Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Langkah-langkah yang diambil oleh Tsar Peter Agung untuk mengukuhkan…
Langkah-langkah yang diambil oleh Tsar Peter Agung untuk mengukuhkan pemerintahan monarki di Rusia.
1. Pemerintahan
Langkah pertama yang diambil oleh Peter The Great dalam mengukuhkan kedudukannya adalah melalui pembaharuan dalam pemerintahan.
Semasa pemerintahan Peter, sistem pentadbiran Rusia telah disusun semula dengan mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang cekap dan teratur.
Beliau telah melakukan rombakan dalam institusi pentadbiran seperti Duma, Zemskii Sobor dan Prikazi.
Pada tahun 1711, Duma dan Zemski Sobor digantikan dengan Majlis Senat yang mempunyai sembilan orang ahli.
Beliau menubuhkan badan perundangan yang dikenali sebagai Colleges untuk mengurangkan beban tugas anggota senat.
Peter menekankan konsep kolektif semasa membuat keputusan dan telah bertindak untuk memindahkan pusat pemerintahan dari Moscow ke St. Petersburg pada tahun 1721.
2. Ekonomi
Langkah kedua yang diambil oleh Peter The Great dalam mengukuhkan pemerintahan monarki adalah melakukan pembaharuan dalam bidang ekonomi.
Semasa pemerintahannya, penekanan diberikan kepada pembangunan industri berat dan industri pembuatan.
Selain itu kerajaan pusat memberi pelbagai insentif dan subsidi untuk membangunkan sektor perindustrian.
Peter turut menggalakkan pemodal-pemodal asing mendirikan kilang di Rusia.
Bilangan kilang di Rusia telah bertambah daripada 21 buah pada tahun 1682 kepada 200 buah kilang pada tahun 1725.
Peter memperkenalkan cukai kepala yang dibayar dalam bentuk tunai pada tahun 1718 dan rakyat perlu membayar cukai tidak langsung.
Antara cukai yang diperkenalkan adalah seperti cukai madu lebah, tepung, ikan dan roti serta cukai kepala.
Pertambahan perbendaharaan ini telah membantu membiayai peperangan dan perluasan kuasa.
3. Pendidikan
Peter menghantar pelajar-pelajar ke barat bagi menuntut ilmu dan mempelajari kepakaran dalam bidang tertentu
Semasa pemerintahan Peter, sekolah-sekolah didirikan di seluruh Rusia, antara sekolah yang didirikan di Rusia ialah The Navigator School dan Naval Academy.
Sekolah-sekolah ini memberi penekanan dalam bidang aritmetik, geometri, geografi dan pelayaran.
Peter merancang pembinaan sebuah univesiti yang dikenali sebagai The Imperial Academy of Science dan perkara yang diajar di universiti ini adalah seperti ilmu fizik, matematik dan sejarah.
Peter juga menekankan kerja menterjemah bahan bacaan dari luar negara.
4 Keagamaan
Peter The Great telah mengambil langkah untuk menyusun semula pentadbiran gereja.
Tujuannya adalah untuk mengurangkan kuasa dan keistimewaan yang dimilki gereja.
Peter bertindak meletakkan pentadbiran gereja di bawah bidang kuasanya dan memperkenalkan badan yang dikenali sebagai Holy Synod untuk mengambilalih peranan ketua gereja Kristian Orthodoks.
Peter juga melantik dirinya sebagai pengerusi Holy Synod untuk mengukuhkan kedudukannya dalam badan tersebut.
Peter memberi arahan kepada para mubaligh supaya mempelajari bahasa tempatan dan menterjemahan kitab Bible ke dalam bahasa tempatan.
Mubaligh-mubaligh turut dihantar dan tinggal dengan keluarga yang ditetapkan oleh Peter.
Peter juga memastikan kuasa Islam Uthmaniyah tidak dapat bersatu dengan masyarakat bukan Rusia di bahagian selatan empayar Rusia seperti Kazakh, Karakalpak, Bashkir dan Noggay yang beragama Islam untuk menumbangkan empayar Rusia.
Peter mahu kumpulan minority memberi sokongan kepada Rusia dan bukannya pada kerajaan Islam.