Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peranan yang dimainkan oleh Maharaja China dalam bidang eksekutif dari…
Peranan yang dimainkan oleh Maharaja China dalam bidang eksekutif dari abad ke 16 hingga 20.
1. Menetapkan dasar kerajaan
Dalam menetapkan dasar kerajaan, baginda akan mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pihak Sekretariat Agung.
Sekretariat Agung ini akan memainkan peranan untuk membantu maharaja menyelia dan menyelaras Enam Badan Menteri.
Baginda juga menerima cadangan dan pandangan berhubung polisi negara daripada Majlis Agung.
Majlis Agung telah ditubuhkan pada tahun 1729 bagi mengambil alih tugas dan peranan yang dimainkan oleh Sekretariat Agung.
2. Mengendalikan hal ehwal luar negara
Peranan maharaja dalam bidang eksekutif adalah menandatangani perjanjian dengan kuasa-kuasa asing.
Selain itu, maharaja akan mengetuai upacara menerima kunjungan duta-duta asing ke China.
Baginda menetapkan dasar dan hubungan luar kerajaan dengan negara lain.
Dalam menetapkan hubungan luar, baginda dibantu oleh Jabatan Hal Ehwal Kolonial.
Contohnya pada dinasti Ming, Maharaja China telah membenarkan kuasa barat berdagang di China.
Manakala pada zaman dinasti Ching, Maharaja China telah mengamalkan dasar tutup pintu iaitu dasar pengasingan.
3. Menguruskan hal ehwal kakitangan awam
Baginda berkuasa melantik dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan serta mempunyai kuasa untuk meluluskan kenaikan pangkat kakitangan kerajaan.
Maharaja China juga berkuasa mutlak untuk melantik pegawai tadbir di peringkat wilayah dan daerah.
Pegawai-pegawai ini akan menjalankan tugas atas arahan maharaja.
. Contohnya pada zaman Dinasti Ming, maharaja yang melantik pegawai awam, pegawai tentera dan pegawai pengawas di peringkat wilayah.
Manakala pada Dinasti Ching, gabenor dan pegawai daerah dilantik oleh maharaja untuk mentadbir di peringkat wilayah.
4. Menguruskan pentadbiran pusat
Dalam konteks ini, maharaja merupakan ketua pentadbir di peringkat pusat.
Baginda dibantu oleh Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi dan Lembaga Penapis. Majlis Penasihat memainkan peranan sebagai badan penasihat kepada maharaja
Majlis ini terdiri daripada enam kementerian iaitu Kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerian Kewangan, Kementerian Adat, Kementeriaan Perang, Kementeriaan Keadilan dan Kementerian Kerja Raya.
Lembaga Penapis berperanan mengawasi dan memaklumkan segala tindak tanduk pembesar kepada maharaja
Badan ini memberi penerangan kepada maharaja mengenai perkara-perkara penting mengenai pegawai- pegawai kerajaan.