Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Teknik - Coggle Diagram
Teknik
Kemahiran Menulis Karangan
Perenggan Pendahuluan
Perenggan pendahuluan memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca. Di dalam perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang berkait rapat dengan fokus utama karangan.
Definisi/Penyataan Umum
Terdiri daripada satu ayat sahaja dan ditulis berdasarkan tajuk
Ayat Huraian (AH)
Terdiri daripada satu hingga tiga ayat
AH1 : Perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.
AH2 : Faktor / Kepentingan / Kesan kepada individu / keluarga / masyarakat / negara (bergantung kepada soalan)
AH3 : Kesinambungan daripada ayat huraian 2 dan boleh menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila dan Dimana)
Ayat Contoh (AC)
Boleh memberikan satu atau melebihi ayat contoh.
Pastikan contoh yang diberikan sesuai dan relevan dengan kehendak soalan.
Ayat Arah (AA)
Menyatakan pendirian, sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara umum
Perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan.
Boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada kreativiti penulis.
Perenggan Isi
Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama. Satu isi dihuraikan dalam satu perenggan supaya karangan lebih kemas dan teratur. Setiap perenggan isi boleh dihuraikan dengan empat atau lima ayat. Perenggan isi dimulakan dengan satu ayat topik diikuti dengan ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas.
Ayat Topik (AT)
Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas.
Ditulis pada permulaan ayat dan menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.
Ayat Huraian (AH)
Terdiri daripada satu hingga lima ayat.
Dihuraikan secara mendalam menggunakan formula 5W 1H 1L / MASSBBD (Mengapa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Dimana) Teknik MASSBBD
Setiap huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara menggunakan penanda wacana yang sesuai.
Ayat Contoh (AC)
Boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.
Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan kehendak soalan.
Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.
Ayat Penegas (AP)
Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.
AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih mengekalkan maksud yang sama dengan AT.
Teknik Imbakup
Bagi teknik ini, pelajar perlu menyoal diri sendiri bagi mendapatkan soalah yang diperlukan. Namun begitu, soalan yang ditanya tidaklah dimasukkan ke dalam penulisan. Hanya jawapan sahaja yang dinyatakan.
Teknik ini boleh digunakan sebagai salah satu teknik untuk menulis perenggan isi dengan baik.
Isi
Mengapa
Bagaimana
Kesan
Ungkapan menarik
Penegas
Perenggan Penutup
Perenggan ini berfungsi membuat rumusan secara keseluruhan segala idea yang telah dicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya.
Ayat Kesimpulan (AK)
Terdiri daripada satu hingga dua ayat.
merumuskan keseluruhan karangan
Tidak menyenaraaikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah)
Ayat Cadangan (AC)
Terdiri daripada satu hingga dua ayat.
Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.
Tidak memerlukan huraian yang panjang.
Ayat Harapan (AH)
Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.
Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC.
Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.
Kemahiran Mengeja
Strategi A (Mike Torbe-1979)
Tuliskan perkataan di papan tulis atau kad dengan terang
Sebutlah perkataan itu dengan jelas
Murid ikut guru menyebut perkataan
Beri masa untuk murid memerhati perkataan itu
Minta murid menulis perkataan itu dalam ingatan
Murid menutup perkataan yang tertulis dan eja. Jika betul minta murid menulisnya sekali lagi, jika salah, ulang langkah 2-6
Pastikan kanak-kanak menggunakan perkataan itu dalam kerja bertulis
Pemuliihan Cara Multisensori (Fitzgerald - 1955)
Murid diminta melihat dan menyebut perkataan itu dengan betul serta menggunakannya dalam ayat
urid diminta membayangkan perkataan itu dan menyebut suku kata yang terlibat satu persatu.
Kemudian diminta mengeja perkataan itu secara lisan, diikuti dengan menyalin diudara atau di atas perkataan itu sendiri
Minta murid menulis semula perkataan dan lelapkan mata dan perhatikan gambaran itu dalam ingatan dan perhatikan gambaran
Aktiviti Ke Arah Kemahiran Mengeja
Membina perkataan berirama sama dipangkal, ditengah atau dihujung
labu, laku, lalu, lagi
Keladi, selalu, lelaki, belalang
Kala, bala, sila, pahala, menjala
Mendisriminasikan perkataan.
lelaki, kelapa, selipar, selalu, keladi
Melengkapkan atau mengimbuh perkataan
dimakan, memakan, makanan, dimakannya,makanlah
Mencari perkataan didalam perkataan
dipekarangan: perkara, karang, karangan, ara, arang, rang
Membina perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan
sapu, usap, suap, paus, puas
Mengkelaskan perkataan mengikut jenis atau kumpulan
Mencari perkataan berlawan, berganda dan jantina
Permainan teka-teki
Permainan teka silang kata
Aktiviti kamus
mencari perkataan
memberikan perkataan seerti
memberi erti perkataan atau sebaliknya