Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Langkah-langkah yang diambil oleh Tsar Peter Agung untuk mengukuhkan…
Langkah-langkah yang diambil oleh Tsar Peter Agung untuk mengukuhkan pemerintahan monarki di Rusia
Pemerintah
melakukan rombakan dalam institusi pentadbiran seperti Duma, Zemskii Sobor dan Prikazi
tahun 1711, Duma dan Zemski Sobor digantikan dengan Majlis Senat yang mempunyai sembilan orang ahli
menubuhkan badan perundangan yang dikenali sebagai Colleges (mengurangkan tugas anggota senat)
menekankan konsep kolektif semasa membuat keputusan
memindahkan pusat pemerintahan dari Moscow ke St. Petersburg pada tahun 1721
Ekonomi
penekanan diberikan kepada pembangunan industri berat dan industri pembuatan
kerajaan pusat memberi pelbagai insentif dan subsidi untuk membangunkan sektor perindustrian
menggalakkan pemodal-pemodal asing mendirikan kilang di Rusia
industri berat seperti industri besi dan keluli, industri tekstil, kaca dan barangan kulit dimajukan
memperkenalkan pelbagai jenis cukai
memperkenalkan cukai kepala yang dibayar dalam bentuk tunai pada tahun 1718 dan rakyat perlu membayar cukai tidak langsung
cukai madu lebah, tepung, ikan dan roti serta cukai kepala
kesan daripada pengenalan sistem cukai ini, maka perbendaharaan negara turut meningkat
Pendidikan
memberi penekanan kepada kemajuan dalam bidang pendidikan
menghantar pelajar-pelajar ke barat bagi menuntut ilmu dan mempelajari kepakaran dalam bidang tertentu
sekolah-sekolah didirikan di seluruh Rusia, antara sekolah yang didirikan di Rusia ialah The Navigator School dan Naval Academy
memberi penekanan dalam bidang aritmetik, geometri, geografi dan pelayaran
Peter merancang pembinaan sebuah univesiti yang dikenali sebagai The Imperial Academy of Science dan perkara yang diajar di universiti ini adalah seperti ilmu fizik, matematik dan sejarah
menekankan kerja menterjemah bahan bacaan dari luar negara
Keagamaan
menyusun semula pentadbiran gereja
untuk mengurangkan kuasa dan keistimewaan yang dimilki gereja
memperkenalkan badan yang dikenali sebagai Holy Synod untuk mengambilakih peranan ketua gereja Kristian Orthodoks
Peter juga melantik dirinya sebagai pengerusi Holy Synod untuk mengukuhkan kedudukannya
memberi arahan kepada para mubaligh supaya mempelajari bahasa tempatan dan menterjemahan kitab Bible ke dalam bahasa tempatan
mubaligh turut dihantar dan tinggal dengan keluarga yang ditetapkan oleh Peter
Peter juga memastikan kuasa Islam Uthmaniyah tidak dapat bersatu dengan masyarakat bukan Rusia di bahagian selatan empayar Rusia seperti Kazakh, Karakalpak, Bashkir dan Noggay yang beragama Islam untuk menumbangkan empayar Rusia
Peter mahu kumpulan minority memberi sokongan kepada Rusia dan bukannya pada kerajaan Islam