Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di negara China dari…
Peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di negara China dari abad ke 16 hingga 20.
1. Pentadbiran
Pembesar menjalankan tugas melalui beberapa unit seperti Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi dan Lembaga Penapis jugamembantu maharaja dalam menjalankan pentadbiran di peringkat pusat dan wilayah.
Mereka membantu maharaja dalam perlantikan, pemecatan dan kenaikan pangkat kakitangan kerajaan.
Pembesar dilantik oleh maharaja sebagai gabenor untuk mengetuai pentadbiran di peringkat provinsi dan diberi kuasa autonomi dalam pentadbiran wilayah.
Pembesar di peringkat wilayah dibantu oleh pembesar tempatan yang dikenali sebagai Gentry.
Pada zaman pemerintahan Dinasti Ching, Gabenor dilantik sebagai pentadbir wilayah dan gabenor yang sentiasa berhubung dengan pemerintahan pusat.
Selain itu, pembesar juga dilantik sebagai majistret daerah untuk menerajui pentadbiran di peringkat daerah.
2. Perundangan
Pembesar memainkan peranan untuk menguatkuasakan arahan dan titah perintah maharaja.
Tugas perundangan dijalankan oleh pembesar-pembesar yang menganggotai Sekretariat Agung.
Selain itu mereka membantu maharaja menyediakan draf undang-undang, edit undang-undang yang sudah disediakan dan warkah diraja.
. Mereka turut membantu maharaja untuk menggubal undang-undang dan menetapkan dasar negara.
Pembesar turut menguatkuasakan arahan dan titah perintah maharaja.
3. Kehakiman
Pembesar-pembesar di China memainkan peranan dalam menguruskan hal ehwal kehakiman.
. Mereka mempunyai kuasa membicarakan kes-kes di peringkat pusat dan wilayah serta menganggotai lembaga keadilan yang ditubuhkan untuk mengendalikan hal ehwal kehakiman.
Antara tugas lembaga keadilan ialah menjatuhkan hukuman, memberi pengampunan dan membicarakan kes rayuan.
Terdapat pembesar yang dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman yang menguruskan kehakiman di peringkat provinsi.
4. Ketenteraan
Pembesar pusat dilantik sebagai anggota lembaga peperangan yang menguruskan pelantikan dan pemecatan pegawai tentera.
Pembesar-pembesar wilayah dilantik sebagai komander tentera.
. Pembesar akan membentuk pasukan tentera di peringkat wilayah.
Mereka berperanan memulihkan keamanan keamanan dan kestabilan politik di wilayah masing-masing.
Pembesar juga menyediakan bantuan ketenteraan kepada maharaja. Kekuatan dan kekuasaan maharaja bergantung kepada pembesar yang memikul tanggungjawab sebagai ketua tentera.
5. Ekonomi
Dalam hal ini, pembesar- pembesar memberi nasihat kepada maharaja dalam aspek kewangan dan percukaian.
Pembesar juga menganggotai lembaga hasil dalam negara yang menguruskan hal kutipan cukai.
. Mereka berperanan untuk mengutip cukai daripada penduduk tempatan dan menguruskan pendaftaran tanah. Mereka menyerahkan sebahagian daripada hasil kutipan cukai kepada maharaja.
Pembesar dilantik untuk menguruskan hal ehwal kewangan di peringkat provinsi dan daerah. Dalam pada itu, majistret daerah ditugaskan untuk mengutip cukai di peringkat daerah.
Selain itu, terdapat juga pesuruhjaya bagi menguruskan garam, cukai dan bijirin.