuan tanah yang selalu setia kepada Tsar. Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada Maharaja Rusia
Pembesar Rusia dilantik untuk menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam seperti yang dijalankan di China. Pembesar Rusia juga akan dilantik jika mempunyai pengikut yang ramai.
2. Terlibat dalam pentadbiran pusat
Pentadbiran pusat di China memperlihatkan Maharaja China memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi iaitu Sekretriat Agung, Maijlis Tertinggi (Enam Badan Kementeriaan) dan Lembaga Penapis
. Institusi Sekretariat Agung terdiri daripada setiausaha-setiausaha agung yang membantu maharaja menyelia dan menyelaras enam badan kementeriaan dalam pentadbiran pusat serta memaklumkan perjalanan enam badan kementeriaan tersebut.
Seterusnya, maharaja dibantu oleh Majlis Tertinggi iaitu badan penasihat yang penting kepada raja atau maharaja.
Maharaja juga menubuhkan Lembaga Penapis bagi memastikan kesetiaan dan komitmen para pembesar terjaga.
Sistem pembesar di Rusia berbeza daripada China iaitu pentadbiran raja dibantu oleh Duma, Zeeskii Sabor dan Prikazi.
Duma ialah penasihat tertinggi, Zemskii Sabor adalah Majlis Penasihat yang kuasanya lebih rendah daripada Duma.
Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan oleh Duma. Pembesar pusat ini juga berperanan untuk menasihati Tsar dalam pentadbiran negara, menyelaraskan hal ehwal pentadbiran negar serta membantu Tsar untuk menggubal dan meluluskan dasar negara.
3. Terlibat dalam penggubalan dasar
Anggota Imperial Sectrariat ialah mereka yang bertanggungjawab membuat dasar negara manakala Imperial Cancelory pula bertanggungjawab meminda sesuatu dasar.
Anggota Imperial Sectrariat ialah mereka yang bertanggungjawab membuat dasar negara manakala Imperial Cancelory pula bertanggungjawab meminda sesuatu dasar.
Berbeza dengan keadaan di Rusia, penggubalan dan meluluskan dasar tertentu di Rusia telah dipertanggungjawabkan kepada Duma, majlis penasihat tertinggi dalam sistem pem- besar di Rusia.
Semasa pemerintahan Alexander II, golongan pembesar dilantik sebagai anggota Dewan Perhimpunan Wilayah dan mereka membantu Tsar berhubung penggubalan dasar di peringkat pusat.
4. Terlibat dengan penyiasatan
Selain itu, raja atau maharaja di kedua-dua buah negara mempunyai organisasi untuk menyiasat perlakuan pembesar mereka.
. China memperlihatkan penubuhan Lembaga Penapis atau Censorate yang menjadi mata dan telinga maharaja.
Kuasa utama mereka terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan membendung amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan.
Rusia pula mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar. Tugas Polis Rahsia Khas adalah mengawal penyebaran unsur propaganda yang menggugat pememerintahan Tsar, demontrasi masyarakat, mengawal jalan keluar masuk ke empayar Rusia.
Polis Rahsia Khas telah digunakan sejak zaman Nicholas 1 untuk menyekat penulisan yang berbaur penentangan dan menentang kewibawaanya. Pada era Alexander II, Polis Rahsia menangkap mereka yang mengkhianati Tsar.