Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TAFSIR DAN TAKWIL - Coggle Diagram
TAFSIR DAN TAKWIL
Tafsir
Tafsir dari sudut bahasa ialah:
menjelaskan, menyingkap dan menampakkan atau menerangkan makna yang abstrak.
Tafsir dari sudut istilah:
1) Menurut Abu Hayyan:Takrif yang diberikan oleh Abu Hayyan tentang ilmu tafsir dalam kitabnya ‘al-Bahru al-Mahith’ adalah:
“Ilmu Tafsir ialah ilmu yang membicarakan tentang bagaimana hendak menuturkan perkataan-perkataan al-Quran (dari segi tajwid) dan memberikan makna menurut keadaan perkataan dan hukuman-hukuman pada ketika ia satu perkataan (mufrad) dan pada ketika bersusun (murakab) dan makna-makna yang boleh diertikan pada ketika hakikat atau majaz. Juga membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan nasikh dan mansukh dan sabab nuzul.”
2) Menurut Az-Zarkasyi:
“Tafsir bermaksud ilmu untuk memahami kitab Allah s.w.t. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. serta menjelaskan maknanya dan mengeluarkan hukum-hakam dan pengajaran.”
Takwil
Ta’wil dari sudut bahasa: menerangkan dan menafsirkan.
Ta’wil kalam dari sudut istilah mempunyai 2 maksud:
1) Takwil kalam bermaksud sesuatu perkataan yang diucapkan sendiri, sama ada ucapan itu dalam bentuk permintaan) الإنشاء) atau perkhabaran (الإخبار) .
-Antara takwil kalam dalam bentuk permintaan adalah amr(perintah) dan nahi(larangan).
Ta’wil amr: Sekiranya perkataan itu dalam bentuk permintaan seperti suruhan(الأمر) supaya membuat sesuatu, maka perbuatan yang disuruh itulah yang dinamakan takwil bagi suruhan tersebut.
Takwil ikhbar: Sekiranya perkataan itu dalam bentuk perkhabaran mengenai sesuatu, maka perkara yang dikhabarkan itulah yang dinamakan takwil bagi perkhabaran tersebut.
2) Takwil kalam bererti menafsirkan dan menjelaskan makna dan inilah yang dimaksudkan oleh at-Thabari dalam kitab tafsirnya.Pengertian Takwil menurut ulama muta’akharin (متأخرين) menukar atau mengalih makna sesuatu lafaz dari maknanya yang راجح (jelas) kepada makna yang مرجوح (tidak jelas)disebabkan terdapatnya dalil yang menyokongnya. Definisi ini tidak bertepatan dengan apa yang dimaksudkan oleh golongan Salaf tentang lafaz “ta’wil” di dalam al-Qur’an.
-