Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan sistem ekonomi feudalisme di Jepun pada abad ke-16 Masihi. -…
Bincangkan sistem ekonomi feudalisme di Jepun pada abad ke-16 Masihi.
Pengenalan
Feudalisme ialah satu bentuk oraganisasi politik dan sosial yang mempunyai kelas atau susunan tertentu iaitu mengikut susun lapis hierarki.
Feudalisme di Jepun dapat dikesan dengan jelas pada zaman Kamakura (1192-1333) hingga zaman Sengoku Jidai (1536-1598) dan kematangan pada zaman Keshogunan Tokugawa (1603-1867).
Jepun merupakan negara kepualuan dengan keadaan semulajadi yang bergunung ganang dan berbukit. Kawasan yang sesuai untuk pertanian hanyalah 20 sahaja.
Namun begitu, kegiatan pertanian masih merupakan tulang belakang kepada ekonomi Jepun pada abad ke-16.
Ekonomi Pertanian.
70% hasil pertanian sumber pendapatan ekonomi Jepun. Dianggarkan 80% hingga 85% rakyat Jepun ialah petani.
Tanaman utama ialah padi.
Pengairan semulajadi iaitu air dibawa terus dari sungai atau anak sungai yang mengandungi nutrient yang sesuai untuk padi. Ia dapat mengurangkan penggunaan baja dan menyuburkan tanah.
Selain padi tanaman lain ialah buah-buahan, gandum, barli teh, sayur-sayuran.
Teh dan kapas merupakan tanaman yang diusahakan secara besar-besaran.
Kuda digunakan untuk membantu petani bercucuk tanam.
Perusahaan Tempatan.
Perusahaan tempatan berasaskan pengeluaran daerah dan pemasaran antara daerah.
Hasil kraftangan merupakan antara perusahaan tempatan yang utama dan melahirkan tukang-tukang mahir. Di antaranya ialah barangan perak, tembaga, tembikar, lukisan dan ukiran, dan perusahaan kain kapas ialah Kinai.
Perusahaan ulat sutera menghasil industry kain sutera contohnya di Fukushima dan Yamanashi.
Perusahaan tembikar peast di Seto dan menjadikannnya pusat pengeluaran tembikar di Jepun.
Perikanan
Sifat negara kepilauan/kelautan menjadikan perikanan penting di Jepun.
Kedudukan Jpeun di persimoangan arus hitam yang panas dengan arus kamchatka yang sejuk menjadikan perairan Jepun kaya dengan ikan.
Kelebihan ini membolehkan kegitan perikatan menjadi sumber kedua kepada masyarakat.
Ikan menjadi sumber penting dalam diet harian masyarakat Jepun. Perikanan di jalankan laut dalam dan persisiran pantai.
Masyarakat Jepun mempunyai kemahiran membina kapal - membantu perikanan laut dalam
Perlombongan
Aktiviti perlombongan utama ialah emas, perak dan tembaga.
Oda Nabungan telah memajukan perlombongan emas, perak dan tembaga.
Perlombongan telah memajukan Bandar Osaka.
Perdagangan
Perdagangan telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi wang.
Orang Jepun mengimport barangan tropika daro Aasia Tenggara dan India.
Jepun juga mengimport barangan mentah dari China seperti sulfur, papan, emas, mutiara, merkuri dan ibu mutiara.
Barangan eksport utama ialah pedang, kipas berlipat dan pemidang.
Pada abad ke-16 terdapat ramai pedagang Portugal di Jepun dan negara Jpeun talah menerima teknologi perkapalan dan persenjataan dari pedagang Portugal.
Kesimpulan
Perkembangan ekonomi feudalisme berasaskan pemerintahan bercorak feudalisme di Jepun. Kemajuan ekonomi feudalisme menyumbangkan kepada perluasan penjajahan dan pengumpulan kekayaan negara Jepun.