Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pendekatan Kemahiran Menulis - Coggle Diagram
Pendekatan Kemahiran Menulis
Pendekatan Proses
Definisi
Menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukan kepada hasil penulisan tersebut.
Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai dengan proses menulis draf, menyemak dan membincangkannya.
Penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, dan penggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik.
Perlu menguasai kemahiran bahasa yang baik.
Langkah-Langkah Pendekatan Proses
Pada peringkat permulaan, murid mengumpul bahan berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru.
Pengumpulan bahan tersebut boleh dilakukan secara berkumpulan atau individu. Bahan-bahan yang telah dikumpul disimpan di dalam folio.
Bahan-bahan daripada folio disaring untuk menentukan kesesuaian dengan tajuk karangan yang diberikan kepada mereka.
Penggunaan sumber bahan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) adalah digalakkan. Bahan yang tidak digunakan disimpan semula ke dalam folio untuk kegunaan bagi tajuk karangan yang lain.
Setelah itu, murid menyusun isi karangan yang diperoleh daripada bahan tersebut.
Dalam peringkat menyusun isi, murid berbincang dengan guru. Isi yang telah disusun ditulis dalam bentuk karangan. Rangka karangan yang telah mantap, ditulis dalam bentuk penulisan yang lengkap.
Murid mengedit karangan yang telah disiapkan dan melakukan mpembetulan terhadap sebarang kesalahan dalam penulisan.
Setelah selesai melakukan pengeditan dan pembetulan, karangan tersebut dihantar kepada guru untuk dinilai.
Berdasarkan pendekatan ini, tumpuan guru adalah terhadap proses mengarang yang dilalui oleh murid bermula daripada proses mengumpul bahan, menyaring bahan, menyusun bahan, mengolah bahan ke dalam bentuk pemerengganan yang sesuai, mengedit penulisan dan menghantat hasil penulisan kepada guru.
Prinsip-prinsip Pendekatan
Penulisan ialah proses pemikiran terpilih yang membolehkan penulis mengolah dan menyusun idea.
Proses penulisan disusun secara hierarki.
Bermula dengan prapenulisan dan berakhir dengan penulisan semula.
Penulisan ialah proses yang berpandukan sesuatu matlamat.
Pendekatan Pengalaman Bahasa (Language Experential Approach, LEA)
Definisi
Pendekatan pengalaman bahasa yang memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada murid-murid ketika membaca.
Prinsip
Kemahiran berbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Kaedah
Memberi sebanyak mungkin pengalaman untuk membantu murid memahami bahan yang dibaca. Pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain.
Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid mestilah bersesuaian dengan pengetahuan sedia ada mereka.
Sediakan bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid menguasai konsep.
Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca.
Guru perlu mempelbagaikan bentuk dan laras bahan bacaan dalam pengajaran dan pembelajaran membaca.
Langkah-Langkah dalam Pendekatan LEA
Murid-murid digalakkan memberikan sumbangan idea untuk membina cerita
Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam petikan disebut dalam perbincangan oleh guru.
Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan idea yang mereka berikan.
Setelah selesai, guru membimbing murid memberikan tajuk cerita.
Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis.
Setelah cerita selesai guru membaca secara nyaring dan murid mendengar.
Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru.
Murid menggariskan perkataan yang mereka tahu.
Guru meminta murid –murid menggunakan perkataan yang mereka tahu dalam situasi.