Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN PEMBESAR DALAM SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA DI NEGARA CHINA DARI…
PERANAN PEMBESAR DALAM SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA DI NEGARA CHINA DARI ABAD KE 16 HINGGA 20
PENTADBIRAN
Pembesar menjalankan tugas melalui beberapa unit seperti Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi dan Lembaga Penapis.Pembesar membantu maharaja dalam menjalankan pentadbiran di peringkat pusat dan wilayah..
Mereka membantu maharaja dalam perlantikan, pemecatan dan kenaikan pangkat kakitangan kerajaan. Mereka memegang jawatan penting dalam jabatan-jabatan kerajaan di peringkat pusat dan wilayah.
Pembesar dilantik oleh maharaja sebagai gabenor untuk mengetuai pentadbiran di peringkat provinsi.Pembesar diberi kuasa autonomi dalam pentadbiran wilayah. Pembesar di peringkat wilayah dibantu oleh pembesar tempatan yang dikenali sebagai Gentry
Pada zaman pemerintahan Dinasti Ching, Gabenor dilantik sebagai pentadbir wilayah dan gabenor yang sentiasa berhubung dengan pemerintahan pusat
Pembesar juga dilantik sebagai majistret daerah untuk menerajui pentadbiran di peringkat daerah.
PERUNDANGAN
Pembesar memainkan peranan untuk menguatkuasakan arahan dan titah perintah maharaja. Tugas perundangan dijalankan oleh pembesar-pembesar yang menganggotai Sekretariat Agung.Selain itu,membantu maharaja untuk menggubal undang-undang dan menetapkan dasar negara.
Mereka membantu maharaja menyediakan draf undang-undang, edit undang-undang yang sudah disediakan dan warkah diraja.
Pembesar turut menguatkuasakan arahan dan titah perintah maharaja. Justeru, pembesar memainkan peranan membantu maharaja menegakkan undang-undang serta memelihara keamanan dalam negara.
KEHAKIMAN
Pembesar-pembesar di China memainkan peranan dalam menguruskan hal ehwal kehakiman. Mereka mempunyai kuasa membicarakan kes-kes di peringkat pusat dan wilayah.
Mereka menganggotai lembaga keadilan yang ditubuhkan untuk mengendalikan hal ehwal kehakiman. Antara tugas lembaga keadilan ialah menjatuhkan hukuman, memberi pengampunan dan membicarakan kes rayuan.
Terdapat pembesar yang dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman yang menguruskan kehakiman di peringkat provinsi.
EKONOMI
pembesar pembesar memberi nasihat kepada maharaja dalam aspek kewangan dan percukaian.
Pembesar juga menganggotai lembaga hasil dalam negara yang menguruskan hal kutipan cukai. Mereka berperanan untuk mengutip cukai daripada penduduk tempatan dan menguruskan pendaftaran tanah. Mereka menyerahkan sebahagian daripada hasil kutipan cukai kepada maharaja.
Pembesar dilantik untuk menguruskan hal ehwal kewangan di peringkat provinsi dan daerah. Dalam pada itu, majistret daerah ditugaskan untuk mengutip cukai di peringkat daerah.
Terdapat juga pesuruhjaya bagi menguruskan garam, cukai dan bijirin.
KETENTERAAN
Pembesar memainkan peranan dalam hal ehwal ketenteraan di peringkat pusat dan wilayah. Pembesar pusat dilantik sebagai anggota lembaga peperangan yang menguruskan pelantikan dan pemecatan pegawai tentera.
Pembesar-pembesar wilayah dilantik sebagai komander tentera. Pembesar akan membentuk pasukan tentera di peringkat wilayah. Mereka berperanan memulihkan keamanan keamanan dan kestabilan politik di wilayah masing-masing.
Pembesar juga menyediakan bantuan ketenteraan kepada maharaja. Kekuatan dan kekuasaan maharaja bergantung kepada pembesar yang memikul tanggungjawab sebagai ketua tentera.