Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN PEMBESAR DI CHINA DAN DI RUSIA YANG DIAMALKAN SEJAK ABAD KE 16 -…
PERANAN PEMBESAR DI CHINA DAN DI RUSIA YANG DIAMALKAN SEJAK ABAD KE 16
MENJADI PENASIHAT KEPADA RAJA
Kedua-dua buah negara China dan Rusia menggunakan khidmat pembesar sebagai agen yang membantu kepada pemerintah dalam mentadbir negara.
Raja atau maharaja menggunakan kaedah lantikan yang tertentu untuk melantik pembesar berkhidmat dengan mereka. Pembesar di China hanya dilantik setelah melalui Sistem Peperiksaan Awam.
Pembesar-pembesar China dilantik secara rasmi oleh maharaja atas nasihat pegawai dari Kementeriaan Adat dan hanya mempunyai latar belakang peperiksaan awam kerajaan. Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan diserap menjadi pembesar di China.
Rusia, iaitu kebanyakan golongan bangsawan akan dilantik menjadi pembesar dan biasanya telah lama berkhidmat dengan cemerlang dalam ketenteraan. Pembesar di Rusia juga dikenali dengan istilah Boyar. Pembesar Rusia adalah terdiri daripada golongan aristokrat dan tuan tanah yang selalu setia kepada Tsar.
Pembesar Rusia dilantik untuk menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam seperti yang dijalankan di China. Pembesar Rusia juga akan dilantik jika mempunyai pengikut yang ramai.
TERLIBAT DALAM PENTADBIRAN PUSAT
Pentadbiran pusat di China memperlihatkan Maharaja China memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi iaitu Sekretriat Agung, Maijlis Tertinggi (Enam Badan Kementeriaan) dan Lembaga Penapis.
Institusi Sekretariat Agung terdiri daripada setiausaha setiausaha agung yang membantu maharaja menyelia dan menyelaras dalam pentadbiran pusat serta memaklumkan perjalanan enam badan kementerian
Maharaja dibantu oleh Majlis Tertinggi iaitu badan penasihat yang penting kepada raja atau maharaja. Ahli majlis ini juga bertanggungjawab dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran China dan terbahagi kepada enam badan kementeriaan
Maharaja juga menubuhkan Lembaga Penapis bagi memastikan kesetiaan dan komitmen para pembesar terjaga. Manakala sistem pembesar di Rusia berbeza daripada China iaitu pentadbiran raja dibantu oleh Duma, Zeeskii Sabor dan Prikazi.
Pembesar pusat ini juga berperanan untuk menasihati Tsar dalam pentadbiran negara, menyelaraskan hal ehwal pentadbiran negar serta membantu Tsar untuk menggubal dan meluluskan dasar negara.
MENJALAN PEMERINTAHAN DAERAH DAN WILAYAH
China memperlihatkan sktruktur organisasi pentadbiran peringkat wilayah diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh dua pegawai iaitu hakim dan komander tentera wilayah
Pemerintahan daerah pula diserahkan kepada pegawai awam, tentera dan pegawai pengawas kerajaan. Pegawai awam diurus tadbir oleh enam orang menteri yang dibantu oleh gabenor setiap daerah, penyelia wilayah dan pegawai-pegawai tempatan.
Tentera pula mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu, manakala pegawai pengawas kerajaan mengawasi aktiviti pembesar dalam semua peringkat.
Pemerintahan wilayah di China semasa Dinasti Ching mempunyai persamaan dengan pentadbiran daerah semasa era Catherine yang mempunyai khidmat gabenor atau naib gabenor digunakan dalam pentadbiran. Gabenor di China ini seterusnya dibantu oleh pegawaipegawai daerah
pemerintahan peringkat wilayah di Rusia berbeza dengan China. Pentadbir wilayah di Rusia dijalankan oleh Zemstvo Wilayah dan ahli Zemstvo dipilih oleh ahli Zemstvo Daerah. Di peringkat daerah mempunyai majlis perundangan tempatan iaitu majlis daerah.
Rusia juga mempunyai pentadbiran peringkat kampung yang diserahkan kepada komun atau mir. Majlis Kampung didirkan di peringkat kampung dan Majlis Kampung dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai yang telah ditetapkan.Pada zaman pemerintahan Tsarina Catherine Agung, pembesar daerah telah disusun semula.
TERLIBAT DENGAN PENGGUBALAN DASAR
penggubalan dasar di negara China juga dilakukan oleh organisasi khas. Anggota Imperial Sectrariat ialah mereka yang bertanggungjawab membuat dasar negara manakala Imperial Cancelory pula bertanggungjawab meminda sesuatu dasar.
pembesar wilayah yang dilantik daripada kalangan bijak pandai iaitu golongan gentry turut dibenarkan mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan kebenaran Lembaga Adat Istiadat dan mengikut keadaan setempat
Berbeza dengan keadaan di Rusia, penggubalan dan meluluskan dasar tertentu di Rusia telah dipertanggungjawabkan kepada Duma, majlis penasihat tertinggi dalam sistem pembesar di Rusia.
Pada zaman Alexander I, Majlis Tertinggi telah menasihatinya dalam hal ehwal berhubung dengan dasar negara. Semasa pemerintahan Alexander II, golongan pembesar dilantik sebagai anggota Dewan Perhimpunan Wilayah dan mereka membantu Tsar berhubung penggubalan dasar di peringkat pusat.
TERLIBAT DENGAN PENYIASATAN
Raja atau maharaja di kedua-dua buah negara mempunyai organisasi untuk menyiasat perlakuan pembesar mereka. Hal ini bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas.
China memperlihatkan penubuhan Lembaga Penapis atau Censorate yang menjadi mata dan telinga maharaja. Kuasa utama mereka terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan membendung amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa dan ketidakcekapan
Rusia pula mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar. Tugas Polis Rahsia Khas adalah mengawal penyebaran unsur propaganda yang menggugat pememerintahan Tsar, demontrasi masyarakat, mengawal jalan keluar masuk ke empayar Rusia.