Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penyatuan Negara Bangsa Jerman - Coggle Diagram
Penyatuan Negara Bangsa Jerman
Pengenalan
Pada tahun 1815, terdapat 39 negara di Jerman.
Prusia dan Austria merupakan 2 negeri yang paling berpengaruh dan saling bersaing untuk menjadi kuasa utama di Jerman.
Persaingan antara kedua-kedua negeri ini menjadikan usaha untuk menyatukan Jerman menjadi sukar.
Kebimbangan golongan bangsawan mengenai status mereka jika Jerman bersatu juga menjadi faktor penghalanng usaha menyatukan negara Jerman.
Sehingga sekitar tahun 1850-an belum ada tanda-tanda negara Jerman akan terbentuk. Golongan nasionalis Jerman belum bersepakat mengenai penubuhan negara bangsa Jerman
Langkah/usaha ke arah penyatuan Jerman
Peranan Raja William I
Raja Prusia iaitu Raja William I telah melantik Perdana Menteri baharu iaitu Otto Eduard Von Bismark.
Tindakan Raja William I dianggap keputusan yang bijak kerana Bismarck merupakan seorang pemimpin yang berkebolehan.
Kewibawaan Bismarck banyak menyumbangkan ke arah penyatuan Jerman.
Tugas utama Bismarck ialah menjinakkan ahli parlimen supaya patuh kepada kerajaan dan Raja.
Kongres Vienna 1815
Kongres ini menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan daripada penaklukan Perancis.
Ketepatan kongres ini secara tidak langsung menjadi titik permulaan kepada kerjasama antara negeri-negeri di Jerman.
Peranan Prusia.
Prusia merupakan negeri terbesar di Jerman.
Kuasa politik Prusia dipegang oleh " Junkers " iaitu golongan tuan tanah.
Prusia memiliki kelebihan sebagai negeri yang boleh menyatukan negeri-negeri lain di Jerman.
Kekuatan yang dimiliki oleh Prusia ialah sistem pemerintahan yang cekap dan kedudukan ekonomi yang kukuh.
Golongan junkers telah menubuhkan kesatuan ekonomi iaitu Zollverein.
Perdangangan antara negeri di Jerman mulai rancak.
Justeru, Prusia dilihat mampu memainkan peranan untuk menyatukan Jerman.
Peranan Bismarck
Tugas utama Bismarck ialah menjinakkan ahli-ahli Prusia supaya patuh kepada kehendak kerajaan dan raja.
Berusaha mengurang pengaruh Austria di negeri-negeri lain Jerman.
Bagi melaksanakan dasar ini, beliau telah melibatkan Prusia dalam 3 siri peperangan iaitu Perang Prusia-Denmark, Perang Prusia-Austria, dan Perang Prusia-Perancis.
Usaha-usaha untuk mewujudkan keamanan oleh Bismarck selepas terbentuknya negara Jerman.
Memperkenalkan perlembagaan Jerman.
Memperkenalkan perlembagaan umum bagi seluruh Jerman.
Perlembagaan ini memperuntukkan kuasa bagi sebuah penubuhan parlimen yang terdiri daripada majlis persekutuan dan Diet Maharaja.
Mengikut perlembagaan Jerman kuasa sebenar terletak di tangan kanselor dan kaiser.
Perlembagaan memberi kuasa kepada Bismarck untuk mengukuh perlembagaan Jerman.
Menyekat pengaruh gereja
Bismarck menghadapi masalah dengan gereja Roman katolik akan memecah belah perpaduan Jerman.
Beliau memulakan gerakan anti gereja yang dikenali sebagai kulturkamp
Belaiu meluluskan undang-undang Mei menyekat perkembangan gereja katolik.
Menyeragamkan sistem ekonomi
Membangunkan sektor perindustrian.
Memajukan sektor pertanian dan perdagangan
Pemulihan sosial
Memulihkan keamanan di Jerman dan Eropah
Bismarck mengambil langkah-langkah bagi memulihkan keamanan dan keselamatan untuk membangunkan Jerman.
Bismarck menjalinkan hubungan persahabatan dengan negara-negara lain di Eropah.
Mengadakan perikatan dengan Austria dan Itali yang dikenali sebagai "Perikatan Bertiga."
Menerusi perkataan ini beliau berharap negara-negara lain tidak akan melancarkan peperangan terhadap Jerman.
Pembentukan negara Jerman
Pada 18 Januari 1871, Raja William I telah dilantik sebagai Kaiser Jerman manakala Bismarck menjadi Canselor (Perdana Menteri).
Walaupun setiap negeri mempunyai pemerintah sendiri dan ada sesetengahnya mempunyai tentera dan pegawai diplomatik, namun Kaiser mengetuai pentadbiran pusat.
Kaiser berkuasa untuk mengarahkan tentera sewaktu peperangan dan menentukan dasar luar.