Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di negara China dari…
Peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di negara China dari abad ke 16 hingga 20
Pentadbiran
menjalankan tugas melalui beberapa unit seperti Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi dan Lembaga Penapis
membantu maharaja dalam menjalankan pentadbiran di peringkat pusat dan wilayah
mereka memegang jawatan penting dalam jabatan-jabatan kerajaan di peringkat pusat dan wilayah
pembesar dilantik oleh maharaja sebagai gabenor untuk mengetuai pentadbiran di peringkat provinsi
diberi kuasa autonomi dalam pentadbiran wilayah
pembesar di peringkat wilayah dibantu oleh pembesar tempatan yang dikenali sebagai Gentry
Pada zaman pemerintahan Dinasti Ching, Gabenor dilantik sebagai pentadbir wilayah dan gabenor yang sentiasa berhubung dengan pemerintahan pusat
dilantik sebagai majistret daerah untuk menerajui pentadbiran di peringkat daerah
Perundangan
menguatkuasakan arahan dan titah perintah maharaja
tugas perundangan dijalankan oleh pembesar-pembesar yang menganggotai Sekretariat Agung
membantu maharaja untuk menggubal undang-undang dan menetapkan dasar negara
membantu maharaja menyediakan draf undang-undang, edit undang-undang yang sudah disediakan dan warkah diraja
menguatkuasakan arahan dan titah perintah maharaja
membantu maharaja menegakkan undang-undang serta memelihara keamanan dalam negara
Kehakiman
memainkan peranan dalam menguruskan hal ehwal kehakiman
mempunyai kuasa membicarakan kes-kes di peringkat pusat dan wilayah
menganggotai lembaga keadilan yang ditubuhkan untuk mengendalikan hal ehwal kehakiman
antara tugas lembaga keadilan ialah menjatuhkan hukuman, memberi pengampunan dan membicarakan kes rayuan
terdapat pembesar yang dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman yang menguruskan kehakiman di peringkat provinsi
pembesar membantu maharaja dalam menguruskan hal ehwal kehakiman bagi memelihara kesejahteraan rakyat
Ketenteraan
pembesar memainkan peranan dalam hal ehwal ketenteraan di peringkat pusat dan wilayah
pembesar pusat dilantik sebagai anggota lembaga peperangan yang menguruskan pelantikan dan pemecatan pegawai tentera
pembesar-pembesar wilayah dilantik sebagai komander tentera
membentuk pasukan tentera di peringkat wilayah
Mereka berperanan memulihkan keamanan keamanan dan kestabilan politik di wilayah masing-masing
menyediakan bantuan ketenteraan kepada maharaja
kekuatan dan kekuasaan maharaja bergantung kepada pembesar yang memikul tanggungjawab sebagai ketua tentera
pembesar bertanggunjawab dalam mempertahankan negara daripada ancaman musuh dari luar dan dalam negara