Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH TSAR PETER AGUNG UNTUK MENGUKUHKAN…
LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH TSAR PETER AGUNG UNTUK MENGUKUHKAN PEMERINTAHAN MONARKI DI RUSIA
PEMERINTAHAN
Peter The Great dalam mengukuhkan kedudukannya adalah melalui pembaharuan dalam pemerintahan.
Beliau mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang cekap dan teratur.
Beliau telah melakukan rombakan dalam institusi pentadbiran seperti Duma, Zemskii Sobor dan Prikazi.
Peter menekankan konsep kolektif semasa membuat keputusan
Peter juga bertindak untuk memindahkan pusat pemerintahan dari Moscow ke St Petersburg pada tahun 1721
EKONOMI
Peter mengambil langkah-langkah bagi membangunkan sektor perindustrian. Semasa pemerintahannya, penekanan diberikan kepada pembangunan industri berat dan industri pembuatan
Kerajaan pusat memberi pelbagai insentif dan subsidi untuk membangunkan sektor perindustrian. Peter turut menggalakkan pemodal-pemodal asing mendirikan kilang di Rusia.
Industri berat seperti industri besi dan keluli, industri tekstil, kaca dan barangan kulit dimajukan.Industri besi dan keluli telah dimajukan di Ural.
Peter juga memperkenalkan pelbagai jenis cukai untuk menambahkan perbendaharaan negara. Contohnya, Peter memperkenalkan cukai kepala yang dibayar dalam bentuk tunai pada tahun 1718 dan rakyat perlu membayar cukai tidak langsung. Antara cukai yang diperkenalkan adalah seperti cukai madu lebah, tepung, ikan dan roti serta cukai kepala
PENDIDIKAN
Peter memberi penekanan kepada kemajuan dalam bidang pendidikan. Peter menghantar pelajar-pelajar ke barat bagi menuntut ilmu dan mempelajari kepakaran dalam bidang tertentu.
Sekolah-sekolah didirikan di seluruh Rusia, antara sekolah yang didirikan di Rusia ialah The Navigator School dan Naval Academy. Sekolah-sekolah ini memberi penekanan dalam bidang aritmetik, geometri, geografi dan pelayaran.
Peter merancang pembinaan sebuah univesiti yang dikenali sebagai The Imperial Academy of Science dan perkara yang diajar di universiti ini adalah seperti ilmu fizik, matematik dan sejarah.
Peter juga menekankan kerja menterjemah bahan bacaan dari luar negara. Justeru, pembaharuan yang dilakukan dalam pendidikan menyaksikan pembangunan Rusia yang mengukuhkan kedudukan monarki di Rusia.
KEAGAMAAN
Peter The Great telah mengambil langkah untuk menyusun semula pentadbiran gereja. Tujuannya adalah untuk mengurangkan kuasa dan keistimewaan yang dimilki gereja. Peter bertindak meletakkan pentadbiran gereja di bawah bidang kuasanya.
Peter memperkenalkan badan yang dikenali sebagai Holy Synod untuk mengambilakih peranan ketua gereja Kristian Orthodoks. Peter juga melantik dirinya sebagai pengerusi Holy Synod untuk mengukuhkan kedudukannya dalam badan tersebut
Peter juga mengambil banyak langkah untuk mengukuhkan kedudukan agama kristian ortodoks dengan memberi arahan kepada para mubaligh supaya mempelajari bahasa tempatan dan menterjemahan kitab Bible ke dalam bahasa tempatan. Mubaligh-mubaligh turut dihantar dan tinggal dengan keluarga yang ditetapkan oleh Peter.
Peter mahu kumpulan minority memberi sokongan kepada Rusia dan bukannya pada kerajaan Islam.
Peter juga memastikan kuasa Islam Uthmaniyah tidak dapat bersatu dengan masyarakat bukan Rusia di bahagian selatan empayar Rusia seperti Kazakh, Karakalpak, Bashkir dan Noggay yang beragama Islam untuk menumbangkan empayar Rusia.
KETENTERAAN
Peter telah mengambil langkah-langkah untuk membina pasukan tentera yang kuat. Matlamat utama beliau ialah menangkis serangan musuh, mematahkan pemberontakan dalam negeri dan meluaskan jajahan takluk
Peter melancarkan serangan untuk menguasai kubu tartar di Azov. Peter juga telah berjaya menewaskan tentera Sweden dalam pertempuran di Poltova. Baginda berjaya menguasai Livonia, Estonia, Ingria dan Karelia daripada Sweden melalui Perjanjian Nystadt.
Kejayaan Peter menyebabkan Rusia muncul sebagai sebuah empayar yang kuat di Eropah pada abad ke-18.